Kisah rider Grab Food ini tular baru-baru ini apabila makanan yang dipesan pelanggannya sampai lambat. Malah berkali-kali pelanggan menghubungi tetapi tiada respond.
Rupa-rupanya rider Grab Food tersebut pekak dan bisu. Lebih menyedihkan dia tidak jumpa rumah pelanggan yang menempah makanan tersebut membuatkan dia terlewat sampai di rumah pelanggannya.
Itulah situasi yang dialami sendiri oleh pendakwah dan penulis, Bonda Nor ini benar-benar menyentuh hati . beliau memuat naik kisah berkenaan dilaman facebooknya sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.
Ingat kisah rider Grab Food yang viral tu? Ya, kisah saya order Yong Tau Fu untuk berbuka puasa. Hampir maghrib tak sampai-sampai. Saya penat tunggu dia, dia pula penat tunggu saya. Saya sentiasa bersedia dengan phone di tangan. Dia juga sedia dengan phone juga. Dia call, saya jawab. Tapi dia senyap. Dia call lagi, saya jawab lagi. Dan dia senyap lagi. Begitulah sampai 7 kali, sampai saya dah mula geram, dah kenapa dengan rider sorang ni! Dah hampir sejam dok main misscall je ni! Main-main ke apa? . . Kemudian Allah gerakkan hati saya pada sesuatu. Saya buka apps Grab semula. Rupa-rupanya sarat chat box di apps Grab dengan mesej dia. Dia bagitau tak jumpa rumah. Dia bagitau, dia pekak dan bisu. Allahu Rabbi. Patutlah dia call saya, tapi senyap saja. Rupa-rupanya dia call banyak kali sebab terharap-harap saya alert dengan chat box. Saya pula memang tak biasa guna chat box tu sebab biasanya rider kalau tak jumpa rumah akan terus call saja. Jadi, saya tak boleh expect sebab inilah kali pertama saya guna khidmat rider OKU. Saya tak tahu! Subhanallah. 😭 Bila saya dah balas mesej, Alhamdulillah dia berjaya cari rumah. Tapi dia sampai hantar makanan untuk saya berbuka puasa tu masa dah Maghrib. Saya pula dah sedia atas sejadah, nak solat Maghrib dulu sebelum makan. Jadi, tak sempat jumpa dia sebab anak saya yang buka pintu dan ambil makanan tu. Usai solat, hati saya masih resah. Walaupun dah bagi tips pada dia melalui sistem Grab Pay, hati saya tetap rasa tak best. Saya rasa bersalah sebab salah sangka pada dia. Dan saya rasa perlu bagitau masyarakat supaya tak buat salah macam saya. Kena lebih peka pada kemungkinan macam ni. Jadi saya tuliskan kisah tersebut di FB untuk peringatan bersama. Bahkan saya juga call pihak Grab untuk mengesan siapa rider OKU yang hantar makanan tu. “Saya nak ucap terima kasih, rider you sangat bagus. Boleh bagi no telefon dia?” Telefonis itu turut gembira saya memuji rider syarikat mereka. “Puan order dari Has Yong Tau Fu kan? Nama rider tu Rizuam. Tapi kalau nak nombor telefonnya, saya kena tanya dia dulu ya.” Saya akur.
Menunggu dari sehari ke sehari. Kecewa sebab tak dapat feedback seterusnya. Namun, Allah Maha Baik. Dia tahu keinginan saya mahu menebus rasa bersalah itu. Apa berlaku? Tiba-tiba, seorang lelaki bernama Asyraf inbox saya di Facebook. “Saya kawan Rizuam, rider OKU Kuala Terengganu. Ini nombor telefon dia.” Ya Allah, berderau darah! Walaupun tulisan tersebut viral, tapi saya tak pernah bagitau nama rider Grab itu. Jadi bila dia sebut nama Rizuam, maknanya dia memang tahu kisah ini dan dia bercakap benar! Saya guna nombor yang Asyraf bagi untuk hubungi Rizuam, perkenalkan diri dan meminta maaf berkenaan peristiwa tersebut. “Saya dan suami nak jumpa Wan boleh ke? Nak sampaikan sikit sumbangan.”
