“Saat Permata Hati Sudah Kaku & Biru, Aku Tak Mengalah Bantu Dia.” Luahan Sayu Ibu Kehilangan Anak Akibat Tersepit Celah Katil.

Share

Pemergian insan tersayang secara mengejut memang meninggalkan impak yang cukup besar pada diri. lebih-lebih lagi jika ia melibatkan orang yang terdekat dan amat disayangi.

Namun siap kita mampu menolak ketentuanNya. Jagalah bagaimana sekali pun, jika sudah tertulis di Luth Mahfuz, maka kita tak mampu untuk menidakkan apa yang berlaku. Cekal, kuatkan hati dan iman. Pasti ada hikmah di sebaliknya.

Bagi ibu bernama  Nursafiah Edy , tiada kata yang mampu diungkapkan. Pemergian anak tersayang dalam sekelip mata cukup memilukan hati.

Anak kecilnya meninggal dunia akibat kekurangan oksigen dalam satu insiden tersepit di katil.


Bismillahirrahmanirahim

Sebenarnya mama  tak kuat nak ceritakan….tapi mama nak share dengan kawan-kawan..dalam kebaikan ada keburukan…

Banyak yang tanya macam mana kejadian berlaku..ada yang kata-kata belakang, konon mama cuai…tapi ibu mana yang nak anak dia jadi macam ni.

Sini contoh yang Pia boleh gambarkan…beginilah kedudukan arwah waktu itu masa Pia nak ambil menyusukan dia…muka dia sepenuh hadap tilam tu…waktu kami tinggalkan dia untuk makan dia sedang tidur…dan arwah baru pandai pusingkan badan…

Dia tak jatuh ye….dia terselit….banyak salah faham kata dia jatuh…tak… doktor pun sahkan dia tak ada pendarahan apa-apa..cuma otak dia bengkak kerana kekurangan oksigen..

Pia share supaya kita berhati-hati
Jenis katil baby macam nie… Pia tak salahkan katil ni….cuma mungkin uolss boleh berjaga-jaga  kalau ada yang guna katil jenis nie…
Sebab kain jaring dia boleh lentur ikut badan….kalau ada ruang..jangan biarkan ruang tu ada sikit pun….

Kalau orang tanya baju siapa yang dia pegang waktu tidur …

Ni insan kehilangan nak bercerita ..

Baju belang-belang tu adalah baju wildan syurga ku…baju yang dipakai saat aku seperti orang gila dalam kereta menjerit meminta semua kereta memberi laluan padaku untuk aku bantu permata hati aku ni dengan penuh harapan…!!di saat permata hati ni sudah kaku dan biru…tapi aku tak pernah mengalah untuk bantu dia…

Bantal bersarungkan mickeymouse tu adalah bantal dia setiap kali dia tidur..itulah bantal peneman tidur dia..bantal yang membuat dia tidur nyenyak smpai bau bantal tu sebau dia sikit pun tak lari…bau tu..dan disaat akhir pun bantal ni diletak disisinya…

Kain batik ni…kain yang setiap kali aku guna untuk lapik permata hatiku selepas mandikan dia..kat kain ni juga ada bau dia tau…

Huzairy suka sangat tidur berselimutkan kain batik tu…

Banyak lagi mama nak citer pasal awak sayang.

Semalam 40 hari adik..mama buat bacaan yassin adik…dah 40 hari mama memendam rindu rupanya sayang…kita berjauhan disini…tapi mama akan pastikan dan usaha untuk kita jumpa disana….In sya Allah…

Adik nak tahu?ada orang cakap mama gila…kena berubat!! sebab selalu g ziarah kubur adik…orang yang cakap tu gila kan…sebab gila takut dengan kematian….ikut hati mama,mama nk lempang je org yang cakap tu…


Huzairy anak mama…Ibu mana tak rasa kesunyian kehilangan anak sayang..bukan  tak redha tapi orang yang kehilangan sahaja akan rasa dan memahami mama….huzairy bukan pergi waktu lahir…huzairy mama dah jaga..dah susukan..dah mandikan..gurau-gurau dan tentu2  tak sakit..mana mama tak terasa semua tu sayang…tapi mama masih waras..mama akan sedaya upaya untuk teruskan kehidupan ni walaupun jiwa ini rasa kosong separuh..sebab mama percaya janji Allah tu pasti….adik sedang berbahagia ditaman syurga…

Semoga Anak mama bahagia ditaman syurga…
Maafkan mama sayang….
Al-fatihah

Al-fatihah wildan syurga mama
27/7/2018-15/1/2019
#muhammadeddyhuzairy
#41harisygtinggalkanmama
#rindutiadapengujung

#eddyhuzairybinedysamsul