Memang seronok bila dapat bercucuk tanam di rumah. Tambah lagi bila lihat tanaman menjadi dan subur merimbun.
Tapi salah satu penyebab tanama kurang menjadi apabila tidak mendapat air yang mencukupi. Bagaimana pun, melalui penggunaan tong besar untuk menanam pokok sayuran salah satunya jagung atau sawi memang amat bantu.
Bukan sahaja tidak perlu siram setiap hari tapi tanahnya boleh digunakan untuk tananam seterusnya tanpa perlu menukar tong lain.
Ikuti perkongsian menarik ini. Ia idea yang menarik! Mesti cuba!
“Tong Hitam vs Pasu”
Ini projek terbaru kami anak beranak di musim PKP. Berkebun dalam tong hitam.
Mula mula akan tanam dengan sawi giant. Harvest sawi ganti dengan jagung. Lepas jagung tanam bendi. Habis bendi, kita tanam cili api ya.
Kenapa saya guna tong hitam, tak guna pasu?
Berdasarkan pengalaman sebelum ini, ada beberapa sebab saya beralih dari pasu kepada tong hitam.
Ads
1. Saiz
Untuk berkebun dalam pasu, lagi besar saiz lagi baik. Ini kerana, lebih banyak media tanaman boleh diisi. Disyorkan guna tanah campuran.
Bila media tanaman lebih banyak. Zon pengakaran pun akan jadi luas. Bila zon akar luas, pokok akan jadi lebih subur sebab banyak akar yang mencari makanan.
2. Harga
Lagi besar pasu lagi mahal harganya. Saiz pasu yang di jual di kedai dua ringgit biasanya antara 5 – 10 liter sahaja.
Nak pokok subur dan cantik, elok guna saiz pasu yang kapasitinya lebih 20 liter (jika siram secara manual).
Masalahnya dengan pasu saiz besar ni adalah harganya yang mahal. Lebih RM10 satu biji.
Ads
Berbanding dengan harga tong hitam yang saya guna ni, ia cuma RM 9.90 sebiji (12 gallon @ lebih kurang 48 liter)
3. Kekerapan Siraman
Biasanya untuk berkebun di rumah, kita jarang guna sistem pengairan automatik. Takkan la tanam 2-3 pokok satu jenis, kita nak pakai sistem automatik bagai.
Kebanyakkan disiram secara manual termasuk la saya. Ianya adalah normal dan praktikal untuk berkebun dapur.
Untuk tanaman dalam pasu (5-10 liter), saya terpaksa siram setiap hari. Kadang kadang tu terpaksa siram pagi petang. Jika tak siram, tak lama la pokok tu jadi arwah.
Berbeza dengan tong hitam, saya hanya perlu siram 2 – 3 hari sekali. Ini kerana kadar pegangan airnya lebih banyak.
Ads
4. Kepelbagaian tanaman.
Dalam tong hitam ni kita boleh gilir macam macam tanaman ikut suka kita. Yang bestnya kita tanam dalam bekas yang sama, media yang sama dan di tempat yang sama.
Contohnya, mula mula kita tanam kubis. Habis kubis tanam jagung. Lepas jagung tanam sawi. Cabut sawi tanam terung.
Nak tanam limau kasturi dan limau purut pun boleh. Tiada masalah.
Kawan – kawan, berkebun dapur ni hobi. Bila sebut hobi, maksudnya kita bebas dan tak terikat dengan rutin harian tersebut. Kita buat bila ada masa free.
Untuk dapat kebebasan tu, kita kena pilih teknik yang paling mudah untuk kita urus. Kaedah yang sangat senang dan fleksibel.
Barulah kita rasa seronok berkebun dan boleh jadi terapi minda. Badan sihat dan jiwa pun tak kacau.
Menariknya idea guna tong hitam besar ni! Kos nak beli pun murah daripada pasu bunga yang besar. Jom buat hujung minggu.
Hati ibu mana yang tidak sebak apabila anak dihina dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Menerusi muat naik di Instagram (IG), pelakon Nur Zarina Mohd Zainuddin meluahkan rasa terkilan apabila maklumat mengenai anaknya tidak benar di wikipedia,
Difahamkan maklumat tu telah di ‘edit’ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan memberikan infomasi yang tidak masuk akal mengenai anaknya, Azal.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Azal hantar pada saya ibu ada orang tulis di wikipedia kata azal gila ibu tengok ni . Saya yang baca jadi terkedu sejejap saya peluk dia saya kata azal tak gila azil tak gila.
“Azal dan abang azil anak istimewa .. anak ibu .Allah ada .. biar orang kata apa Allah ada .. kalau azal sayang ibu jangan sedih tau ..”