Ads
Alhamdulillah, saya sempat umum di grup Akademi Bonda Nor dan team speaker Ekspres-i yang saya nak jumpa rider OKU ini dan ternyata ramai nak selit sumbangan. “Saya nak ajak kawan saya, boleh? Nak minta dia tolong translate. Dia pun runner Grab Food juga. OKU pendengaran saja, tapi boleh bercakap,” ujar Rizuam. Rupa-rupanya, Asyraf! Ya, Asyraf yang bagi nombor telefon Rizuam itu pun akan hadir sebagai translator. Masya-Allah, hati saya berbunga-bunga. Rasa lengkap pertemuan kami! Tuan puan, Hari ini Rizuam datang jumpa saya dan suami dengan kaki terhincut-hincut. Rupa-rupanya dia baru kemalangan balik kerja waktu malam. Terlanggar kerbau, katanya. Sejenis gigih! Masuk kerja pukul 10 pagi hingga 10 malam! “Team runner OKU memang jenis rajin, bonda. Kami sentiasa kejar job,” kata Asyraf. Dan paling saya sebak bila Asyraf tunjukkan senarai carta top ten runner Grab Food Kuala Terengganu. Dimonopoli oleh runner OKU! Masya-Allah. Allahu Akbar!
Bahasa isyarat bukan libat tangan saja, bahkan mimik muka. Ini dia 3 orang Sahabat Syurga. Ketiga-tiganya Rider Grab Food. Tahniah Grab sebab sediakan peluang kerja untuk orang seistimewa mereka!
Bahkan apabila Rizuam tunjukkan pencapaiannya di sistem pesanan Grab Food, saya teruja melihat lencana pujian. Apa feedback customer? Antara nombor 1 hingga 5, semuanya memilih 5! Wah! Terus teringat salah satu komen netizen yang saya baca di posting tulisan viral saya itu, “Dah tahu pekak bisu, nak kerja runner buat apa! Menyusahkan orang!” Ya Tuhan, sedap saja dia mengecam! Kalaulah dia tahu hakikat top 10 runner ini, tentu dia malu sendiri! Ternyata pencapaian team OKU sangat luar biasa, mengatasi runner yang sempurna segala sifatnya!
Ads
“Asyraf baca kat mana tulisan yang viral tu? Macam mana Asyraf tau rider tu ialah Rizuam?” soal saya, cuba meleraikan tanda tanya. “Kami ada grup, bonda. Masa Rizuam nak hantar makanan bonda tu, dia sebenarnya ada order lain juga nak hantar. Jadi dia kalut sikit sebab tak jumpa rumah bonda, sedangkan dia nak hantar juga makanan customer lain. Jadi, dia tanya dalam grup, ada tak sesiapa boleh tolong. Tapi kami semua jauh. Jadi Rizuam pergi hantar order satu lagi tu dulu, lepas tu patah balik ke rumah bonda.” Allahu Akbar. Rupa-rupanya kekalutan Rizuam lebih daripada yang saya bayangkan! Dahlah kaki sakit dan hari pula makin nak malam. Rumah saya tak dapat dikesan, kalut fikir nak hantar pada customer lain pula. Kesiannya dia! 😭
Alhamdulillah. Sampaikan sumbangan. Buku dan duit daripada team Akademi Bonda Nor dan team speaker Ekspres-i.
