
Pelakon dan usahawan, Tya Arifin berkongsi realiti kehidupannya sebagai ibu kepada tiga cahaya mata ketika menguruskan anak-anak lebih-lebih pagi pada hari pertama sesi persekolahan tahun ini yang bermula semalam.
Menerusi perkongsian Tya, katanya sejak awal pagi lagi dia sudah mula menguruskan pelbagai hal terutama menyiapkan anaknya sulungnya, Arif Jiwa Asyraf untuk memasuki sesi persekolahan baharu.
“Baby Aghnia menyusu, tukar lampin dan saya tidur jam 2.30pagi.
“Disebabkan hari ini, hari persekolahan yang pertama, saya mesti kena hantar Arif yang dah darjah dua.
“Realiti sebenar seorang ibu kan, tak cukup tidur, mata panda, tak sempat mekap, sarapan pun terlupa dan siapakan kelengkapan anak sekolah,” ujarnya berkongsi.
Tambah Tya dia juga begitu mengagumi ibu-ibu yang menguruskan anak sendirian tanpa pembantu. Bukan satu hal yang mudah untuk melengkapkan hari itu kata Tya.
Bercerita lanjut, Tya berkata para ibu tidak menceritakan kepenatannya namun tersimpan seribu satu rasa yang ramai tidak tahu.
“Masya-Allah semenjak ada tiga anak ni, makin besar rasa kagum pada ibu ibu yang Tya jumpa.
“Kerana, di sebalik muka mereka, mesti menyimpan sejuta penat yang tak semua tahu,” ujarnya lagi.
Untuk info, sesi akademik 2025/2026 telah bermula pada 17 Februari dan cuti sesi akhir akademik bermula pada 20 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026.
Menarik: Clamp Atau Laser, Apa Teknik Terbaik Nak Khatankan Anak, Ini Saranan Doktor/
Menari Demi Air Percuma? Wargamaya Terkejut & Sebak Syarat Tak Masuk Akal

Hujung tahun ada yang merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga di beberapa lokasi yang menarik. Salah satu destinasi yang sering menjadi perhatian ramai adalah Pulau Pinang.
Lebih menarik ketika ini sedang berlangsung Pesta Pulau Pinang selama sebulan yang meraih perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Pelbagai akntiviti menarik di tapak pesta berkenaan termasuk permainan dan makanan. Sudah pastinya ia menjadi syurga makanan buat pengunjung ke sana. Tentu seronok membawa keluarga bercuti ke sana.
Namun yang tidak didengar adalah mengenai tular beberapa video yang menunjukkan beberapa pengunjung berlakuan kurang manis dengan menari di sebuah food truck.
Biarpun nampak melucukan tetapi ia dikatakan tidak masuk akal dan perbuatan memalukan apabila pengunjung dikendaki menari untuk mendapat air percuma.
Menerusi beberapa video yang tular di media sosial TikTok mendapati beberapa pengunjung tanpa segan silu menari semata-mata hanya air percuma berkenaan.
Salah satu video yang menbuatkan wargamata terkejut apabila seorang wanita bertudung litup menari dengan rancak tanpa menghiraukan orang ramai yang melihat aksinya. Lebih menyedihkan kanak-kanak kecil disebelahnya kelihatan ditepisnya ketika menari.
Watch on TikTok
WARGAMAYA TERKEJUT & SEBAK
Meninjua di ruangan komen menerusi video yang dikongsikan, rata-rata wargamaya meluahkan rasa sedih dan terkejut dengan aksi pengunjung.
Malah ada yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila pemilik food truck membuat promosi tanpa memikirkan nilai etika dan kesopanan masyarakat sekeliling.
Sikap tidak cakna itu membuatkan segelintir wargamaya memberi nasihat supaya mengubah cara promosinya.




Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Jika Hormat Pasangan, Berilah Ruang Apabila Diperlukan. Tetapi Beritahu Segalanya Yang Mereka Perlu Tahu. Ini Kunci Kebahagiaan Hubungan Suami Isteri

Bahagia itu mahal harganya dan tidak ternilai. Jika diam itu memberi kebahagiaan buat hubungan anda dan pasangan, pilih lah yang itu. Hakikatnya dalam sebuah perkahwinan, setiap pasangan harus berlapang dada. Hormat pasangan, berilah ruang apabila diperlukan. Tetapi beritahu segalanya yang mereka perlu tahu. Inilah kunci kebahagiaan hubungan suami isteri. Ikuti perkongsian oleh lelaki Akhtar Syamir ini mengenai makna sebenar sebuah privasi dan rahsia perkahwinan.
