Sabun viral, ni murah aje beli di kedai eco pada harga RM2.10. Tentu mak-mak suka apabila sabun bajet yang menjimatkan ini dapat membersihkan baju dengan mudah bagi kotoran yang susah tanggal.
Ikuti perkongsian ini.
Jom, kita buat stock baru. Dah lama guna ni, mmg puas hati. Murah dan berbaloi.
Ramai sgt yg bertanya, jadi akk edit details sikit.
Beli kat kedai ECO
Kegunaan : Untuk basuh kain baju terutama baju sekolah & kesan2 degil mmg puas hati.Baju lain pun blh je guna. Periuk belanga pun blh. Hitam2 daki confirm bersih. kala baju sekolah anak tahu la mcm mn, semua ada. heheh, mmg bersih putih.
Tujuan sagat : bagi kegunaan mesin basuh. Biasa tak berketul atau melekat di baju sbb sabun ni lembut je, senang larut.
Banyak mana??? Biasa akk guna 1-2 scope, tgk pada kuantiti baju.
campur sabun lain tak??? Tak perlu pun, sabun ni pun dh berbuih n puas hati.
Cara guna :
1. rendam baju / sental manja2 kotoran sebelum basuh.
2. Masukkan dlm mesin basuh + sabun yg disagat. Basuh mcm biasa.
3. Boleh je masuk dlm mesin terus and basuh baju mcm biasa. senang.
semoga membantu.
Kredit : Suryati Zakaria
Rezeki Tak Disangka! Shuhada Menitis Air Mata Gembira Dapat Lihat Pintu Kaabah Dibuka
Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menjadi antara individu bertuah melihat sendiri detik pembukaan pintu Kaabah ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah baru-baru ini.
Ibu kepada dua orang anak itu berkongsi beberapa video di akaun Instagram miliknya yang memaparkan saat-saat pintu Kaabah dibuka di hadapan ribuan jemaah umrah selepas waktu subuh sambil menadah tangan membaca doa.
Malah, ada juga jemaah yang berada di situ berpusu-pusu menuju ke arah kaabah sambil menggunakan telefon bimbit untuk merakam sekali gus dijadikan sebagai kenangan selain dikawal oleh sekumpulan anggota pihak berkuasa.
Menurut Shuhada lagi, dia juga rasa bertuah kerana diberi peluang untuk memegang kain lap dinding Kaabah diberikan oleh seorang diplomat yang dapat masuk ke dalam ruang suci itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kesyukuran dan tumpang gembira kerana bukan semua individu dapat melihat peristiwa berkenaan berlaku.
Difahamkan, pintu Kaabah hanya akan dibuka oleh dua orang penjaga Kaabah sebanyak dua kali setahun, iaitu pada awal bulan Sya’ban dan awal Dzul Hijjah untuk tujuan pencucian dan tidak boleh dibuka sewenang-wenangnya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Untuk rekod, Nurul Shuhada pernah mendirikan rumah tangga bersama Hafidz pada 30 April 2016 dan dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum sah bercerai talak satu pada 27 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Sumber: Instagram Nurul Shuhada
Sakan Beraya, Jangan Sampai Pandang Enteng Kesihatan Anak! Take Note Nasihat Doktor Ini
Bila dah 2 tahun sepi beraya sendiri je.. Masuk tahun ni semua pakat all out beraya! Pantang ada rumah terbuka atau ada masa lebih untuk melawat sanak saudara, pasti akan penuhi jemputan.
Tapi… Dalam seronok beraya ni, jangan lupa pantau kesihatan anak-anak. Sepenat mana pun ibu ayah beraya dan sekarang ni dah mula bekerja, jangan lupa lihat perubahan anak-anak jika ada sebarang simptom atau sesuatu yang pelik pada tubuh badan mereka. Lebih-lebih lagi jika mereka sendiri mengaku rasa tak enak badan.
Sekarang ni bukan sahaja covid yang perlu dijaga, tetapi macam-macam lagi penyakit lain yang ada di sekeliling kita termasuklah HFMD. Seperti yang dikongsikan oleh Doktor ini di laman Facebook miliknya. Jom ikuti perkongsiannya..
________________________________________________________________________
Seronok tengok keluarga dan kenalan meraikan raya. Syukur. Alhamdulillah kami pun sempat beraya.
Tapi Allah beri sedikit ujian. Faatima tak berapa sihat bermula raya kedua. Pada mulanya, demam dan batuk.
“Bang, nafas Faatima nampak laju”
“Makan ubat dulu, tengok macam mana”
Ini kesilapan kami. Bila dua-dua doktor. Jadi kurang sensitif bila anak sendiri sakit.
Undertreat.
“Faatima dah ada recession(lekuk di dada)”
Cepat-cepat kami bawa ke kecemasan Hospital Kuala Kangsar. Tahun ni kami beraya di Perak. Oksigen dalam darah kurang. Dada berombak.
“Nanti prepare ETT saiz 4.5 ya”, beritahu doktor yang merawat.
Kalau keadaan Faatima semakin teruk, tiub pernafasan akan dimasukkan. Luluh hati ni. Rasa nak pecah dada. Dari keputusan darah dan xray, memang ada jangkitan paru-paru.
