Sah! Gegelang Sotong Bebas DNA Babi. Timbalan KP Perikanan Nasihat Jangan Sebar Berita Palsu

Share

Jabatan Perikanan (DOF) mengesahkan tiada identifikasi porsin (DNA babi) dikesan pada sampel gegelang sotong sejuk beku seperti ditularkan di media sosial.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Mohd Sufian Sulaiman, berkata jabatan itu melalui makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur, telah menjalankan identifikasi analisis porsin ke atas sampel gegelang sotong itu.

“Justeru, DOF menegaskan beberapa sampel gegelang sotong sejuk beku yang mendapat permintaan tinggi daripada pengguna tempatan adalah selamat dan tidak mengandungi DNA babi,” katanya kepada BERNAMA, pada Rabu.

Beliau berkata, hasil ujian itu akan dihantar kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk tindakan lanjut.

Mohd Sufian berkata, pusat biosekuriti berkenaan adalah badan yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kualiti makanan sumber laut, bagi kegunaan oleh pengguna Malaysia.

Beliau berkata, selain mempunyai kepakaran mengesan DNA babi, pusat biosekuriti itu juga bertanggungjawab memastikan makanan laut dalam pasaran dan diimport ke negara ini, bebas penyakit dan kandungan dilarang, selain penternak perlu mematuhi peraturan antarabangsa.

“Untuk produk makanan laut yang mahu dieksport pula, penternak perlu mendapatkan sijil keselamatan ikan dan sijil bebas bahan dilarang, barulah mereka boleh eksport produk berkenaan,” katanya bahawa makmal itu telah diakreditasi MS ISO 17025.

Mohd Sufian juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak benar, kerana ia boleh menimbulkan ketidakselesaan dan keraguan dalam kalangan pengguna.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan gegelang sotong yang dijual di pasaran, diperbuat daripada usus babi dan dicampurkan perisa sotong.

Sumber : BERNAMA

Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/