Saat rakan-rakan seusianya bermain dan bergembira dengan rakan-rakan seangkatan, dia sudah bekerja di pasar. Semuanya demi mencari rezeki yang halal buat keluarga. Di bahunya sudah diletakkan tanggung jawab untuk membantu keluarga. Tiada rasa keluh kesah, jauh sekali merungut. Itulah pengorbanan seorang anak.
Kisah anak berusia 10 tahun ini dikongsikan oleh saudara Edlee Al-Aswad Black menerusi laman facebooknya.
AKU BUDAK PASAR
Namaku Amat. Aku berusia 10 tahun. Tidak bersekolah tapi aku belajar melalui pengalaman. Seawal usiaku, aku sudah memerah keringat mencari rezeki yang halal buat diri dan keluargaku.
Di hari minggu ini, sewaktu kanak-kanak lain yang seusia denganku berlibur dengan keluarga masing-masing, aku pula kesana kemari menawarkan perkhidmatan mengangkat barang di Pasar Lahad Datu. Dengan beban yang dibawa aku tidak pernah mengeluh. Aku cuma berpeluh.
Perjalanan hidup ku tampak kabur dan kelam.
Namun selagi aku mampu dan terdaya, aku tidak akan berhenti berusaha dan memasang impian. Rezeki itu milik Tuhan dan DIA tidak pernah mengabaikan mereka yang tekun, gigih dan sabar.
#lahaddatukini