Sabut kelapa jangan dibuang begitu sahaja. Sayang bila tidak digunakan. Sebenarnya sabut kelapa dijadikan raised bed atau batas tanaman. Elok subur pokok-pokok yang ditanam.
Idea yang dipraktikkan oleh Syuhadah Zahari ini memang menarik dan boleh diguna pakai terutama jika kediaman punya laman luas. Daripada tanah kosong hanya tumbuh rumput eloklah ditanam dengan menanam pelbagai sayuran yang disukai selain menggunakan semula bahan terpakai.
Daripada tanah terbiar semak dan tumbuh rumput baik tanam sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang kita suka.
Daripada tanah lapang ni kosong, hanya tumbuh rumput. Lebih baik usahakan tanam pelbagai sayur yang kita suka makan. Dapat meluangkan masa yang ada dengan aktiviti yang bermanfaat. Sambil keluarkan peluh dapatlah kutip hasil tanaman.
Dah tanam, dapat lah kurangkan kos dapur beli sayur. Gunakan tanah dan ruang yang ada.
Coconut husks raised bed
Batas ini diisi dengan tanah hitam sawit, dicampur dengan tanah asal.
Ads
Kemudian ratakan dengan daun buluh yang diperoleh belakang rumah saja. Boleh kumpul untuk buat kompos, bila dah reput gembur sekali dengan tanah.
Ini hasilnya.
Pokok ulam raja, biarkan dia berbunga supaya tumbuh anak pokok yang baru.
Ads
Oregano batik pun ada tanam.
Pokok terung di tengah-tengah.
Ads
Pokok timun dan baby timun pun ada.
Hasil berbudi pada tanah.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Syuhadah Zahari
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa sahaja yang tidak mengenali penyanyi bervokal mantap, Marsha Milan dan baru-baru ini menjadi perhatian apabila tular sebuah rakaman video yang memaparkan kediaman yang dikunjungi oleh salah seorang tetamunya sempena majlis rumah terbuka yang diadakan pada Hari Raya yang lalu.
Menerusi perkongsian video tersebut, apa yang membuatkan warganet teruja dan terpukau melihat cantik dan mewahnya rumah Marsha, sekali pandang seperti sebuah rumah agam yang tersergam indah.
Video yang berdurasi hampir 1 minit itu memaparkan suasana kediaman Marsha bermula daripada pintu masuk utama membawa kepada ruang tamu, ruang makan dan ruang dapur. Ternyata sentuhan dekorasi kediaman penyanyi Kembali Terang ini cukup indah dan sempurna.
Bahkan netizen juga turut terpesona melihat betapa cantiknya Marsha meskipun ketika itu mengenakan appron ketika di dapur bagi menyediakan hidangan buat tetamunya.
Ketika di bulan Ramadan ini tentunya kita ingin merebut banyak pahala dengan melakukan ibadah. Dan tentunya juha kita mempunyai pilihan untuk menyediakan ruang yang lebih selesa di dalam rumah untuk mendirikan solat mahu pun mengaji. Jadi tidak salah kiranya menyediakan ruang khas untuk tujuan itu.
Ini jugalah yang dilakukan oleh Rita Rudaini dan apa yang lebih istimewa, mini musalla tersebut disiapkan sendiri olehnya secara DIY, daripada mengecat hinggalah menghias. Memang awesome dan rata-rata netizen kagum dan memuji usaha yang dilakukan.
Hebat sungguh dan di dalam video pendek yang dikongsikan dapat dilihat bagaimana Rita mengecat sendiri dinding ruangan solat dan menghias dengan frame tertulis kalimah suci al Quran.
Bagi ibu bekerja, bangun pagi sebelum waktu subuh bagi menyediakan makanan buat bekalan anak-anak ke sekolah memang menuntut usaha yang bukan sedikit.
Anda memang ibu yang hebat kalau berjaya jadikan amalan ini secara berterusan sepanjang tahun. Syabas!
Bagi ibu yang baru nak mencuba dan nak jadikan ia sebagai azam tahun baru, ada baiknya anda ikut langkah wanita ini menyediakan bekalan buat anak-anaknya. Lebih 50 resipi dikongsikan wanita ini. Mengagumkan!
Siap ada menu ketam dan paling best ada lamb grill!
Paling menarik bukan hanya sarapan pagi, malah siap lengkap untuk makan tengahari. Ini memang awesome!
Jom tinjau apa menu yang disajikan oleh Suzana Othman di facebooknya. Kalau anak suka, kita pun gembira. Lagi semangat nak sediakan buat mereka setiap hari.
“Tinggal beberapa hari je lagi nak naik sekolah. Kita share bekal yang kita pernah buat dulu. Sudilah kiranya panjang-panjangkan supaya lebih ramai dapat manfaat. Terima kasih.
Harini kita nak share tips macamana nak bagi juadah nampak menyelerakan, padahal masak tak lah sesedap mana pun..kihkihkih..
1. Pelbagaikan jenis juadah dan pastikan sesuai antara satu sama lain. Jangan masak asam pedas dengan kari pulak ya. 2. Mesti banyak warna. 3. Gunakan bahan yang segar, baru la segar mata memandang. 4. Susun dengan teratur dan kemas. Kalau ada comot-comot kat bekas tu jangan lupa lap ya. Itu je.. Selamat mencuba!
Antara koleksi inspirasi bekal ke sekolah dan tempat kerja. Menu sarapan pagi dan makan tengahari.