Perkongsian wanita ini tentang apa yang dilaluinya dalam bab memberi hutang cukup terkesan dalam kehidupannya.
Jadikan pengajaran agar kita dapat hidup lebih tenang tanpa ada rasa sakit hati, dendam dan benci dalam diri seperti apa yang dilaluinya kini.
Jom semak perkongsiannya.
8 tahun lepas, ada seorang kawan saya pinjam duit RM 300. Ini kali pertama dia pinjam dari saya.
Waktu itu, kita di zaman 20-an dan dapat biasiswa JPA pula. Setakat banyak tu, memang tak jadi hal.
Ditambah pula dengan janji manis dan rayuan pakej bersama deraian air mata, maka sepantas kilat saya transfer ke akaunnya.
Selang 2 minggu selepas itu, dia call lagi. Hati saya jadi tak keruan. Tak diangkat, takut dia mahukan nombor akaun, nak diangkat, takut dia mahukan sejumlah wang lagi.
Setelah berdering kali ke 3, saya jawab penggilannya.
“Long, aku stuck kat airport. Nak balik Langkawi tapi aku terlambat sampai. Kereta member rosak tengah jalan. Tolong long. Aku terdesak sangat ni. ”
Saya memang kak long kawasan time tu. Zaman kegemilangan lah katakan.
Sekali lagi, sepantas kilat saya transfer ke akaunnya RM300.
Ads
Tahun demi tahun pun berlalu. Dan saya telah diblock dari semua media sosial miliknya.
Zaman saya mula-mula jadi suri rumah, saya ‘buru’ dia semula. Iya, RM600 bukan lah banyak mana. Tapi sangat cukup untuk mulakan bisnes kecil-kecilan.
Saya bukan sekadar gagal dapatkan jumlah itu, tapi turut hilang kawan sebagaimana hilangnya sebuah kepercayaan.
Itu terakhir kalinya saya pinjamkan duit pada orang. Selepas itu, saya hanya pinjamkan duit pada adik beradik sahaja. Cukuplah!
Baru-baru ini, saya bersembang dengan seorang kawan yang belum lama saya kenal.
Terbincang pula tentang bab hutang. Dia kata, dia dah halalkan hutang orang padanya sebanyak 50K.
Ads
“Awak gila ke? 50K awak. Bukan 50 sen!” kata saya sambil membuntangkan biji mata.
Rupa-rupanya, memang dia gila. Dia gila pahala.
“Lama saya simpan sakit hati, dendam, dan benci pada peminjam tu. Dekat 4 tahun juga saya cuba minta duit saya semula. Dah serupa peminta sedekah. Saya dihalau dari rumahnya tak ubah seperti anjing kurap.
Ustaz kata, sakit hati, dendam, benci boleh jadi penyebab tersekatnya rezeki. Bukan rezeki dia saja yang tersekat, tapi rezeki saya juga. Dalam hati saya ni penuh dengan kemarahan dan dendam pada dia.
Rezeki dia nak tersekat, lantak dia! Tapi, saya tak nak rezeki saya tersekat. Anak-anak pun kerap tak sihat. Saya decide untuk halalkan saja seikhlas hati. Dia nak bayar, silakan. Dia tak nak bayar, terpulang.
Bila saya tak fikir lagi pasal duit tu, pasal perbuatan si peminjam, saya rasa jauh lebih tenang, selesa, aman dan rasa lebih sihat. Makanya, saya halalkan saja. ”
Ads
Allahuakbar.
” Aku ni setakat RM600 je kot. Pun dah sasau macam tu.” kata saya dalam hati kecil yang terkadang mahu mengikhlaskan saja, 1 masa yang lain, rasa marah pula yang meraja.
Kawan,
Bab hutang ni memang sensitif. Pandai tabur janji, pandai pinjam, tapi tak pandai pulang. Iya, manusia seperti ini semakin bertambah kewujudannya.
Kawan,
Kalau kita beri hutang dan dah serupa peminta sedekah, Cukup-cukuplah! Ikhlas kan saja. Allah pasti balas dengan berganda kebaikan di dalamnya.
Kalau kita yang berhutang, berusahalah untuk lunaskannya. Kasihan kawan kita. Duit dia, memang dia berhak minta. Kalau belum mampu jelaskan, beritahu saja secara terbuka.
Bab merangkak di akhirat siapa cari siapa, itu bukan kerja kita.
Yang berhutang, langsaikanlah segera. Yang memberi hutang, insyaAllah ada ganjarannya untuk sebuah ikhlas yang kita beri. Percayalah, makin mencurah-curah rezeki.
Sejak tersebar anggaran pendapatan bagi instafamous lebih kurang RM 20 000 sebulan, ramai yang ingin berjinak-jinak menjadi content creator bagi diri sendiri. Tak kurang juga, ramai yang inginkan video yang cantik untuk mengabadikan kenangan keluarga dan juga bersama rakan-rakan.