Sebelum berpisah, saya sampaikan pada mereka, kata-kata Ustazah Asma Harun yang dituliskannya pada tulisan viral saya itu. Tentang OKU pekak dan bisu. “Mereka sangat mulia, bonda. Mulut mereka tidak pernah menyakiti orang lain. Telinga mereka tidak pernah bermaksiat.” Saya lihat wajah Asyraf teruja dan berseri-seri mendengar penghormatan itu. Dan sewaktu melihat dia bersungguh menyampaikan pada Rizuam dan Muhsin kata-kata inspirasi itu dengan menggunakan bahasa isyarat, saya sebak! Sebak melihat mereka mengangguk faham dan tampak ceria memahaminya! Ia memancarkan satu kepuasan luar biasa. Allahu Akbar. Benar kata ustazah, mereka ini kelompok terpelihara. Tak banyak dosa. Sembang-sembang dengan mereka, ternyata memang mereka kuat bekerja. Sebab mereka tak layan games, tak tengok movie. “Kalau layan games, tak jadi kerja pula nanti, bonda! Terlepas job,” kata Asyraf. “Habis tu, apa aktiviti masa lapang?” “Kami suka jalan-jalan, bonda. Suka tengok tempat orang. 2 tahun lepas, ramai-ramai OKU pergi Korea.” Masya-Allah. Kami yang sempurna ini pun tak sebijak itu mengatur kewangan dan perancangan. Syurgalah buatmu, anak-anak! Allah uji kamu semua dengan sedikit kekurangan, tapi ternyata kamu tidak pula berputus asa, tidak hidup meminta-minta. Bahkan usaha kamu sangat luar biasa mengalahkan kami yang sempurna sifatnya!
Alhamdulillah, hari ini dapat sampaikan rezeki Rizuam sebanyak RM5000 sumbangan team Akademi Bonda Nor dan team speaker Ekspres-i. Juga saya bagi planner Semangat! dan buku Bahagia Tanpa Syarat.
Ads
Begitulah. Rezeki orang gigih dan amanah pada tugas. Sebab sabar satu jam, Allah kirimkan rezeki sampai RM5000. Barakallahu fikum. Semoga terus sukses Rizuam, Asyraf dan Muhsin! Oh ya, Asyraf ialah Penolong Setiausaha Sukan Persatuan OKU Pekak negeri Terengganu. Ya, dia tak bisu tapi OKU pendengaran. Dia dengar tapi tak jelas. Dia perlu lihat mulut orang yang bercakap, baru dia boleh teka apa yang diperkatakan. Seronok saya dan suami belajar bahasa isyarat hari ini. Masa Rizuam buat tanduk kat kepala, kami ingatkan dia buat isyarat marah atau syaitan. Rupa-rupanya bila Asyraf translate, baru kami tahu Rizuam cerita dia langgar kerbau. Hihi. Hari yang indah buat kami atas jalinan takdir Allah dan ukhuwah ini. Alhamdulillah. 🥰
Amanat seorang ayah di majlis akad nikah anak perempuannya ini cukup terkesan bukan sahaja buat kedua mempelai malah seluruh tetamu yang hadir. Setiap baris ucapan yang dilontarkan, nyata terkandung begitu banyak pesanan.
Apa yang pasti, ianya boleh dijadikan panduan dalam memikul tanggungjawab dalam perkahwinan agar apabila semua tanggungjawab dilaksanakan akan berbahagialah hidup suami isteri.
“Saya mengharapkan perkahwinan kamu berdua dalam barakah Allah, Saya telah menjaga Afaf selama 26 tahun, daripada kecilnya sampai dewasa. Maka pada malam ini dengan izin Allah, saya serahkan Afaf isteri kepada awak Shahaid bin Mansor dengan harapan dan doa mudah-mudahan perkahwinan kamu berdua dalam barakah daripada Allah. Perkahwinan amanah daripada Allah. Satu amanah yang besar yang dipikul kamu berdua.
Afaf, sebagai seorang anak kepada Baba, malam ni Baba sempurnakan, sebagai ayah sebagai Baba, dan baba serahkan Afaf kepada Shahaid sebagai suami sah kepada Afaf. dengan harapan kamu berdua, jagalah hidup kamu berdua dengan penuh keimanan, penuh dengan ilmu, rumah tangga bukan kecil maknanya kepada kamu berdua. Ayahanda mengharapkan anakanda berdua dalam redo Allah.
