Gambar Yang Penuh Makna. Beginilah antara gambaran pertugas perubatan yang diberi tanggungjawab untuk memastikan rantaian covid-19 putus.
Semasa melakukan rawatan ke atas pesakityang dijangkiti mereka wajib memakai lengkap pakaian PPE. Pakaian bukan pakaian yang selesa dan serap peluh tetapi membuatkan pemakai akan berasa panas, berpeluh malah kadang membuatkan diri seakan lemas. Keadaan panas itu, boleh menyebabkan mereka kehausan akibat dehidrasi.
Begitulah perkongsian Dr Hana Hadzrami. Semoga para frontliners terus berjuang dan kami sentiasa mendoakan anda semua dilindingi.
Ikuti perkongsian ini.
BAGAIKAN LILIN YANG MEMBAKAR DIRI
Bila lihat gambar ni, boleh bayangkan betapa teruk kehausan mereka akibat dehidrasi.
Semua orang ingat pakai PPE ini setakat panas dan berpeluh. Tapi sebenarnya dia ada tahap juga.
Saat ia disarungkan dah rasa lemas, jadi perlu kawal pernafasan. Nafas kena perlahan dan dalam. Sebabnya gas karbon dioksida mulai berkumpul dan parasnya dalam darah mulai naik.
Tak lama kemudian dah start berpeluh dan berkuap. Lebih kuat resah, lebih teruk berpeluh. Berkuap dan lemas.
Ads
Gas oksigen semakin turun. Kerana anda nak buang karbon diosida perlu bernafas secara kerap. Tapi jangka nafas masuk semakin pendek, tak sempat oksigen masuk banyak.
Kalau pakai face shield DIY (bukan plastik anti-kabus) terus berkabus pandangan. Sudahlah nafas sesak, pandangan kabur. Jantung laju, nafas cetek.
Jadi fikiran semakin kusut. Refleks jadi lambat. Bila doktor atau misi tanya, lambat boleh nak jawab. Sudah lah pakai berlapis jadi telinga pun pekak. Suara pun tenggelam. Decision making jadi kurang tepat. Kena fikir lama dulu. Kadang-kadang kena baca nota pesakit berulang kali. Dah baca banyak kali tapi tak faham. Baru tadi baca tapi dah lupa.
Itulah efek kurang oksigen dan tinggi karbon dioksida dalam darah.
Sebanyak mana anda minum pun sebelum sarung PPE, anda takkan berasa nak buang air. Sebabnya semua dah bertukar jadi peluh.
Anda takkan menghargai kebebasan bernafas di udara bebas sampailah anda sarung PPE selama berjam-jam dan menanggalkannya.
Ads
Nikmat ringkas namun paling bererti. Bergelut antara narkosis dan hipoksis.
BEKALAN PPE MENCUKUPI
Manakala diposting lain pula beliau juga menzahirkan ucapan penghargaa kepada jabatanya yang sentiasa memastikan PPE pakai buang ini mempunyai bekalan yang mencukupi.
PPE memang tak cukup. Iyalah, benda pakai buang. Namun, yang membezakan staf sampai kena pakai plastik sampah atau tidak ialah sebagus mana pengurusan teratas unit masing-masing.
Ads
Kami jaga 30 katil ICU (di north wing) dan memerlukan beratus set PPE setiap hari. Setakat ini memang bergantung penuh kepada PPE tyvex suit hadiah dari kerajaan China yang diguna secara berjimat.
Tapi pengurusan teratas ICU kami adalah yang terbaik. Mereka pastikan bekalan cukup untuk doktor dan misi ICU gunakan tanpa kami perlu pening kepala nak lindungi diri sendiri.
Tak kiralah PPE dari China ke, dari NGO ke, dari penderma ke, jahit sendiri ke. Tapi mesti cukup untuk kami.
Berbeza dengan sesetengah jabatan yang saya perhatikan, ketua mereka tak peduli pun bekalan cukup atau tidak. Kadangkala bekalan sebenarnya ada tapi ketua sendiri tak tahu dimana ia disimpan. Pada mereka, kau staf kena kerja, PPE cukup ke tidak, pandai-pandai lah kau cari atau jahit sendiri.
Inilah yang membezakan anak buah perlu pakai plastik sampah atau tidak.
Jutaan terima kasih kepada ketua unit kami dan pihak pengurusan yang amat memelihara kebajikan staf semua. Kami sanggup bekerja keras kerana anda juga bekerja keras!
Dah jadi kebiasaan kalau jumpa seseorang yang popular, tambah pula individu tersebut pula orang yang kita minat, pasti kita akan rasa teruja.
Itulah yang dihadapi oleh pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro menceritakan kembali kisahnya saat bertemu dengan beberapa orang peminat kecil baru-baru ini.