Tapi, content sahaja tak cukup tau kalau video yang dipaparkan kurang memuaskan. Sebab ini adalah tarikan utama orang melihat video kita seterusnya menjadi pengikut kita.
Video TikTok yang disunting dengan baik dan menarik berupaya masuk ke halaman FYP (for you page) dan mengumpulkan lebih banyak ‘like’ yang seterusnya akan membantu meningkatkan populariti pemilik akaun.
Terdapat banyak aplikasi suntingan video TikTok yang boleh didapati dengan mudah, sekaligus membuatkan ramai pelayar sukar membuat pilihan.
Buat pelayar TikTok, usah risau! Kali ini, mStar senaraikan lima aplikasi suntingan video terbaik yang menyediakan ciri penyuntingan berkualiti untuk membuatkan video anda lebih menarik.
1) Movavi
Pengguna media sosial sentiasa mencari sesuatu yang luar biasa dan bermakna. Oleh itu, adalah lebih baik untuk mempunyai aplikasi penyuntingan dengan set fungsi yang cukup luas, termasuk kesan (effect), sticker dan skrin hijau TikTok.
Sangat mudah untuk anda menonjolkan kreativiti. Movavi adalah salah satu aplikasi penyunting video yang patut anda cuba dan ia percuma!
2) Viamaker
Viamaker membolehkan pengguna mengedit, memotong (trim), membalikkan dan menukar kelajuan video. Anda boleh menambah kesan berbeza pada klip TikTok dan mempamerkan sisi kreatif anda.
Aplikasi ini juga mempunyai arkib bunyi built-in.
3) InShot
Merupakan tool suntingan video TikTok yang berpengaruh dengan ciri premium seperti memangkas, memotong atau memadam video, latar belakang kabur, kesan, muzik dan filter.
Selain TikTok, ia digunakan untuk membuat video bagi semua platform media sosial, terutamanya Instagram.
Anda boleh menggunakan audio yang berbeza dalam video tetapi ingat, arkib audio InShot tidak mempunyai lagu tanpa royalti.
4) Zoomerang
Ini merupakan penyunting video TikTok ringkas yang sesuai untuk golongan beginner. Ia menyediakan tutorial yang menerangkan langkah demi langkah.
Ini bermakna anda boleh menonton video TikTok yang popular dan belajar cara membuat video tersebut untuk diri sendiri.
5) BeeCut
Merupakan aplikasi suntingan video TikTok percuma yang lengkap atau all-in-one khususnya untuk beginner.
Anda boleh mempertingkatkan video TikTok anda dengan filter, trim, memotong, berputar, mengalih (rotate), kesan gambar dalam gambar dan banyak lagi.
Membeli mesin basuh bukan sahaja bertujuan untuk memudahkan tugas mencuci pakaian, namun tidak dinafikan adanya mesin basuh ketika ini sebagai satu keperluan.
Tidak keterlaluan juga jika dikatakan dengan pemilihan mesin basuh yang hebat akan memberi nilai gaya pada ruangan. Umpamanya dengan memilih mesin basuh front loader ini yang dikongsikan oleh Bella Bahari. Jom semak terutamanya kepada sesiapa yang tengah mencari info tentang kelebihan mesin basuh front loader .
MESIN BASUH FRONT LOADER – Pros & Cons
Salam. Saya baru join group ni. Jadi terasa nak menyumbang ilmu sikit.
Saya dulu tinggal di UK hampir 7 tahun, jadi memang biasa sangat guna front loader ni (UK hanya guna front loader untuk jimat space/takde basah2). Now kat Malaysia masih guna front loader sejak 2 tahun lepas sebab kawasan yard sempit.
Pro:
1) Jimat space, boleh stack dengan dryer. Kalau taknak stack pun, atas machine masih boleh letak barang.
2) Jimat air. Front loader guna kurang separuh daripada air biasa untuk top loader.
3) Boleh adjust temperature. Contoh nak basuh baju cotton, atau yang nak disinfect sampai 60°C, ada yg lebih.
4) Nampak mahal. Kah!
Con:
1) Average masa basuh baju lagi lama daripada top loader. (Saya rasa biasa je, tapi ni salesperson cakap)
2) Kena guna specific detergent. Kadang depa panggil HE (high efficiency) detergent. Pastikan tulis LOW SUD (buih sikit). Since front loader guna air sikit, buih kena sikit, kalau tak buih melekat dalam machine so machine cepat rosak, atau baju tak bersih sebab tak bilas betul2/tak cukup air bila buih banyak sangat.
3) Capacity selalunya limited. Average front loader 7-9kg. Ada yg sampai 14kg, tapi harga pun mungkin mencanak.
4) Harga average front loader lagi mahal daripada top loader.
5) Jenis detergent limited. So far saya jumpa Top, Persil & Breeze biru sahaja.
