Rupanya Tumis Lada Hitam Buat Mi Hailam Ini Viral Hingga 97K Share. Resepi Simple Je Tapi Sedap. Memang Patut Cuba!

Share

Wow, nampak menarik resipi Mi Hailam Ni. Walaupun simple je tapi sedap. Resipi yang dikongsikan oleh Puan Hasniza Hassan ini asalnya di peroleh daripada ibu saudaranya, Rohani Othman.

Menurut Puan Hasniza, kelainan resipi ini adalah kerana ditumis dengan lada hitam. Patutlah share di facebook sampai 97k.
Jom ibu, ibu kita cuba untuk hidangan istimewa petang ni.

Kuah mi hailam ni istimewa dan lain sedikit sebab ditumis dengan lada hitam. Kak Has dapat resepi ni dari mak saudara kak Has, Rohani Othman.
Punyalah suka, suami kak Has pernah request mi hailam ni untuk menu berbuka puasa selama 5 hari berturut-turut. Sabar je la ya hehe.
Kak Has nak kongsikan dengan kalian bahan-bahannya untuk 1 – 1 1/2 peket mi:

Bahan-bahan
– 11 ulas bawang putih dikisar/ tumbuk
– 1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar
– Daging yang dipotong kecil-kecil (kalau rebus dulu lagi senang dan cepat)
– 1 mangkuk stok air udang, kalau ada
– 15 ekor udang (terpulang nak banyak mana)
– 4 ekor sotong yang dihiris (terpulang juga)
– 1 biji tomato dibelah 2
– 1-2 biji cili merah dipotong
– Kobis dihiris dan sawi dipotong
– Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa
– Garam dan gula secukup rasa
– 1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Cara-caranya lihat di gambar ya. Selamat mencuba!

#DariDapurKakHas

Cara-caranya membuatnya :

Tumis bawang putih dan lada hitam.

Tumis hingga kekuningan

Masukkan daging dan tambah air. Boleh masukkan stok air rebusan kulit udang kalau ada. Biarkan mendidih. Pastikan daging empuk.

Masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram.

Masukkan udang dan sotong. Jangan lama sangat nanti kecut.

Masukkan cili merah dan tomato. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa

Terus masukkan kobis.

Dah mendidih dan hendak diangkat, masukkan sawi. Tambahkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

Gaul rata.

Masukkan mi.

Gaul rata dan terus hidang. Masukkan mi hanya apabila sedia untuk dihidangkan dan dimakan. Jika tidak, mi akan kembang.

Sedap dimakan terus, panas-panas.