Umumnya semua tahu bahawa sayur-sayuran mengandungi khasiatnya seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat untuk yang mengamalkan makan sayur dalam diet harian.
Pun begitu, tidak dinafikan sayuran yang dijual untuk memastikan segar, petani akan menggunakan semburan racun perosak pada tanaman. Ini bermakna sayuran yang kita makan juga perlu dibersihkan sebaiknya agar kita tidak termakan racun,ulat kecil dan sebagainya.
Berkongsi cara yang lebih mudah, ringkas dan jimat berkenaan cara cuci sayur, seorang doktor yang juga cukup dikenali di media sosial, iaitu Dr Syahr Musafir berkongsi info di facebook untuk dimanfaatkan bersama.
Ini perkongsiannya.
Selesai semua urusan ‘awal malam’ termasuk tidurkan anak-anak, rutin malam hari saya rendam sayur-sayuran untuk guna masak #SarapanPagi dan #BekalSekolah esok hari dalam air garam.
Saya guna garam kasar (ketul besar). Fungsinya sama seperti garam halus tu, untuk buang segala bahan kimia yang ada pada sayuran dan garam kasar ini juga senang larut sama macam garam halus, cuma garam kasar ini lebih murah. Dapat jimat kos. Tips rendam sayur dalam air garam ini adalah tips universal, semua orang yang memasak kena buat ni.
Istimewa jika rendam brokoli dan bunga kobis/cauliflower, saya akan titiskan beberapa titik cecair pencuci botol susu anak ke dalam air garam ini supaya ulat-ulat dalam brokoli, jika ada ulat, lebih mudah mati dan dikeluarkan apabila bilas/toskan esok pagi selepas direndam semalaman. Tips ini saya belajar daripada rakan sekerja saya, seorang professor bidang Patologi warga Australia, ketika belajar dan bekerja di Australia dulu.
Biasanya rendam 1 jam pun sudah cukup. Tetapi untuk sayuran yang keras dan tak mudah lembik, saya rendam semalaman. Ikut jenis sayuran, macam tomato dan timun, saya rendam 1 jam saja, takut jadi lembik apabila direndam lama.
Merendam dalam air garam ini penting untuk hilangkan kesan bahan kimia seperti racun sayuran, ‘pengawet supaya sayur tahan lama dan nampak segar’ dan seumpamanya. Selepas rendam, bilas supaya dibersihkan dan ditoskan/dikeringkan sebelum guna memasak.
Khas untuk sayur-sayuran dan buah-buahan yang beli dari kedai/pasar. Kalau dari tanaman sendiri yang bebas racun dan seumpamanya, tak rendam air garam pun tak apa. Bilas air je
Sumber : Syahr Musafir
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
om sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club