Menurut Ajak atau nama sebenarnya, Mohd Hanaffi Razak, kanak-kanak tersebut dilihat amat teruja ketika terserempak dengannya yang pada ketika itu sedang memberhentikan keretanya di bahu jalan.
Enggan menghampakan kanak-kanak tersebut, Ajak kemudiannya turut daripada keretaya lalu menyantuni kanak-kanak tersebut yang juga merupakan pasangan adik beradik itu.
“Kebetulan tengah bersembang dalam renyai, aku ternampak tiga beradik ni. Dari jauh aku nampak diorang excited ternampak pelawak suam kuku ni.
“Aku terus lintas jalan sebab tak nak diorang yang lintas. Dapatlah bagi hadiah raya sikit kat adik ni. Nampak dekat muka diorang yang diorang happy,” tulisnya di hantaran laman Instagram.
Katanya lagi, momen-momen seperti itu sebenarnya yang membuatkan dirinya berasa puas bergelar seorang anak seni.
“Aku puas. Serius aku puas dapat gembirakan diorang. Semoga membesar jadi anak soleh solehah dan insan yang berjaya. Doakan rezeki pakcik ye Dik. Pakcik simpan sini buat kenangan,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat perkongsian tersebut selain turut memuji sikap Ajak yang sentiasa mesra ketika bersama dengan peminat. Malah ada yang mempunyai nasib yang sama seperti anak-anak ini jumpa Ajak di tepi jalan.
Sumber : Instagram Ajak Shiro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nama Bell Ngasri menjadi bualan hangat dek kerana Anugerah Bintang Popular Berita harian 35 (ABPBH). Kemenangan yang diraih dalam acara tersebut sememangnya sesuai dan layak buat dirinya yang telah lama dalam bidang lakonan ini.
Isterinya iaitu Nur Farhana Mahamad Fauri berkongsi sisi lain suaminya ketika bersama keluarga.
Menurut Farhana, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri merupakan seorang bapa yang sangat bertanggungjawab dan tegas dalam mendidik anak-anak.
“Bell sebagai seorang suami dia sebenarnya seorang yang garang terutamanya dengan anak bukan dengan saya.
“Dengan anak dia sangat tegas, saya rasa kalau dia buat kelakar pun anak dia tidak tahu sama ada itu kelakar ke serius.
“Jadi anak-anak memang tidak ambil tahu langsung bapa dia adalah Barkoba ke atau berlakon cerita itu ini ke mereka tidak pernah tahu.
“Jadi bila bapa dia buat lawak dekat rumah, macam tak ada apa-apa, dia lebih kepada serius. Maknanya komunikasi mereka itu lebih kepada bukan benda yang kelakar,” katanya ketika ditemui Gempak.
Ketika diminta mengulas mengenai kemenangan Bell di ABPBH 35, Farhana menyatakan rasa syukur dengan rezeki di luar jangkaan itu.
“Saya bersyukur sebab saya benda itu yang dia tak pernah impikan, tak pernah fikir… Saya rasa ini satu pencapaian yang tidak pernah terlintas di kepala. Rezeki di luar jangkaan.
“Saya kenal dia pun bukannya sekejap, sebelum kahwin kita dah kenal lama, dah tengok apa yang dia buat.
“Kita tahu yang dia memang hidup untuk kerja sejak kecil lagi… Jadi saya rasa segala usaha dia selama ini berbaloi. Alhamdulillah,” ujarnya.
Terdahulu, Bell dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di ABPBH 35 yang berlangsung pada Jumaat.
Bell berjaya menewaskan calon favourite lain iaitu Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.
Sediakan payung sebelum hujan, itu peribahasa yang sering kita dengar yang dikaitkan seseorang perlu bersiap sedia sebelum ditimpa musibah.
Namun jika ditanya pada diri kita sebagai isteri, apa perkara yang telah kita persiapkan andai terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini dengan pasangan kita.
WANITA PERLU BERHARTA
Saya galakkan wanita ada harta sebelum jadi isteri tercinta. Kita tak boleh jangka apa akan berlaku pada kita.
1. Ushakan ada simpanan sendiri sebelum jadi isteri.
2. Jika dapat belilah sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan.
3. Jika suami tercinta beri duit nafkah, ushakan buat simpanan sendiri. Jangan belanja semuanya.
4. Jika suami tiada wawasan kewangan, rahsiakan berapa simpanan yang ada. Tak cerita semua bukan dosa.
5. Jangan serahkan masa depan pada orang lain, rancang masa depan sendiri.
6. Belajar bawa kenderaan dan ada lesen sendiri.
7. Buat catatan setiap perbelanjaan. Tahu setiap wang kita kemana.
8. Suami hanya pinjaman tuhan sahaja. Bila bila masa boleh dijemput pergi atau digoda oleh wanita misteri.
Bersedia sebelum datangnya ujian dan badai melanda.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.