
“Saya ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu,” kata Pengarah filem ‘Mat Kilau’, Syamsul Yusof ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.
Ini bermakna, kemelut rumah tangga mereka, akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai buat kali kedua ketika prosiding status pengesahan cerai di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas.
Sebaik lafaz cerai itu diucapkan, Puteri Sarah yang hadir ke mahkamah dengan memakai kurung moden bewarna kelabu tidak menunjukkan sebarang perubahan emosi yang ketara.
Semasa prosiding, mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah Liyana atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu, terhadap suaminya yang berusia 39 tahun, pada 16 Januari lalu.
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji untuk ‘meletak titik noktah’ pada teka-teki perhubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand.
Pelakon Lu Pikirlah Sendiri de Movie, Puteri Sarah kemudiannya memfailkan permohonan cerai daripada Syamsul pada 16 Januari lalu, menerusi Tetuan Akberdin & Co.
Lelaki Baru 3 Minggu Kahwin, Kemalangan Di Singapura, Keluarga Mohon Bantuan Kos Rawatan

Isi Kandungan
ToggleLelaki baru 3 minggu kahwin, kemalangan di Singapura, keluarga mohon bantuan kos rawatan. Seorang rakyat Malaysia kini terlantar di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Universiti Nasional (NUH) Singapura selepas terbabit kemalangan di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) Khamis lalu.
Lelaki Baru 3 Minggu Kahwin, Kemalangan Di Singapura
Akif-Zarr Ukasyah Shuhaimi, 28, yang dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru dari tempat kerja, digilis sebuah motosikal berkuasa tinggi setelah dia terjatuh dari motosikalnya kerana cuba mengelak kemalangan lain.
Berikutan kemalangan itu, Akif memerlukan bantuan orang ramai untuk membiayai kos rawatannya di republik itu. Keluarga Akif meminta jasa baik rakyat Malaysia, bermurah hati untuk menghulurkan sumbangan.
Akif-Zarr yang berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat makanan dan minuman (F&B) di Bencoolen Street, baru sahaja mendirikan rumah tangga tiga minggu lalu.
Lelaki itu mengalami cedera serius di bahagian tulang belakang, patah tangan kiri selain pendarahan dalaman akibat kecederaan paru-paru.
Isterinya, Nur Syahirah Md Zohir yang bekerja di Kulim, Kedah berkata keluarga diminta membayar sekurang-kurangnya 50 peratus kos rawatan di NUH sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
“Sebelum ini suami memang dinasihatkan untuk tidak dipindahkan kerana belum stabil. Hospital baru sahaja maklumkan petang tadi bahawa Akif-Zarr sudah boleh dipindahkan,” katanya.
Nur Syahirah yang kelihatan sugul berkata mereka sekeluarga kini runsing memikirkan bil hospital yang perlu diselesaikan. Bil setakat 23 Oktober berjumlah S$110,537.60 (S$1=RM3.29).
Ibu Akif-Zarr, Ku Amazon Tuan Yusof, yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah negeri di Kelantan berkata mereka sekeluarga kini berulang dari Johor Bahru setiap hari bagi melawat anak keduanya itu.
Keluarga Mohon Bantuan Kos Rawatan
Beliau berkata mereka kini menumpang di rumah kawan Akif-Zarr dan akan berada di hospital sehingga waktu melawat berakhir pada 8 malam setiap hari.
“Saya tengok keadaan dia, Akif-Zarr memang perlukan sokongan kami sekeluarga. Jadi, walaupun dengan keadaan yang kurang sihat, kami akan tetap berulang sampai dia boleh pindah ke HSA,” katanya yang menghidap hipertensi, selain bapa Akif-Zarr yang mempunyai penyakit jantung.
Ku Amazon berkata, beliau memohon jasa baik orang ramai untuk menyumbang bagi membayar bil hospital, selain mendoakan semoga anak kedua daripada enam adik beradik yang selama ini menjadi harapan keluarga cepat sembuh dan tabah menghadapi proses penyembuhan yang panjang.
“Doktor beritahu masih ada beberapa pembedahan yang perlu dilakukan. Kami hasrat untuk buat di Johor nanti.
“Keutamaan kami, selesaikan bil di sini dan kemudiannya fikirkan langkah seterusnya.
“Doktor juga ada minta kami sediakan kerusi roda. Kami sekeluarga ada ikhtiar untuk jual apa yang ada namun semua itu perlukan masa, dan kami kesuntukan waktu,” katanya.
Ku Amazon berkata buat masa ini walaupun dalam keadaan yang lemah, Akif-Zarr sudah mampu berkomunikasi dengan menulis.
“Kami berterima kasih pada NUH sebab bagi rawatan selain prihatin. Pekerja sosial juga ada jumpa tanya keadaan kami.
“Kami juga berterima kasih pada yang telah dan akan menyumbang,” katanya.
Beliau berkata setakat ini, sumbangan yang telah diterima adalah sebanyak S$7,000.
Sumbangan boleh disalurkan kepada nombor akaun berikut: Ku Amazon Tuan Yusof (ibu) (Maybank – 153039098822) atau Nur Syahirah Md Zohir (isteri) (CIMB – 7612785947).
Sumber: Berita Harian Online
Baca artikel lain juga: Imam Sempat Iqamat, Cium Anak Perempuan Baru Lahir Sebelum Maut Kemalangan
Imam Maut Kemalangan Jalan Raya Lepas Lawat Isteri Baru Bersalin Di Hospital
Pernah Tular Enam Ahli Keluarga Terkorban Kemalangan Jalan Raya, Abdur Rahman Kini Sambung Pengajian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Ayah Dan Anak Rai Momen Indah Tamatkan Pengajian Di UMS Bersama

