Keibubapaan

Ryzal & Maryam Dipuji Pandai Didik Anak Berdikari, Netizen Kagum Rina Lap Meja, Cuci Pinggan Lepas Makan!

Share

Perkongsian video anak kepada pempengaruh, Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae yang dimuat bapanya mendapat pujian ramai.

Jika sebelum ini Rina tampil dengan video mukbang ketika makan namun video Rina yang menguruskan dirinya sendiri kita sedang makan dipuji wargamaya.

Aksi dan gelagat Rina yang mengemas ketika baru selesai makan itu dikongsikan oleh bapanya melalui kamera CCTV rumah mereka.

Apa yang menariknya pastinya sifat berdikari Rina yang bukan hanya membersihkan makanannya bahkan mengelap meja malah turut membawa pinggan makanannya ke dapur.

“Dah boleh cari rumah sendiri,” tulis Ryzal menerusi kapsyennya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat kerenah Rina yang dianggap bijak walaupun baru berusia tiga tahun.

Warganet turut memuji cara didikan Ryzal dan Maryam sehingga menjadikan Rina menjadi anak yang disiplin dan pandai berdikari.

Sumber: TikTok @RyzalIbrahim