Bukan sahaja saya Ustaz Roslan Muhamed sebagai ayah kepada Afaf tapi juga En Mansor ayah kepada Shahaid mengharapkan kamu berdua berada di dalam rahmat Allah. Jaga kehidupan, tambahkan iman, jaga solat, jaga sembahyang, cari rezeki halal dalam hidup, banyakkan berdoa, berdoa untuk ibu ayah selama-lamanya, hormatkan orang tua jangan pinggirkan mereka kerana pintu keberkatan ada di tangan mereka.
Ingat ini pesanan untuk semua termasuklah pasangan yang dinikahkan malam ini dengan doa harapan mudah-mudahan kau berdua Shahaid dan Afaf berada rahmat Allah berpanjangan. Ingat ia amanah daripada Allah. Ingat kalau kita kenal Allah, Allah kenal kita.
Baba mengharapkan sebagai seorang ayah, moga Allah rahmati kamu berdua dan Baba dangan Mama telah berkahwin 30 tahun dan kami telah sambut ulang tahun pada Selasa yang lepas, alhamdulillah dan Encik Mansor pun saya ingat dah puluhan tahun berkahwin. jadi mudah-mudahan Allah rahmati kesemuanya termasuklah kita-kita yang hadir malam ini.
Dan khas pada Shahaid maka dengan rasminya Baba serahkan Afaf sebagai isteri kepada kamu dan amanah daripada Allah dan inilah amanah yang paling besar yang telah Baba lakukan pada malam ini kerana Allah, kerana Allah dan bukan kerana yang lain….”
Amanat seorang ayahanda kepada suami anak perempuannya setelah majlis akad nikah.Diserahkan dengan sepenuh jiwa dan raga setelah dijaga sebaiknya selama 26 tahun.
Posted by Ammar Roslan on Friday, 14 September 2018
sumber : Ammar Roslan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hubungan adik-beradik sememangnya satu hubungan yang tidak akan putus sampai bila-bila. Pastinya kasih-sayang yang ditonjolkan sangat bermakna sepanjang hayat.
Sejuk perut ibu yang mengandung apabila adik beradik saling membantu dan sepakat.
Kisah inspirasi ini begitu menyentuh hati apabila seorang adik sanggup mendermakan buah pinggangnya kepada kakak tersayang.
Umum mengetahui penderma akan dibedah terlebih dahulu untuk mengeluarkan buah pinggang dan organ berkenaan akan dipindahkan ke bilik pembedahan lain untuk dimasukkan ke dalam badan penerima.
Malah sebelum itu, penderma harus melalui beberapa siri pemeriksaan yang ketat bagi memastikan mereka benar-benar layak dan bersedia mendermakan organ itu.
Sebagaimana perkongsian ini, puan Norhamira Norhamira Mohamad mengimbau detik adiknya mendermakan buah pinggang kepada dirinya. Juga meluahkan rasa syukur diberi kesihatan yang baik setelah tiga tahun menjalani pembedahan pemidahan buah pinggang.
Moga kisah ini menjadi lambang kasih sayang adik beradik yang menyayangi sampai bila-bila.
Alhamdulillah3 . Happy Kidneyversary yang ke 3 , K. Long & adik K. Long Abecik Hafis Firdaus.
3 tahun dah buah pinggang yang Abecik derma berkhidmat dengan baik bersama K. Long.Semoga kami berdua yang ada satu Kidney sihat walafiat . # Panjang sikit ye coretan kali ni.
Allahu, setiap kali teringatkan pengorbanan Abecik sanggup derma satu buah pinggang ke K.long ,selalu mengalir air mata dan bersama k. Long titipkan doa buat Abecik, Isteri ,Ikin Noor Ashikin Ibrahim yg selalu support dan anak2.
Terima kasih En. Suami Zamri Zulkifli ade selalu untuk Isteri Abg ni. Terlalu byk pengorbanan Abg jaga isteri Abg masa sakit. Cinta sampai Syurga.
