Menjadi ketua keluarga bukanlah tugas yang mudah. Lelaki sebagai ketua rumah tangga perlu tunjukkan teladan yang baik terhadap anggota keluarga.
Bergelar suami atau ayah tentu ada cabarannya. Biarpun diuji, namun perlu kuat semangat dan emosi untuk memastikan keluarga mendapat kehidupan yang sempurna.
Begitulah luahan hati pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan kerja kebajikkannya.
Setiap kali menghadapi halangan hidup, sentiasa memberi motivasi dalam diri bahawa dirinya perlu kuat demi keluarga.
Pesanan ayahnya juga sentiasa menjadi pendoman untuk teruskan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan kerja kebajikannya.
_____________________
Pohon doakan buat ayah saya yer..
I love you bapak. I love you. Dapat solat dengan ayah nikmat sangat besar. Saya kata ayah boleh solat atas katil jer. Katil ni boleh naikkan sikit. Dia kata saya nak solat atas kerusi. Beginilah kami semenjak saya kecil. Rindu nak peluk bercakap dan nak tengok ayah sihat.
Ayah saya ni pendiam orangnya. Jarang bercakap tapi penyayang sangat. Walau muka serius. Ingat lagi tengah duduk rumah ayah bawa balik kereta mainan bentuk mercedes. Kereta control. Saya masa tu happy sangat. Berlari-lari saya. Kadang bila beli durian. Ayah beli satu guni. Masa kecil kami tunggu ayah buka durian. Rindu masa tu. Dan kadang beli ayamas. Makan bersama. Benarlah saat bersama keluarga walau sekejap ialah anugerah Allah terindah hidup ini. Ia tak dapat dibeli dengan wang ringgit.
AYAH KUAT DEMI KELUARGA.
Dulu masa remaja saya ke luar negara belajar. Setiap 2 hari tulis surat pada ayah. Arwah Mak kata setiap malam ayah ambil surat tu dan baca.
Bila saya tanya dulu apa rahsia ayah kuat dan macam tak pernah sakit. Dengan dapat cium tangan ayah jer dah rasa semangat dalam hidup. Nikmat cium tangan ayah. Sentuhannya. Jawabnya saya kan ‘ayah’.
PERANAN SEBAGAI AYAH
Sekarang bila dah jadi ayah. Baru saya tahu maksud perkataan itu. Menjadi ayah ini nikmat dan tanggungjawab. Saat kita diuji. Saya selalu cakap dengan syukur saya kena kuat saya kan ayah. Saya kan suami. Saya kan hamba Allah. Dia pilih saya dari 12 tahun untuk kerja khidmat ini. Inilah takdir hidup saya. Saya tidak akan berhenti kerana selepas dunia ini ada kehidupan akhirat. Selamanya. Kita dibalas atas setiap apa kita lakukan didunia.
Ya Allah berilah kekuatan dan semangat pada ayah. Kekuatan pada kami. Hanya kepadaMu kami bergantung dan berserah. Benarlah kaulah pemilik dunia dan segalanya. Tidak akan menimpa apapun dalam hidup kami melainkan apa yang kau tentukan.
Sumber: Ebit Lew