Sah-sah Anak Memang Suka Rasa Manis, Jadi Buatkan Menu Ni Untuk Sarapan Mereka. Confirm Berselera!

Share

Kita selalu juga mendengar orang kata untuk memulakan hari yang baik, sewajarnya ianya dimulakan dengan mengambil sarapan. Pun begitu, sebagai ibu kita sering juga berdepan dengan anak-anak yang ‘liat’ bersarapan. Ada sahaja alasannya, jadi apa kata dalam usaha kita  memastikan anak-anak mengambil sarapan, kita pancing seleranya dengan menu yang ringkas ini, Roti Goreng Lemak Manis.

Ini sebagaimana menurut Puan Ratna, dengan menu roti goreng lemak manis belum ;pun sempat dihidang, sudah habis dimakan oleh anak-anaknya. Mungkin kerana rasanya yang lemak manis membuatkan mudah digemari oleh kanak-kanak.

Jadi, kali ini  jom kita pula sediakan menu ini untuk anak-anak kita di rumah.

ROTI GORENG LEMAK MANIS

“Kak Rat buat ni untuk anak. Kak Rat tak tew ler apa yang sodapnyer roti ni. Rasanye lemak manis gitew. Belum habis goreng dah kena ngappp berketoi-ketoi.” Kak Rat

Bahan-bahan: 
Telur gred A 3 biji
Susu pekat manis 2 @ 3 sudu besar
Secubit garam
Roti potong (besar)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

1. Pecahkan telur. Masukkan susu dan garam. Kacau hingga sebati.

 

2. Potong roti ikut suka pastu celup dalam adunan tadi.

3. Bila minyak dah panas. Goreng aje apa tunggu lagi. Hehe

 

4.Taraaa! siap. Semudah 123 

sumber : Ratna Sari Zain