Akhirnya mahligai yang dibina selama 7 tahun musnah setelah pasangan ini Fattah, 34, melafazkan cerai terhadap Fazura, 41, kira-kira pukul 9.45 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam.
Biarpun para peminat kedua selebriti ini mendoakan kebahagian buat mereka, namun siapa kita untuk menidakan takdir jodoh.
Selesai menjatuhi talak, Juara Hero Remaja 2011/2012 kelihatan sugul sementara Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40, menangis kemudian memeluk ahli keluarganya.
Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut mengikut Seksyen mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Hakim Syarie itu mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Fazura menjalani tempoh edah selama tiga kali suci serta mendaftarkan perpisahan berkenaan.
Namun siapa sangka perpisahan ini rupanya ada punca tersembunyi yang telah sekian lama menjadi tanda tanya.
Asbab Penceraian
Sebagaimana memetik laporan sinar harian, Fazura, 41, mendakwa tiga sebab menjadi punca penceraiannya.
Menurutnya, Fattah mengabaikan nafkah, curang dan tidak sefahaman sejak sekian lama.
“Saya sediakan rumah, makan minum dan belikan hadiah kereta Range Rover untuk Fattah,” kata Fazura.
Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.
Sumber: Harian Metro