Gambar Yang Penuh Makna. Beginilah antara gambaran pertugas perubatan yang diberi tanggungjawab untuk memastikan rantaian covid-19 putus.
Semasa melakukan rawatan ke atas pesakit yang dijangkiti mereka wajib memakai lengkap pakaian PPE. Pakaian bukan pakaian yang selesa dan serap peluh tetapi membuatkan pemakai akan berasa panas, berpeluh malah kadang membuatkan diri seakan lemas. Keadaan panas itu, boleh menyebabkan mereka kehausan akibat dehidrasi.
Begitulah perkongsian Dr Hana Hadzrami. Semoga para frontliners terus berjuang dan kami sentiasa mendoakan anda semua dilindingi.
Ikuti perkongsian ini.
BAGAIKAN LILIN YANG MEMBAKAR DIRI
Bila lihat gambar ni, boleh bayangkan betapa teruk kehausan mereka akibat dehidrasi.
Semua orang ingat pakai PPE ini setakat panas dan berpeluh. Tapi sebenarnya dia ada tahap juga.
Saat ia disarungkan dah rasa lemas, jadi perlu kawal pernafasan. Nafas kena perlahan dan dalam. Sebabnya gas karbon dioksida mulai berkumpul dan parasnya dalam darah mulai naik.
Tak lama kemudian dah start berpeluh dan berkuap. Lebih kuat resah, lebih teruk berpeluh. Berkuap dan lemas.
Gas oksigen semakin turun. Kerana anda nak buang karbon diosida perlu bernafas secara kerap. Tapi jangka nafas masuk semakin pendek, tak sempat oksigen masuk banyak.
Kalau pakai face shield DIY (bukan plastik anti-kabus) terus berkabus pandangan. Sudahlah nafas sesak, pandangan kabur. Jantung laju, nafas cetek.
Jadi fikiran semakin kusut. Refleks jadi lambat. Bila doktor atau misi tanya, lambat boleh nak jawab. Sudah lah pakai berlapis jadi telinga pun pekak. Suara pun tenggelam. Decision making jadi kurang tepat. Kena fikir lama dulu. Kadang-kadang kena baca nota pesakit berulang kali. Dah baca banyak kali tapi tak faham. Baru tadi baca tapi dah lupa.
Itulah efek kurang oksigen dan tinggi karbon dioksida dalam darah.
Sebanyak mana anda minum pun sebelum sarung PPE, anda takkan berasa nak buang air. Sebabnya semua dah bertukar jadi peluh.
Anda takkan menghargai kebebasan bernafas di udara bebas sampailah anda sarung PPE selama berjam-jam dan menanggalkannya.
Nikmat ringkas namun paling bererti. Bergelut antara narkosis dan hipoksis.
BEKALAN PPE MENCUKUPI
Manakala diposting lain pula beliau juga menzahirkan ucapan penghargaa kepada jabatanya yang sentiasa memastikan PPE pakai buang ini mempunyai bekalan yang mencukupi.
PPE memang tak cukup. Iyalah, benda pakai buang. Namun, yang membezakan staf sampai kena pakai plastik sampah atau tidak ialah sebagus mana pengurusan teratas unit masing-masing.
Kami jaga 30 katil ICU (di north wing) dan memerlukan beratus set PPE setiap hari. Setakat ini memang bergantung penuh kepada PPE tyvex suit hadiah dari kerajaan China yang diguna secara berjimat.
Tapi pengurusan teratas ICU kami adalah yang terbaik. Mereka pastikan bekalan cukup untuk doktor dan misi ICU gunakan tanpa kami perlu pening kepala nak lindungi diri sendiri.
Tak kiralah PPE dari China ke, dari NGO ke, dari penderma ke, jahit sendiri ke. Tapi mesti cukup untuk kami.
Berbeza dengan sesetengah jabatan yang saya perhatikan, ketua mereka tak peduli pun bekalan cukup atau tidak. Kadangkala bekalan sebenarnya ada tapi ketua sendiri tak tahu dimana ia disimpan. Pada mereka, kau staf kena kerja, PPE cukup ke tidak, pandai-pandai lah kau cari atau jahit sendiri.
Inilah yang membezakan anak buah perlu pakai plastik sampah atau tidak.
Jutaan terima kasih kepada ketua unit kami dan pihak pengurusan yang amat memelihara kebajikan staf semua. Kami sanggup bekerja keras kerana anda juga bekerja keras!
Hospital saya adalah yang terbaik!
Sumber: Hana Hadzrami