Kebiasaannya, apabila anak-anak demam yang paling risau pastinya ibu-ibu kan. Hati jadi tak tenang lebih-lebih lagi mendengar anak merengek disebabkan rasa tidak selesa badan.
Selain memberikan ubat, apa yang ibu-ibu selalu lakukan adalah membasahkan tuala lalu diletakkan atas dahi kononnya untuk mengurangkan haba panas.
Gambar sekadar hiasan
Macam-macam cara dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan demam anak-anak kebah. Namun, doktor ini berkongsi kenapa tidak digalakkan memakai tuala basah apabila anak-anak demam.
Dikenali dengan nama Dr Man menerusi platform tiktok, doktor ini memberitahu terdapat dua sebab: 1. Haba panas akan terperangkap di bawah kepala dan sekaligus menghalang haba itu untuk keluar dari badan.
2. Kalau pakai pun tidak tahan lama kerana anak-anak akan buang atau tepis disebabkan tidak selesa.
Menurut Dr Man lagi, kaedah yang paling efektif untuk mengeluarkan haba daripada badan adalah dengan ‘jerlum’air di kepala anak-anak.
Kaedah ini mudah dan anak-anak pun tidak akan elak.
Gambar sekadar hiasan
Tambahnya lagi, kaedah jerlum ini dapat buang haba dari kepala serta menghalang sawan tarik.
Ads
Basahkan kepala sehingga ketiak setiap lima minit tetapi pastikan tidak kena pada tangan dan kaki kerana akan menggigil.
Gambar sekadar hiasan
Ibu-ibu juga boleh mandikan anak-anak selepas di jerlum dan ubat dah jalan. Selepas dua jam dan badan dah sejuk, barulah dimandikan anak-anak.
Umurnya kini menginjak 7 tahun, namun Aaisyah Dhia Rana, puteri kesayangan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin, diasuh bagai seorang puteri dengan limpahan kasih sayang.
Kaletah dan gelagatnya sedari kecil sehingga sekarang sering membuatkan warganet terhibur bila mana si ibu memuat naik perkongsian video mahupun gambar di instagramnya.
Kecenderungan Aaisyah yang turut memiliki ramai pengikut di laman sosial terhadap dunia fesyen, nyata sangat menurun perangai ibunya yang suka bergaya.
Baru-baru ini, Aaisyah dilihat cukup comel mengenakan mekap di wajah. Sambil mencari-cari maskara, si ibunya kedengaran menasihatinya supaya tidak membuat sepah barangan tersebut.
Dengan mimik muka bersahaja, Aaisyah mengatakan ibunya seorang yang cerewet. Perkongsian video tersebut membuatkan warganet terhibur.
” huiii, cerewet. Mak kita cerewet. ujar Aaisyah beserta mimik muka yang begitu melucukan.
Che Ta dan Zain bernikah pada Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam.pada 2009. selain Aaisyah, Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya.
Teka teki mengenai kehamilan penyanyi Ernie Zakri Yang sebelum ini meniti di bibir peminatnya terjawab apabila empunya diri memaklumkan dia kini sedang hamil empat bulan.
Isteri kesayangan Syamel ini mengakui tidak mengalami sebarang alahan teruk pada awal kehamilan. Bagaimanapun ketika kandungan memasuki trimester kedua dia mulai sensitif terhadap makanan dan mengalami alahan.
“Alhamdulillah usia kehamilan saya sudah memasuki 16 minggu iaitu sekitar empat bulan. Ketika trimester pertama semuanya okay, saya tidak mengalami sebarang alahan.
“Namun, memasuki trimester kedua ini saya sudah mula sensitif terhadap makanan pedas dan berminyak. Saya akan muntah-muntah serta sudah mula mengalami alahan seperti yang dilalui kebanyakan ibu mengandung,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Mengulas mengenai dirinya yang seolah-olah menyembunyikan berita tersebut, Erni jujur menjelaskan tidak berniat sedemikian. Sebaliknya berharap ramai memahami situasi dan keadaan yang dilalui dirinya dan suami yang juga penyanyi, Syamel yang kehilangan ibu tercinta bulan lalu.
“Sebenarnya kami memang nak berkongsi berita ini lebih awal tapi disebabkan ketika itu arwah umi Syamel jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia, kami rasa ia bukan waktu yang tepat untuk meraikan berita gembira ini.
“Biarlah keadaan kembali tenang dan seluruh ahli keluarga sudah cukup kuat dan reda dengan pemergian arwah umi. Kami tiada niat langsung nak sorok kehamilan.
“Jika ikutkan hati memang nak berkongsi lebih awal tapi tak terkeluar dalam waktu yang sangat sensitif untuk keluarga kami,” katanya.
Begitupun, Allahyarham Wan Faaizah Karim sempat mengetahui berita kehamilannya, Ernie berkata, arwah begitu teruja sebaik mengetahui perkara itu.
“Sebelum umi nak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), kami sempat membuat panggilan video dengannya. Alhamdulillah umi sangat gembira dan teruja.
“Kami bersyukur sangat apabila umi serta seluruh ahli keluarga sudah mengetahui berita gembira ini. Cuma sedih apabila arwah tak sempat untuk melihat cucu sulungnya,” katanya.
Banyak cara untuk menghargai pengorbanan seorang wanita bergelar isteri yang sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat. Ada suami yang memberikan bunga dan pelbagai lagi hadiah.
Bagi yang berkemampuan mungkin dari segi harta benda adalah antara hadiah yang boleh diberikan. Walaupun tidak diminta, namun pemberian itu sedikit sebanyak membuatkan sang isteri tersenyum lebar.
Satu video tular beberapa hari yang lalu apabila seorang wanita dihadiahkan sebuah kereta oleh suaminya. Nik Noor Azila Binti Hamzah yang baru sahaja melahirkan cahaya mata keempat terkejut dan teruja pabila suami nya menghadiahkan sebuah kereta pada nya.
Video Tersebut dimuat naik oleh Elle Kereta Recond Kuantan. Di dalam perkongsian tersebut turut menyatakan si suami menghadiahkan sebuah kereta Estima kepada Isteri sempena Kelahiran Cahaya mata ke-4.
“Satu penghargaan Yg besar buat kami di TJM CARS KUANTAN bila dapat menjadi sebahagian daripada sejarah dan momen indah keluarga
Pelanggan kami sendiri… ??
Tersentuh… Alhamdulillah.. terima kasih …
Malah, rata-rata netizen yang menonton video tersebut berkongsi rasa gembira dan memuji sikap suami wanita ini seorang yang romantis.
Jom Lihat Video Dibawah :
Tahniah pada Nik Noor Azila sekeluarga dan semoga hubungan ini kekal sehingga akhir hayat.
Sumber : Elle Kereta Recond Kuantan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.