‘Saat Yang Ditunggu Sudah Tiba.’ Ibu Neelofa Luah Rasa Syukur. Sah Neelofa Dirisik PU Riz.

Share

Berita gembira yang sekian ditunggu oleh seluruh peminat Neelofa akhirnya terjawab hari ini apabila sah Neelofa dirisik PU Riz.

Rata-rata warganet melahirkan rasa syukur dan teruja dengan khabar gembira ini.

Menerusi laman Instagram peribadinya, Noor Kartini berkongsi catatan yang menyentuh hati mengenai bagaimana bersykurnya beliau kerana aturan Allah pada kehidupan Neelofa sungguh indah sekali.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb .. saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku.. aku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya.. Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much.

 

Difahamkan selebriti dan usahawan ternama, Neelofa hari ini menerima kunjungan keluarga PU Riz pada Ahad.

Merujuk laporan Astro AWANI difahamkan, kunjungan itu adalah bagi menyempurnakan acara merisik. Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan.

Malah menerusi laman Instagram lofa.page memaparkan gambar-gambar yang jelas mengenai berita gembira ini.

Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, difahamkan bakal disatukan menjelang Mac tahun depan.
Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.
Tahniah Neelofa dan PU Riz!
Sumber: Astro Awani, noorkartini, N & lofa.page

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club