Saf Terputus Jika Bercampur Dengan Budak Belum Berkhatan? Ini Jawapan Dari Mufti Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

Share

Isu ini menjadi perdebatan sejak dari dulu lagi apabila ramai jemaah menzahirkan teguran apabila kanak-kanak yang masih belum baligh menyertai saf mereka.

Apa yang menjadi kebimbangan adalah saf akan terbatal jika ianya turut disertai oleh kanak-kanak ini.

Malah perkara ini pernah menjadi perdebatan apabila teguran secara terbuka diberikan oleh jemaah di laman sosial kepada kariah masjid.

Pelbagai komen diberikan oleh netizen dan ada juga berpendapat seawal usia inilah ibu bapa harus mengajar dan mendekatkan anak-anak dengan masjid tetapi jika ianya mendatangkan masalah bagi jemaah lain, bagaimana anak-anak ini mahu mendekati masjid dan mendalaminya.

Bagi anda yang masih ragu-ragu untuk bercampur solat bersama jemaah kanak-kanak, ini adlaah jawapan dari Mufti Selangor.

Mesti Baca :

Sebahagian besar ulama tidak pernah pun memisahkan kanak-kanak secara khusus daripada saf lelaki dewasa sebagaimana difahami kebanyakan masyarakat ketika ini.

Demikian penjelasan Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) menerusi slot Taudhih Al-Ahkam disiarkan laman sesawang rasmi agensi berkenaan bagi merujuk kemusykilan status saf solat.

“Malahan andaian segelintir pihak tertentu konon kehadiran kanak-kanak boleh menyebabkan saf terputus atau pahala jemaah sebaris berkurangan adalah tidak benar,” jelas kenyataan itu.

Bagaimanapun ujar JMNS, dalam situasi saf pertama di belakang imam pula, keutamaan jemaah hendaklah diberikan kepada orang yang lebih dewasa berbanding kanak-kanak mumaiyiz.

Gelaran ini merujuk golongan cilik tersebut yang sudah pun dapat membezakan sesuatu baik dengan buruk, kelazimannya berusia tujuh tahun ke atas sama ada berkhatan atau belum lagi.

Artikel Berkaitan

Langkah ibu bapa membawa anak mereka ke masjid atau surau bahkan dapat menyemaikan dalam diri perasaan cinta rumah Allah selain solat berjemaah dan mengimarahkan premis itu.

“Untuk kanak-kanak yang belum mumaiyiz, mereka tidak digalakkan turut serta dalam jemaah kerana tidak lagi dipertanggungjawabkan atau difardukan menunaikan solat,” terang JMNS.

Namun jelas agensi itu, sekiranya ada budak tersebut turut serta dalam saf, solat mereka yang berhampiran dengannya adalah tetap sah dan tidak pula dilucutkan fadilat ibadah berjemaah.

Sementara bagi kanak-kanak yang mumaiyiz, kedudukannya adalah di mana-mana bahagian saf tetapi bukan di belakang imam yang memang dikhususkan bagi orang baligh dan berakal.

Jika kanak-kanak ini datang awal dan berada di saf pertama, tempatnya tidak boleh diambil untuk digantikan oleh orang dewasa kerana budak tersebut memiliki hak ke atas tempat tersebut.

Hujah ini ada diterangkan Imam al-Khatib al-Syirbini berdasarkan hadis diceritakan Ibn Umar apabila Rasulullah SAW melarang seseorang meminta orang lain bangun bagi digantikannya.

“Apabila jemaah datang serentak, kanak-kanak yang tiba awal, janganlah dikebelakangkan demi memberi tempat kepada lelaki dewasa kerana budak itu yang lebih berhak,” tambah JMNS.

Justeru, agensi itu menegur tindakan oleh individu lelaki dewasa hadir lewat apabila mengambil pula tempat kanak-kanak lelaki mumaiyiz yang datang lebih awal ke dalam saf berkenaan.

Berhubung isu budak yang belum lagi berkhatan, dia tidak dianggap konon menanggung najis kerana hukum asalnya seseorang tidaklah bernajis berdasarkan pandangan Imam al-Syirazi.

Ulama itu dalam kitab al-Majmu’ jelas JMNS, merujuk insiden Nabi Muhammad SAW pernah mendukung Umamah Abi al-As ketika baginda solat yang menunjukkan hukum sah solatnya.

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club