Sedapnya bubur kacang hijau durian ini. Biarpun cara memasak bubur kacang hijau begitu ringkas tetapi proses untuk memasak mengambil masa yang lama.
Mana taknya, kacang perlu direndam atau dimasak dalam tempoh yang lama supaya kacangnya menjadi empuk.
Bagaimapun ada cara untuk memastikan masakan pencuci mulut ini menjadi lebih cepat. Tak sampai 20 minit dah siap!
Seterusnya ikuti perkongsian cara ini. Memang menjadi!
Suka makan bubur kacang?
Ni saya bagi tips lembut kan kacang dengan cepat. Tak payah rendam berjam-jam , tak payah rebus lama-lama. Kompom cepat masak dan jimat gas, boleh buat bila pagi-pagi teragak nak buat bubur kacang.
Rupanya ini cara paling mudah
Tips ni tak perlu untuk yang ada priuk PC ye. Basuh bersih-bersih kacang hijau, pastu bungkus dalam plastik dan letak air, macam nak buat ais batu.
Pastu Frozen kan,bila-bila nak masak,tak payah nyah beku,masuk dalam periuk dan tambah kan air,terus rebus.
Tak sampai 20 minit kacang dah kembang,senang dan jimat masa.
Selamat mencuba!
Sumber: Seri Ramlan
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
<<<<<
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club