Meraikan hari raya bersama keluarga adalah momen yang amat terindah untuk di kenang.
Sudah pastinya pelbagai juadah dihidangkan untuk dinikmati bersama keluarga. Salah satu hidangan penyejuk tekak adalah Sagu Gula Melaka.
Nak tahu caranya, jom lihat resipi ni.
SAGU GULA MELAKA
2 cawan sagu putih
5-6 cawan air
Pewarna hijau
2 helai daun pandan
Bahan Kuah :
1 tin susu cair
1 ketul gula melaka
1/4 gula merah
3/4 cawan air
1 helai daun pandan
Bahan sampingan :
Laici/Longan dlm tin secukupnya
500ml santan/susu cair
Cara penyediaan:
1. Cuci bersih sagu dan rendam bersama pewarna hijau lebih kurang 20 minit kemudian toskan.
2. Panaskan air bersama daun pandan hingga mendidih. Masukkan sagu.
3. Sentiasa kacau supaya sagu masak sekata hingga tidak ada biji2 putih.
4. Kemudian tuang dlm tapisan dan lalukan di bawah air paip mengalir, ketepikan.
5. Sementara itu sediakan air gula melaka. Masukkan air, gula melaka dan daun pandan dalam periuk.
6. Renehkan hingga gula hancur. Tutup api dan biarkan sejuk.
7. Utk menghidangkan masukkan air gula melaka dalam gelas atau acuan lebih kurang 2 sudu makan. Masukkan sagu dan akhir dengan santan atau susu cair.
8. Sejukkan sebelum sedia dihidangkan jika suka boleh tambah laici atau longan dlm tin.
Sumber: Resipi Terkini
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club