Isi Kandungan
ToggleMomen manis buat sepasang anak-beranak ini membanggakan ramai apabila si ayah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD), dan si anak pula meraih Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Momen bersejarah ini diraikan dengan penuh kebanggaan semasa Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-26 baru-baru ini.
Kehebatan Dr. Azmi Abd Majid, 52, dan anaknya, Aleeya Batrisyia, 22, membuktikan bahawa usaha dan ilmu adalah kunci kejayaan. Dr. Azmi berjaya menamatkan PhD dalam bidang Perbankan dan Kewangan di bawah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP),
Manakala Aleeya cemerlang meraih Ijazah Sarjana Muda dalam Fakulti Psikologi dan Pendidikan dengan PNGK 3.83. Kejayaan mereka menjadi inspirasi bahawa kejayaan keluarga bermula dengan azam dan usaha yang tidak pernah padam.
Ketika menceritakan perjalanan menuju kejayaan PhD, Azmi berkata impian tersebut tercetus selepas beliau menceburi dunia akademik sebagai pensyarah pada tahun 2016, setelah menamatkan kerjaya selama 19 tahun dalam industri kewangan dan perbankan.
Azmi percaya bahawa dengan memiliki PhD, ia dapat meningkatkan keyakinan diri serta membuka peluang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas.
“Saya percaya dengan memiliki PhD dapat meningkatkan keyakinan yang lebih sebenarnya dan juga memberi ruang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas” ujarnya.
Usia Bukan Penghalang
Dalam pada itu, Azmi berpendapat bahawa usia bukan penghalang untuk terus belajar, kerana baginya, semuanya bergantung pada motivasi dan keinginan untuk menyelesaikan apa yang telah dimulakan.
“Apabila anak-anak sudah dewasa, saya dapat menfokuskan kepada penyelesaian tesis sepenuhnya walaupun umur meningkat naik.”
“Ramai orang kata bila tua, kita perlu berehat, tetapi bagi saya, ia bergantung kepada motivasi, yang penting, mahu atau tidak mahu habiskan,” katanya.
AYAH JADI IDOLA
Dalam pada itu, anaknya, Aleeya Batrisyia, meluahkan rasa gembira kerana dapat menamatkan pengajian bersama ayahnya dan berasa bangga dapat menghadiahkan ijazah kelas pertama kepada ibu bapanya.
“Saya gembira dapat habiskan pengajian bersama ayah dan bangga dapat hadiahkan ijazah kelas pertama pada mereka.
“Nasihat ayah saya “belajar sebanyak mungkin” menjadi motivasi cemerlang dalam akademik sekali gus dapat memberikan keseriusan dalam akademik,” katanya.
Aleeya merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama, tetapi lebih fokus kepada terapi berbual.
“Minat saya lebih kepada bidang terapi dan saya ingin mendalaminya dengan lebih mendalam,” ujarnya lagi.
Sementara itu, di laman Facebooknya, Azmi meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diraih oleh anaknya serta dirinya sendiri. Beliau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada keluarga, khususnya isteri tercinta, yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam setiap usaha yang dilakukan.
“Tahniah Aleeya Batrisyia atas pencapaian. Aleeya sememangnya layak mendapatkannya!!! Ayah akan sentiasa menyokong dalam setiap langkah besar yang akan datang.”
“Menjadi impian untuk berkongsi pentas yang sama dengan Aleeya pada konvokesyen tahun ini menjadi dorongan besar untuk menamatkan PhD.”- Ujar Azmi menerusi facebooknya
Kisah inspirasi Dr. Azmi dan Aleeya Batrisyia adalah contoh nyata bagaimana sokongan keluarga dapat merealisasikan impian. Dengan dedikasi dan semangat yang tidak pernah pudar, mereka membuktikan bahawa usaha keras dapat membawa kejayaan, sekaligus membentuk generasi keluarga yang cemerlang.
Sumber: Universiti Malaysia Sabah & Azmi Abd Majid
“Alhamdulillah Anak Mama Bawa Tuah.” Kak KM Dedah Anak Perempuan Usia 2 Hari Tumbuh Gigi Raih Perhatian

Usahawan Liana Rosli selamat melahirkan anak keempatnya minggu lalu. Bayi perempuan yang diberi nama Cinta Carissa itu meraih perhatian kerana ramai kerana dikatakan sudah pun mempunyai gigi.
Mesra dengan panggilan Kak KM, dia memuatnaik video di laman Instagramnya yang merakam bentuk gigi dan gusi anaknya yang baru berusia dua hari ketika Itu.
Video tersebut meraih perhatian ramai. Berkongsi perasaan ketika itu, Kak KM meluahkan rasa syukur dengan anugerah yang dikurniakan.
“Alhamdulillah anak mama bawak tuah. Hari kedua dah tumbuh gigi,” tulisnya ringkas.
Cinta Carissa dilahirkan secara normal dengan berat 3.80kg.
Untuk rekod selain Cinta, Liana dan suaminya Razman Ramli juga dikurniakan dua anak perempuan serta seorang lelaki iaitu Nabila Razman, 18, Fariz Razman, 14 dan Rania Razman yang berusia 11 tahun.