Setiap pasangan suami isteri pasti ada cara tersendiri dalam mempamerkan kasih sayang. Ada yang menunjukkan secara terang-terangan, tak kurang pula yang melalui perbuatan. Walau bagaimana cara sekali pun, tak kisah lah asalkan itu cara kita menghargai dan membuatkan hubungan antara pasangan semakin erat.
Demikian juga dengan pelakon kacak ini dalam menunjukkan kasih sayang buat isteri yang juga buah hati kesayangannya ini. Menurut Saharul Ridzwan, setiap orang punya cara berbeza-beza. Justeru, dia berkongsi cara dia menunjukkan kasih sayang kepada isterinya.
Cara berkasih sayang dalam rumahtangga. Cubalah
1. Memakai wangi wangian. Lepas tu pujilah “Abang, wangilah!”
2. Selalulah solat berjemaah, jadi imam kepada isteri, bila doa tu, doa kuat2 dlm bahasa melayu bagi dia dengar dan faham apa yang kita doakan
3. Pegang tangan isteri, sekali sekala cubit peha dia, lepas tu kejar mengejar 4. Kongsi selimut dengan suami, kalau tak cukup satu selimut, jahit dua selimut jadi satu 5. Mendengar dgn sabar cerita isteri, walaupun selalu dah dengar, dan kurang menarik sangat. Sabar dan layankan 6. Sikat rambut suami, kalau yang kurang rambut, belikan dia kopiah. Jangan bergurau bab rambut 7. Sebelum tidur, minta maaf antara satu sama lain. Jangan tidur dalam keadaan marah Banyak lagi kalau nak tulis. Lain orang mungkin lain cara. Tapi bila kongsi cara, mungkin terbitnya CINTA.
Sumber: saharulridzwan