6) Harga detergent lagi mahal daripada biasa. Tapiiiii since guna detergent sikit je (1 scoop je, sebab HE detergent cleaning power hebat, and nak elakkan buih banyak), so total usage mungkin lagi jimat.
7) Perasaan saya baju lagi senang kepam, walaupun sidai open air/bawah matahari. Compared to top loader. Taktau la saya je ke, atau humidity Malaysia ni membuatkan basuh baju air sikit jadi senang kepam. Kat UK ok je. (UK negara sejuk & kering, Malaysia kategori panas & lembap). Tapi ni perasaan saya je kot.
8)Front loader takleh masuk baju dah once dah start running, kalau idok air dia melimpah. Top loader dah jalan separuh masa pun boleh tambah baju lagi.
Kesimpulan:
Saya still prefer top loader, sebab rasa lagi bersih/baju lagi fresh/ kapasiti besar boleh basuh duvet. Taaapiiiii faktor space membuatkan saya ambik front loader.
Gambar detergent dalam komen.
** Nota kaki:
– Nak stack washer/dryer kena guna bracket. Gambar ni tak sama sebab kontraktor tak pandai align. Kami dah alih bagi sama.
– Saya hanya pernah guna brand Electrolux, so tak boleh komen brand lain.
– Isu kepam: Detergent Top kurang sikit tahap kekepaman (?), cuma anak kami kulit sensitif jadi hanya boleh guna Persil. Dan kami tak guna softener langsung sebab again, anak kulit sensitif. Satu lagi, saya sangat sensitif dengan bau2. Suami cakap takde masalah kepam ke apa. Tapi saya memang particular bab2 laundry fresh ni.
*** Kalau ada yg pernah guna front loader ni share la kat bawah, untuk panduan orang lain juga. ***
Selamat memilih!
sumber : Bella Bahari
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kisah pasangan ini cukup menyentuh hati. Di saat memulakan alam rumah tangga tanpa apa-apa, namun mereka bahagia sehingga ke hari ini. Sikap isteri yang sentiasa menyokong dan menerima suami seadanya antara kunci kebahagian mereka.
Satu perkongsian mengembalikan semula kenangan kisah hidup Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Asyraf Ridzuan. Suatu ketika dulu Aysraf pernah berkongsi kisahnya ini di Instagram beliau.
“Teringat sewaktu saya mula berkahwin dulu. Masih belajar di UM. Tiada pekerjaan tetap. Apapun Terima kasih kepada mertua yang sudi menerima insan yg serba dhaif ini menjadi menantu. Walaupun ketika itu mereka tahu saya tak mempunyai sumber kewangan yang utuh.
“Saya buat partime sebagai imam ratib di masjid sebab nak sara anak orang sebagai isteri. Dengan gaji RM350 sebulan di Kuala Lumpur apalah sangat yang mampu dinikmati. Sedangkan sewa rumah ketika itu RM450 sebulan.
“Terpaksa berniaga cari duit tambahan jual kitab. Buat home tuition. Basah kuyup bersama isteri menaiki motorsikal EX5. Menunggu bas di Pudu bersama untuk pulang ke kampung,” tulis Asyraf mengenang kembali.
“Apa yg saya kagum dan saya akan ingat selamanya ialah pesanan dari seorang isteri.
“Abang.. Ayang tak minta abang bawa balik kemewahan. Tapi cukuplah dengan bawa pulang kepada keluarga rezeki yang barakah”
Menurut Asyraf, isterinya tidak pernah meminta wang untuk membeli pakaian melainkan apa yang dibelikannya. Beg tangan dan kasut seadanya.
Kata Asyraf lagi, kadang-kadang terusik di hati seorang suami untuk membeli sesuatu yang menggembirakan isteri tetapi ketika itu dia tidak mampu.
“Rumah flat yang tiada katilnya beralas toto. Lantai simen tanpa tikar getah. Tiada meja makan, Kotak sebagai alas pinggan. Almari zip yg terkoyak di sisinya. Tapi saat itulah saat yg paling bahagia. Detik itulah yg paling sakinah.
“Perit dahulu menekan keangkuhan. Sakit dahulu mengingatkan kesombongan. Semua yang kita dapat sekarang adalah pemberian Tuhan. Dia beri pinjam hari ini, maka tak sukar untuk Dia ambil semula esok hari. Beringat wahai si tuan badan,” pesan Asyraf.
“Saya kongsi kisah ini bukan untuk khabarkan sejarah diri semata. Kerana saya tahu rasa saya ini pernah juga dirasai kebanyakan pasangan. Saya tidak berseorangan dalam merasai pengalaman ini. Ramai yg turut melalui.
“Bersyukurlah apa yg ada. Sebelum menangis bila dah tiada. Mereka menerima kita saat kita bukan siapa-siapa. Mereka terima kita saat kita tiada apa-apa. Mereka disisi saat tiada siapa mengenali. Mereka bangga dgn kita walau kita tiada nama,” ujar Asyraf.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...