Terima kasih jgk buat Ma tersayang.. Ada selalu teman anak sulong Ma yang manje ni. Al-Fatihah untuk arwah Abah tersayang . Juga buat Ma & Abah Mertua. Kasih sayang buat menantu ni dah macam anak sendiri.
Juga terima kasih buat adik2 tersayang dan adik2 ipar2 tersayang Kedua2 family banyak tolong k. Long / k. Mira Buat Kedua2 family tersayang selalu support dan mai jenguk dan ada yang jaga k. Long /K. Mira di Ganu masa tu..
Penghargaan juga buat Doktor2, semua Staff Nurse di HSNZ dan HKL yang merawat dari Mira dialisis,Transplant.. hingga sihat sekarang. Sayang semua. X lupa sayang dan kasih buat sahabat2 , jiran2, dan semua yang sentiasa membantu dan mendoakan Mira/k. Long.
Alhamdulillah Terlalu banyak kasih sayang untuk ditulis. Semoga Allah memberi kebaikan,kesihatan dan keRahmatan buat kita semua. Love
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan menu nasi goreng menjadi antara menu popular dan mudah untuk kita sediakan sebagai menu sarapan. Memandangkan sering kali terjadi nasi yang di masak tidak habis, dan sebagai langkah untuk tidak membazir maka menu nasi goreng pun terhidang di atas meja untuk dijadikan sarapan enak bersama keluarga.
Setidak-tidaknya bila dimasak lebihan nasi tersebut, anak-anak berselera juga menikmatinya lebih-lebih lagi jika rasanya menepati citarasa.
Bercakap tentang rahsia memasak nasi goreng yang sedap dan lazat, orang tua-tua dulu ada petuanya yang tersendiri. Salah satunya, kalau nak rasa pedas pastikan kuantiti cili yang digunakan ganjil bilangannya.
Selain itu, untuk lebih detail turut dikongsikan oleh Amy Marina Ahmad cara dan tip menyediakan menu nasi goreng sedap mengikut citarasanya. Jom semak.
PETUA NASI GORENG SEDAP!!
BERAS
Ramai bertanya, beras apa saya guna sebab berasnya cantik, sebutir-sebutir dan berderai? Saya guna 2 jenis beras : Jasmine Pusa Gold atau Jasmine Pusa Cream. Beras ni panjang² dan kurang kanji.
Semalam saya masak nasi lebih. Balik dari ambil suami kat ofis, kami terus ke booth. Dah penat sgt, kami terus makan di luar. So, nasi tu tak berusik. Pagi ni nasi tu buat nasi goreng. Cilipadi petik kat belakang rumah. Tumbuk kasar dengan bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan udang kering.
2. BILANGAN GANJIL
PETUA ORANG TUA² nak kasi nasi goreng SEDAP?
Cilipadi letak dalam jumlah GANJIL. Saya masukkan 21 biji. Dan masa tumbuk tu, masukkan sekali garam kasar. (Tips dari arwah nenek saya)
3. TEKNIK MENGGORENG
CARA SAYA MASAK NASI GORENG
Sebelum masak nasi goreng, gorengkan dulu ikan bilis sampai garing. Keluarkan. Minyak yg sama, tumiskan bahan yg ditumbuk tadi sampai garing. Kemudian, masukkan telur, tumis sekali dgn cili bawang tadi. Dah garing, masukkan nasi. Gaul sebati, biarkan sebentar. Masukkan sayur kacang panjang hiris bulat² dan carrot potong memanjang.
Masukkan lada putih (pepper). Boleh la kalau nak masukkan ajinomoto, tapi saya tak letak. Tutup api. Masukkan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata. Siap untuk dihidangkan panas² bersama telur goreng mata. Bagi jiran sebelah sikit, 1 “tipuware”.
TELUR GORENG
Kat rumah ni ada yg suka telur kuningnya keras, ada yg nak kuningnya cair², ada yg suka telur dadar dan ada yg suka telur hancur (scrambled egg).
Masing² dengan citarasa masing². Layan je la
Sumber : Amy Marina Ahmad Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...