Solat berjemaah adalah satu ibadah yang menuntut kesempurnaan saf lurus, rapat, dan tersusun seperti mana yang diamalkan oleh para malaikat. Namun, apabila melibatkan jemaah wanita, sering timbul isu memastikan saf kekal teratur.

Dari masalah jarak yang tidak dirapatkan, sehinggalah ke sikap selesa dengan ruang sendiri, isu saf wanita sering menjadi perbincangan di masjid dan surau. Rasulullah SAW sendiri menegaskan kepentingan merapatkan saf, kerana saf yang tidak teratur boleh membawa perpecahan hati dan ukhuwah di kalangan jemaah.

Saf Jemaah Wanita Lompong, Ustaz Nasihat Solat Di Rumah

Ads

Sebagaimana perkongsian Ustaz  Shahrizan Daud yang menasihati supaya wanita sebaiknya solat di rumah.

Katanya dia kerap ditanya mengenai kenapa  wanita tidak merapatkan saf mengikut syarak.

“Saya kerap kali diadukan perihal karenah wanita dalam masjid dan surau oleh jemaah wanita sendiri. Antaranya isu merapatkan saf.”

Ads

Oleh itu, pendakwah bebas ini berpendapat bahawa dalam situasi sebegini, adalah lebih baik bagi wanita untuk menunaikan solat di rumah, sebagaimana yang dianjurkan dalam Islam.

“Jawapan saya mudah, jika inilah keadaannya, maka kerana itulah wanita tidak digalakkan ke masjid dan surau dan sebaiknya solat di rumah.”

Ads

Sabda Rasulullah saw :
لتسون صفوفكم أو ليخالفن الله بين وجوهكم” متفق عليه.
Luruskan saf-saf kamu ataupun Allah SWT akan memecah belahkan wajah-wajah diantara kamu ( Muttafaqun Alaih)
ألا تصفون كما تصف الملائكة عند ربها، قلنا: كيف تصف الملائكة عند ربها؟ فقال يتمون الأول ويتراصون في الصف” رواه مسلم وغيره

Adakah kamu tahu bagaimana lurusnya saf-saf para malaikat di sisi TuhanNya?
Kami bertanya: Bagaimana lurusnya saf-saf para malaikat di sisi TuhanNya?
Rasulullah menjawab : Mereka akan menyempurnakan ( memenuhkan) saf-saf yang awal dan kemudian menyatukan didalam saf. ( HR Muslim)

Sumber: Shahrizan Daud At Turabi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI