“Sabar Terima UjianNya, Jangan Putus Asa & Sangka Baik.” Siti Nurhaliza Kongsi Dari Hatinya Yang Sangat Ikhlas. Allahu Sebaknya!

Share

Selalu bersangka baik dengan Dia Yang Satu, jangan putus berdoa dan  selama 11 tahun dia  tidak pernah berhenti berharap bahkan sentiasa berdoa untuk diberi peluang menjadi seorang ibu. Itulah dia Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dimakbulkan doanya untuk mendukung zuriatnya sendiri.

Perkongsian bersama Ustaz Ebit Lew dalam  program ‘A Bit With Ebit’ terbitan tv AlHijrah bukan sahaja menitiskan air mata ibu Siti Aafiyah ini, bahkan membuatkan penonton dan Ustaz Ebit sendiri tidak dapat menahan rasa sebak dan terharu.

Betapa hati seorang ibu…dari mula sampai habis kami cuma menangis di pentas. Semua hadirin menangis bersama-sama.


Sebak hari ini. Sepanjang di pentas Datuk Seri Siti Nurhaliza menangis cerita tentang perjalanan ujian Allah kasih sayang Allah sehingga di anugerahkan anak dalam program ‘A Bit With Ebit’ di tv alhijrah..ya Allah siapa sangkakan…dengar saat kemuncak rasa lemah dan kuat. Usaha dan doa yang dilakukannya. Tak berhenti tangisan yang membuatkan kita tersedar..serius sangat dalam nasihat Tok Ti.. Terasa dari hatinya yang sangat ikhlas…Allahu..tonton nanti yer..

Dari naik pentas beliau menangis cerita bagaimana impiannya dan proses perjalanan dan tepat masanya Allah anugerahkan Siti Afiah. Ya Allah saya betul-betul terharu bila cara siti cerita tentang kesabaran dan terima ujian Allah. Jangan putus asa. Sangka baik pada rahmat Allah..Allah baik. Allah bertindak mengikut sangkaan…berulang kali ucapannya..

Bila saya tanya harapannya pada anaknya..beliau ingin anaknya menjadi anak yang mendoakan ibu ayah. Anak yang memberi manfaat buat manusia dan hafizah Al-Quran..subhanallah. hafizah Daieah alimah solehah insyaAllah…

Kan..betapa hati seorang ibu…dari mula sampai habis kami cuma menangis di pentas. Semua hadirin menangis bersama-sama..

Jika arwah mak saya ada mesti happy sebab selalu doakan TokTi..tadi bidadari saya sempat jumpa. Kata Tokti best sangat makan dekat ParamountCoffeeHouse. Beliau beberapa kali singgah dan sampaikan salam pada saya..hari ini baru makbul doa dapat jumpa.. Sempat hadiahkan buku isterikuBidadari dalam live rakaman tadi..teringin orang sepertinya dapat buku ‘isteriku Bidadari’.

Beliau memang sangat rendah diri. Dan sangat baik orangnya. Bahasanya memang sangat lembut. Katanya ustaz tolong pimpin dan betulkan kalau saya salah. Sangat rendah diri. Semoga Allah terus beri kesihatan buat dirinya dan keluarga. Semoga Siti Afiah jadi anak solehah dan hafizah AlQuran yang bertakwa.

Saya bila tengok ‘a bit with ebit’. Menangis lak..cuma teringat mak saya selalu menangis bila saya sedih dan peluk saya bila orang marah atau halau masa berdakwah..tu jer..ya Allah terimalah program ini jadi asbab hidayah. Pohon doa semua yer tayangan ogos 2018 ini di tv alhijrah. Bawa suami isteri dan seisi keluarga yer menonton……-ebitlew Paramount Coffee House.

Sumber: Ebit Lew ctdk