Faatima dipindahkan ke Hospital Taiping kerana tiada pakar dan kemudahan di Hospital Kuala Kangsar terhad.
Hari ini dah 4 hari Faatima berada dalam wad. Nasihat saya pada mak ayah pada musim raya,
1. Kalau anak ada batuk, selsema, demam memang tak disarankan untuk pergi beraya. Bimbang berjangkit.
2. Kes covid di kalangan anak-anak semakin meningkat. Wad pun penuh. Dapatkan vaksin untuk pelindungan.
3. Bila datang beraya, jangan ambil mudah cium bayi orang terutamanya di mulut. Risiko jangkitan sangat tinggi.
4. Penyakit HFMD(Hand Food Mouth Disease) semakin menular. Cuba elak bawa anak-anak ke taman permainan, kolam renang dan tempat awam. Sentiasa bersihkan tangan.
5. Cuba dapatkan vaksin Pneumokokal. Jenis Prevenar 13. Vaksin ni akan dapat kurangkan risiko jangkitan paru-paru. Tempoh perlindungan seumur hidup. Untuk anak 2 tahun, hanya 1 dos.
6. Untuk elak anak mudah dijangkiti selsema disebabkan jangkitan virus, saya sarankan ambil vaksin Influenza. Terutamanya anak kurang 5 tahun.
7. Larang anak-anak bermain mercun. Pantau anak-anak main bunga api. Banyak kes kecederaan akibat mercun sampai ada hancur tangan.
Dalam keseronokan menyambut Aidilfitri, mak ayah perlu waspada dengan kesihatan anak-anak.
Apapun, saya minta tolong doakan Faatima cepat sembuh ya.
Sumber : Dr. Ahmad Samhan
“Takdir Allah Itu Indah & Hidup Saya Sudah lengkap.” Aliff Syukri Throwback Waktu Nikah Sempena Ulang Tahun Perkahwinannya Ke-11!
Melihat dari sisi seorang ahli perniagaan, penulis cukup kagum dengan perkembangan bisnes yang diusahakannya di bawah jenama D’Herbs. Biar kata-kata sini, kejian dan umpatan diterima, namun Dato’ Seri Aliff tidak mengambil hati jauh sekali ‘down’ dengan hal tersebut.
Sempena ulang tahun perkahwinannya ke-11 baru-baru ini, Dato’ Seri Aliff Syukri ada buat throwback waktu nikahnya bersama Datin Seri Shahida.
Dalam perkongsian tersebut, Dato’ Seri Aliff mengakui hidupnya kini sudah lengkap dan sempurna dengan hadirnya wanita bernama Shahida.
bobo malu lah tngok vedio lama..thanks sangat pada yg wish kat komen dan pm happy anyversery?? 10 ogos tarikh azimat kami.. waktu ni sy umur 20tahun dan wife sy 22tahun lain tak masa ni sy??
.
ini lah kehidupan yg sy cari selama ini… benda yg paling mahal adalah benda yg tak boleh dibeli dgn wang ringgit iaitu mencintai seseorg bkn sbb wang ringgit semata2 ..dan menerima kelemahan kita… Alhamdulilah bukan mudah untuk temui seorang wanita yg bole menerima kekurangan dan sifat kita yg tidak sempurna, susah dan senang bersama, sentiasa memberikan sokongan emosi untuk diri dan anak-anak. Takdir Allah itu indah hidup saya kini lebih lengkap dgn kehadiran seorang wanita bernama @shahidadherbs .. i love u syg smpai ke syurga… kalau korang nak tngok full vedio perkahwinan saya.. siapa nak sambungan vedio ni??
oh abg kosmetik 3 dah bermula hny di youtube…
.
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Sebelum itu, Dato’ Aliff Syukri ada berkongsi gambar perkahwinan beliau yang telah berlangsung pada 11 tahun lepas di Kampung Pandan.
11tahun lepas.. sy 20tahun @shahidadherbs 22tahun.. lokasi kampung pandan..
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Perkongsian gambar tersebut menarik perhatian sebanyak hampir lebih 125,000 likes dan lebih daripada 1,000 komen daripada peminat dan netizen. Malah ada yang meminta dato’ Seri Aliff bersanding semula dengan isterinya.
cloverush.perak.akhmarDato @aliffsyukriterlajaklaris buatla majlis bersanding semulaa dengan datin sempena annibersery ke.. mesti gempakk gilaaa ???
ainasyuhadaaaSemoga sentiasa dipermudahkan segala urusan. Semoga kekal sehingga ke akhir hayat. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah swt. Amin ya allah. Cantiknya datin shahida ?✨
zakihassan789datok buat sandeng semula mesti meletopppp
rynizzBuat majlis kahwin semula… anniversary
ab_rashid94suami idaman stiap wnita dato..moga brkekalan hngga ke hri tua
zaleha_yemSama cantik dan comel ahalamdulah bahagia hingga sekarang ….hingga akhir hayat amin???
Sumber: IG aliffsyukriterlajaklaris