Setelah lebih setahun status rumah tangga antara pelawak dan pengacara, Shuk Sahar & passangannya, Rossa Sera menjadi tanda tanya, akhirnya semua terjawab apabila Shuk mendedahkan mereka akhirnya membuat keputusan untuk bercerai.
Menurut laporan mStar, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar telah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.
Difahamkan, pasangan tersebut telah sebulat suara membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan mengikut haluan masing-masing dan persetujuan itu dilakukan selepas balik mengerjakan ibadah umrah awal tahun lalu.
“Betul kami telah sah bercerai pada 22 Mac lalu dengan talak satu.
“Selepas pulang umrah bersama, kami duduk berbincang, bercakap secara elok dan membuat keputusan untuk bercerai. Kami berpisah dengan baik,” katanya.
Walaupun sudah berpisah, namun pelawak yang berusia 37 tahun itu mahu terus menjaga hubungannya bersama anak-anak memandangkan mereka tinggal bersama ibunya di Sabah.
Ads
Bagaimanapun, perpisahan yang berlaku menjadikan teladan buat Shuk untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik berbanding sebelum ini.
“Sekarang ini saya hanya fokus kepada anak-anak sahaja. Mereka (anak-anak) tinggal di Sabah bersama ibu Sera sebab anak yang sulung sudah mula sekolah darjah satu.
Ads
“Apa yang berlaku ini menjadi teladan buat saya memperbaiki diri. Selama ini kita cuba cari haluan masing-masing untuk perbetulkan diri sendiri.
“Semoga saya akan menjadi orang yang lebih di masa akan datang,” jelasnya lagi.
Pada November 2021, Sera memaklumkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Shuk dan akan menerima keputusan mahkamah selepas pulang mengerjakan umrah.
Ads
Sekadar info, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Wurratu Ain, 6, dan Nur Assyifatu Aimi, 3.
Sumber: mStar (Farol Hadi)
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Perubahan penampilan suami tersayang membuatkan pelakon Nora Danish ada memuat naik beberapa keping foto memaparkan wajah baru suaminya, Nedim Nazri di paparan Instagram miliknya.
Melalui perkongsiannya, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif menulis ringkas dengan mengatakan wajah baru suaminya tampil lebih muda tanpa misai atau janggut.
“Dia takda misai 10 tahun lagi muda la. Amboi amboi amboi.”
Dalam pada itu, para para pemintnya memberikan pelbagai reaksi setelah paparan perkongsiannya termasuk mendokan pasangan agar bahagia, suka melihat kemesraan mereka dan bersetuju bahawa suami Nora kelihatan lebih muda dengan wajah polos tanpa misai.
Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. Namun pada Julai 2008.
Selepas itu, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hubungan penyanyi Shila Amzah dengan ibunya, Fauziah Sarman kembali jernih apabila mereka dilihat berkumpul dalam sebuah majlis aqiqah anak kedua Shila.
Menerusi Insta Story ibunya, beberapa momen manis ketika majlis berlangsung turut dikongsikan olehnya.
Majlis akikah buat anak kedua Shila bersama Ubai MZ, Rhea Akira yang kini berusia empat bulan dilihat cukup meriah dengan tema merah jambu.
Malah Shila dan keluarga juga turut dilihat mengenakan warna sedondon merah jambu sedondon.
Majis penuh meriah itu pastinya bertambah indah dengan penyatuan semula ahli keluarga ini yang dinantikan ramai malah mendoakan yang terbaik buat keluarga Shila.
Sekadar info, kemelut keluarga Shila menjadi bualan apabila penyanyi itu didakwa mahu menghalau keluar keluarganya daripada banglo yang terletak di Hulu Langat.
Walau bagaimanapun, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah menafikan perkara tersebut dengan memaklumkan bahawa dia hanya berniat untuk mencari rumah baharu yang lebih kecil untuk ibunya dan keluarga.
Prof Dr Muhaya pagi tadi mengumumkan berita kematian cucunya dalam satu perkongsian di laman instagramnya. Innalillahiwainnailaihirajiun. Telah kembali ke Rahmatullah Cucunda kami putera pada Aiman dan Atiyah jam 9.50 pagi tadi di PPUKM. InsyaAllah solat jenazah akan di dirikan di Masjid Sg Ramal Luar, Kajang selepas solat zohor. Jenazah dijangka sampai ke masjid 12 insyaAllah.
Cucu lelaki Prof Muhaya yang berusia dua tahun lima bulan, Muhammad Ahmad Aiman meninggal dunia pada pukul 9.50 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur. Cucu Dr Muhaya dimasukkan ke PPUKM pada Isnin. Muhammad merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan sakit sejak kecil. Sebelum itu, Prof Muhaya ada memuat naik perkongsian mengenai cucunya yang tenat di hospital dan bergantung kepada sistem sokongan hayat. Assalamualaikum wbt semua sahabat yang dikasihi kerana Allah. InsyaAllah Pagi ini jam 9 akan di offkan ventilator atau life support system kerana dijangkakan telah habis usaha kita sebagai makhluk.
Semoga semua mendoakan ketabahan Atiyah, Aiman dan anak anak serta keluarga kami dan semakin dikuatkan keimanan ketakwaan dan akhlak dalam menghadapi hadiah dari Allah yang Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Mengetahui. Tkasih banyak atas segala doa yang ikhlas dan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke syurga.