Merungkai Makna Sebenar Privasi dan Rahsia Selepas Berkahwin.
Selepas lafaz “aku terima nikah …” segala-galanya berubah. Ikatan perkahwinan ialah gabungan antara dua orang, dua hati, dua entiti, dua jiwa dan dua kehidupan menjadi satu.
Ini termasuklah privasi. Namun, terlalu ramai yang keliru dengan maksud privasi dan mentafsirkannya sebagai rahsia peribadi. Privasi bukan bermaksud rahsia peribadi. Kita bukan sedang berbincang mengenai data peribadi seperti nombor kad pengenalan, nama email dan maklumat peribadi lain. Kita sedang berbicara mengenai privasi antara suami dan isteri.
Privasi adalah satu keadaan di mana seseorang itu tidak diganggu.
Bukankah itu lebih kurang sama dengan rahsia peribadi? Tidak sama sekali. Contoh privasi yang terbaik ialah sewaktu di dalam tandas. Anda perlukan privasi. Anda mahu bersendirian. Anda tidak mahu diganggu.
Sama juga dengan keadaan apabila anda dalam situasi yang sangat kecewa dengan sesuatu perkara. Anda perlukan masa bersendirian untuk tenangkan jiwa. Walaupun telah berkahwin, kadang-kala apabila di dalam situasi ini, pada mulanya memang anda perlukan privasi. Apabila jiwa sudah tenang, barulah pasangan boleh masuk kembali ke jiwa untuk membantu menaikkan semula semangat anda.
Jadi, kalau rahsia peribadi itu bukan privasi, apakah yang dimaksudkan dengan rahsia peribadi itu sendiri?
Rahsia peribadi bermaksud dengan sengaja menyembunyikan sesuatu maklumat dari pasangan. Namun, di sini ada 2 pengecualian sebenarnya. Pengecualian, iaitu perkara yang boleh dirahsiakan.
2 perkara rahsia peribadi tersebut adalah :
1. Perhubungan masa lampau.
Perlu saya tekankan di sini, apa sahaja yang berlaku SEBELUM seseorang suami atau isteri bertemu dan bercinta dengan pasangannya, segala perhubungan masa lampau dan maklumat berkenaan perhubungan lalu itu adalah hak orang itu dan bukannya hak pasangannya. Pasangan tidak mempunyai hak untuk memaksa suami atau isteri mendedahkan apa yang berlaku dahulu, SEBELUM mereka bertemu.
Satu lagi perkara yang paling tidak patut dilakukan ialah “menghukum” pasangan di atas perhubungan masa lalunya. Mengungkit dan memerli pasangan juga sepatutnya dielakkan sepenuhnya. Saya yakin ramai yang buat begini terutakanya semasa bergaduh. Tolong berhenti dan elakkan.
2. Pendapat peribadi yang sensitif contohnya mengenai keluarga pasangan.
Walaupun sudah berkahwin, jika ada pendapat yang tidak baik dan terlalu sensitif terhadap ahli keluarga, simpanlah di dalam hati.
Tidak perlu luahkan melainkan pasangan sendiri yang mahu.
Cara yang paling mudah ialah dengan bersetuju sahaja apabila pasangan sendiri yang berkata perkara yang sama. Kadang-kala, kebenaran itu terlalu pahit untuk ditelan meskipun ianya benar. Terutamanya jika ianya perkara yang tidak elok.
Rahsia peribadi yang sepatutnya tidak dirahsiakan lagi dari pasangan adalah :
1. Password telefon, email dan komputer.
Jika pasangan tidak membenarkan anda memeriksa telefon, email dan komputer, pasti ada perkara yang ingin dirahsiakan. Tiada alasan berkenaan hal ini sebenarnya. Berhentilah mengelak dan menyatakan pasangan tiada hak untuk periksa telefon anda.
Nak Privasi Lepas Kahwin, Kena Tengok Pada Situasinya. Pasangan akan Menjaga Bila Kita Sakit Dan Mengiringi
Mereka adalah pasangan hidup anda. Mereka yang akan menjaga anda bila anda sakit. Mereka yang akan menyuapkan makanan bila anda tak mampu. Mereka jugalah yang akan membersihkan najis kamu apabila kamu terlantar nanti. Dan akhirnya, mereka yang akan mengiringi anda sehingga ke liang lahad. Masih mahu berahsia?
Orang yang dengan rela hati membenarkan pasangan memeriksa telefon dan lain-lain adalah orang yang berterus-terang, terbuka dan tiada rahsia. Di sini akan datangnya kepercayaan dan ikatan yang lebih erat dengan pasangan.