Bagaimana pun tinjauan mendapati maklumat Azal telah diedit pada jam 6.50 pm lalu pada hari ini. Maklumat lama telah dipadam. Moga jadi iktibar buat pihak bertanggungjawab mengelola laman ini.
Dalam pada itu ramai yang sebak dengan hantaran yang dikongsi oleh Zarina. Ada yang memberikan kata-kata semangat buat anaknya.
Sering kali kita mendengar tentang keberkatan dari bersedekah. Pemberian tanda ikhlasnya hati mengundang berkat buat si pemberi dan juga membantu mereka yang menerima.
Saudara Taufiq Razif menerusi laman facebooknya memuat naik satu kisah tentang sedekah yang dikongsikan oleh ayahnya.
“Kalau ada duit lebih sikit, bagi pada ayah. Nanti ayah tolong sedekahkan” Masa tengah makan tengahari tadi, ayah buka cerita sedekah dia pada saya dan adik beradik supaya kami boleh ikut sedekah sekali. ” Tadi masa ayah nak beli ikan selayang. Ada sorang pakcik ni nak beli ikan selayang juga. Harga ikan selayang tu rm6.50 je sekilo tapi dia mintak pada penjual ikan tu boleh tak nak beli setengah kilo je “ ” Ayah cakap kat penjual ikan tu. Bagi je lebih kurang sekilo kat pakcik tu. Biar saya bayar. Suka betul pakcik tu bila ayah saya bayarkan ikannya. Bukan mahal sangat pun tapi kita tak tahu betapa orang sekarang tengah ‘struggle’ terutamanya yang duduk di ceruk kampung dan yang jenis kais pagi makan pagi.
Ada lagi satu cerita sedekah yang ayah saya buka cerita tadi semata mata nak kami adik beradik ikuti dia. Katanya baru ni ada motor beroda tiga lalu depan rumah. Motor tu bawa ikan kecil kecil. Tak banyak mana pun. ” Ayah beli lah ikan kat pakcik bawa motor tu. Eh total semua sekali rm26. Ingat nak sedekah lah sikit kat pakcik ni tapi ayah lupa bawa dompet. Ayah mintak pinjam kat mak duit sikit untuk bayar ikan rm26 ni. Mak kata nah ambillah rm50 ni. Jangan mintak baki. Baki tu kita sedekah je pada dia “ ” Laaa. Rupanya mak korang lagi laju sedekah daripada ayah ” kata ayah sambil ketawa berdekah. ” Kalau Pik nak tahu, ayah dan mak memang selalu berlawan sedekah. Kadang ayah menang. Kadang mak menang “ ” Nanti ada duit lebih sikit. Bagi pada ayah. Nanti ayah tolong sedekahkan. Nanti boleh tengok bisnes tu makin lama makin untung. Makin lama makin maju “
Walaupun lauk tengahari tadi sedap sungguh dengan budu, tempoyak dan juga ikan singgang tapi nasihat dan cerita ayah saya tadi lah benda yang paling sedap yang pernah saya santap selama ini. Terima kasih atas nasihat ini ayah. Walaupun beratus ribu ringgit pun saya sedekah, semua bahagian sedekah saya ada tercatat namamu ayah! Kerana sehebat mana pun anakmu tetap sahaja semuanya berpunca daripada didikanmu wahai ayah. Taufiq Razif Selamanya anak ayah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Muat naik terkini selebriti Azrinaz Mazhar Hakim menarik perhatian ramai wargamaya di media sosialnya.
Azrinaz telah berkongsi dua foto anak perempuannya yang kini semakin meningkat dewasa.
Foto berkenaan memaparkan Puteri Ameerah atau Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah iaitu anakanda kepada Azrinaz dengan perkahwinan terdahulunya bersama Sultan Brunei, Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Dalam pada itu, di posting yang sama, bekas personaliti TV, ini memberi ucapan di media sosial, sempena hari ulang tahun kelahiran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah yang ke -75 tahun.
My sweet lil girl #awb walking alongside with her father. Happy Birthday HM The Sultan Of Brunei.
Selain Puteri Ameerah, seorang lagi anakanda Azrinaz yang berada di Brunei ialah Putera Wakeel atau Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘ Abdul Wakeel
Warganet teruja melihat wajah terbaru Puteri Ameerah
Melihat foto berkenaan, warganet meluahkan rasa teruja apabila melihat wajah anakandanya mirip wajah selebriti ini.
Sumber: azrinazmazharhakim
Keluarga Talk: Pengorbanan Seorang Isteri Demi Bahagiakan Keluarga. Sebak!
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...