Rupanya Suun Goreng Ni Ramai Yang Suka, Patutlah Share Hingga Lebih 15K. Ni Resipinya Kalau Nak Cuba Buat!

Share

Jika siapa pernah makan suun yang digoreng tentu tahu betapa enaknya hidangan ini. Biarpun sekali pandang nampak macam bihun yang digoreng namun bila menikmatinya sangat enak. Memandangkan ia lebih halus dan terasa ‘ringan’ bila dimakan, ini menjadikan seakan terasa sungguh setiap ramuan yang dicampurkan di dalam masakan tersebut.

Jadi buat yang belum pernah mencubanya, apa kata anda buat resipi yang dikongsikan oleh Puan Nasriah Ramli ini yang mendapat perhatian wargamaya apabila di share hingga melebihi 15 K. Nyata ramai teruja untuk membuat resipi ini.

Jadi usah tunggu lagi, jom masuk dapur dan sediakan menu yang digemari ramai untuk dinikmati bersama seisi keluarga.

Suun Goreng

Bahan-bahan: 

Bawang putih
Bawang holland
Udang
Sotong
Telur
Kiub bilis
Sos tiram
Sos ikan
Kicap lemak manis
Lobak merah
Cili merah, kalau suka pedas msukkn cili api potong
Tomato
suun
Gula & Garam
Daun bawang

Cara Masak :

1.Tumis hirisan bawang putih dan bawang holland.. Lemudian masukkan udang dan sotong. Goreng sekejap

2. Masukkan telur dan digoreng hancur. Kemudian masukkan kiub ikan bilis.

3. Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan dan kicap lemak manis.

4. Setelah itu masukkan carrot, cili merah, tomato. Klau suka pedas, masukkan cili api potong.

5. Masukkn suun yang sudah direndam.


6. Goreng sebati semua.


7. Tabur sikit gula dan garam. Akhir tabur daun bawang.. klau suka boleh je masukkan taugeh.

Perkongsian resipi ini mendapat hingga 15k shares di group Masak Apa Hari Ini  dan ramai begitu teruja untuk mencubanya.

Sumber : Nasriah Ramli 

 

ARTIKEL MENARIK:Seorang Anak 10K – RM20K Untuk Kos Pendidikan. Begini Cara Perkiraan & Tip Untuk Dapatkan Tabungan Sebanyak Tu!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!

Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

 

 

.