2. Kegiatan harian.
Pasangan sememangnya wajib tahu apa yang anda lakukan seharian. Ini adalah untuk keselamatan anda dan keluarga. Jangan gunakan perkataan mengongkong kerana ianya amat jauh berbeza. Memberitahu ke mana,di mana dan apa yang anda lakukan bakal menenangkan jiwa pasangan dan membuatkannya rasa selamat. Ianya juga bagus jika terjadi apa-apa pada diri anda dan pasangan.
3. Keadaan kewangan.
Pasangan perlu sedia maklum. Selepas berkahwin, kehidupan suami atau isteri kadang-kala bergantung sepenuhnya kepada pasangannya. Jadi, sangat adil bagi pasangan untuk tahu keadaan kewangan keluarga. Mereka perlu tahu, mereka ada hak untuk tahu apa yang dibelanjakan dan apa keadaan semasa kewangan keluarga. Perlu terima pandangan pasangan mengenai hal ini. Kadang-kala mereka ada cadangan dan jalan penyelesaian supaya tidak membazir. 2 kepala pasti lebih baik dari 1.
Pokok pangkalnya adalah hormat menghormati. Jika anda hormat pasangan anda, jangan ungkit perkara yang lalu dan jangan berahsia dengan pasangan tentang perkara sekarang. Jika anda hormat pasangan anda, berilah mereka ruang apabila diperlukan tetapi beritahu segalanya yang mereka perlu tahu.
Anda bukan lagi hidup bujang, sila sedar diri yang pasangan anda adalah tanggungjawab anda. Peribadi anda adalah peribadi pasangan anda. Privasi ini penting, rahsia itu bahaya. Jika disimpan terlalu lama, ia akan membinasa.
Semoga ramai yang membuka mata dan menolak tepi ego berkenaan hal ini. Sayangi pasangan anda. Elakkan akar-akar kecurangan ini dari bertumbuh.
Sumber: Akhtar Syamir
Kenali 5 Tanda Isteri Kurang Stres. Inilah Kunci Kebahagiaan Rumahtangga.

Kebahagiaan rumahtangga terletak kepada peranan kedua suami isteri. Jika isteri yang mengalami tekanan, tentu memberi kesan kepada kebahagiaan rumahtangga.
Sebaiknya para isteri perlu mengelak masalah stres dalam diri.
Ikuti perkongsian Taufiq Razif mengenai hubungan suami isteri ke arah sebuah keluarga bahagia.
5 Tanda Isteri Kurang Stress
1. Selalu tersenyum di depan suami
– Isteri yang kurang stress akan membuat Microexpression pada wajahnya yang menunjukkan bahawa dia selalu tersenyum
– Inilah antara rahsia bagaimana seorang wanita tu boleh kelihatan cantik di mata suaminya
2. Tak boleh berenggang dengan suami
– Isteri yang kurang stress akan lebih mudah mengekspresikan rasa cinta pada pasangannya
– salah satu ekspresi rasa cinta ( Expression of Love) yang paling mudah ditonjolkan adalah Physical Touch. Tu yang isteri jadi asyik nak dakap dan peluk je setiap masa
3. Kata-katanya bernada rendah
– isteri yang kurang stress akan terjaga fikirannya daripada Negative Thinking
– bila Negative Thinkingnya berkurang, Self Talk dalamannya pun akan mula menjadi positive. Bila self talk dah mula positive maka apa yang keluar daripada mulutnya pun akan menjadi positive
– inilah rahsia bagaimana seorang wanita boleh menjadi penyejuk hati si suami kerana semua yang diucapkan oleh si isteri itu tadi semuanya ucapan positif dan hati yang mendengar pun akan turut merasai positivity
4. Dia akan mudah menurut arahan
– friction will always cause resistance
– bila kurang stress, maka berkuranglah juga resistance dalam hati isteri. Bila hati dah mula jernih dan kurang serabut maka mudah jinaklah hati si isteri
5. Dia jarang marah anak anak
– kebanyakan kemarahan yang dituangkan pada anak ni datangnya daripada kemarahan kepada pasangan sebenarnya
– ramai tak tahu sebab mereka sendiri pendam benda tu dan sampai masanya kemarahan yang dipendam tu tadi akan dilampias pada anak anaknya sendiri tanpa disedari
– jadi, nak bahagiakan anak anak? Cara pertama adalah bahagiakan dulu ibu kepada anak anak kita
– Ingat, ibu yang bahagia akan mudah membahagiakan. Manakala, ibu yang derita dan sengsara, akan mudah melampiaskan
Sebarkan ilmu ni pada keluarga kita yang lain ya. InsyaAllah ilmu ini mungkin akan mengubah hidup mereka buat selama lamanya
Kredit: Taufiq Razif