Ramai yang kagum dengan keperibadian dan ketokohan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam melaksanakan tanggung jawabnya. Ini termasuklah seorang remaja autisme yang dikatakan menghantar surat kepada beliau.
Kisah ini dimuat naik sendiri oleh Datuk Seri Dr Zulkifli menerusi laman facebooknya.
Menerusi beliau, remaja yang dikenali sebagai Wan Aiman itu pernah menulis surat kepadanya dan mengaku cukup meminati beliau.
Pagi ini beliau memberikan sepucuk surat kepada saya selepas Kuliah Dhuha Muslimat di Surau Annur, Bandar Baru Bangi.