Sejak akhir-akhir ni ramai yang gemar bercucuk tanam. Termasuk tanaman tomato yang merupakan sejenis tumbuhan yang mudah ditanam dan cepat berbuah, ia adalah tanaman yang berbuah hanya semusim.
Buahnya memang sedap di makan mentah sebagai ulam. Selain beli boleh cuba bercucuk tanam hanya mengunakan benih daripada buah tomato.
Ikuti perkongsian ini.
Ramai orang suka makan tomato. Ramai orang suka nak tanam tomato. Ramai juga berjaya tanam tomato. Tapi tak kurang ramainya juga yang kurang berjaya dalam menanam tomato.
Saya hanya sekadar nak berkongsi pengalaman saya dalam menanam tomato.
1. Kalau memang nak tanam sekadar untuk makan, bukan sebab nak kumpul baka baka tertentu, cadangan saya? Guna biji benih dari benih fresh yang boleh beli dari pasar ke Mydin ke Giant ke kedai runcit ke. Pemerhatian saya, benih fresh jauh cepat akan bercambah.
2. Cara nak ambil benih? Ambil sebijik dari tomato yang dibeli, potong, kumpul yang bijik bijik dalam tomato tu, masukkan dalam segelas air, lepas tu letak air putih, kacau kacau kacau sampai biji dia terlerai dari yang selaput lendir tu, bilas sampai puas hati, keringkan. Dah kering, boleh terus tanam.
3. Saya menyemai akan mula dengan menggunakan tupperware. Letak tanah dalam seinci, letak benih, kemudian kambus semula dengan tanah. Kalau benih halus, kambus pon nipissss je tau. Lepas tu jangan lupa spray pulak tanah tu. biar lembap, tapi jangan sampai bertakung. Kemudian saya akan tutup tupperware dan letak di tempat cerah. Kenapa semai dalam tupperware? Senang, tak payah risau tanah kering atau terlebih siram. Tunggu hingga benih bercambah, sila bukak penutup tupperware.
4. Bila benih dah bercambah, jangan tunggu lama sangat untuk dialih, saya alih sewaktu dia baru 2 daun. Saya akan banjirkan tupperware tersebut dengan air, dan saya tarik perlahan-perlahan cambahan tomato tersebut dan alihkan ke dalam tray semaian. 1 lubang untuk 1 anak pokok. Dedahkan pada cahaya dan siram macam biasa.
5. Setelah nampak akar dah memenuhi lubang semaian dan daun dah 4, anak pokok tadi saya akan alih ke cup yang lebih besar. Setiap kali alih, saya akan tanam anak pokok lebih dalam dari semasa dia di bekas sebelumnya. Ini kerana, di batang pokok tomato akan ada bulu bulu halus, dan bulu bulu halus ini akan menjadi akar sekiranya ianya berada dalam tanah. Lalu, untuk dapatkan pokok tomato yang gagah, berakar banyak dan berbatang tegap, pokok tomato amat digalakkan ditanam dalam.
6. Setelah dalam 2 minggu dia didalam cup tadi, atau apabila anak pokok sudah mempunya 6 daun, boleh lah dialih ke tanah/polibeg/pasu/tong atau apa saja bekas pilihan anda. Semasa saya alih, saya buang 2 daun yang paling bawah sekali, dan saya tanam batangnya sehingga hampir ke daun yang ketiga. Ini untuk memastikan akar akan banyak dan pokok akan tegap untuk mengelakkan pokok mudah tuumbang ditiup angin.
7. Perkara paling penting saya rasa ialah, penggunaan sungkup. Sungkup amat penting bagi tomato kerana jika suhu dan kelembapan tanah terlalu drastik perubahannya, pokok tomato akan senang sakit. Apabila berbunga pula, bunganya nanti susah lekat dan akar gugur sahaja (rugi)
Saya hanya gunakan rumput kering sebagai sungkup. Tengok orang mesin rumput di tepi jalan, kutip saja, free
8. Siram macam biasa lah 2 kali sehari. Seat back and rileks. Tunggu buah masak, petik, makannnnn hehe.
Selamat mencuba!
Kredit: Kebun Arnab Kite