Rupanya Susah Nak Jawab Soalan Matematik Tahun Satu Ni. Patutlah Ibu Ayah Ramai Yang ‘Pening’.

Share

Rupanya Susah Nak Jawab Soalan Matematik Tahun Satu Ni. Patutlah Ibu Ayah Ramai Yang ‘Pening’.

Setiap ibu ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak termasuk cemerlang dalam pelajaran.

Namun siapa sangka, skema jawapan subjek yang diajar di sekolah dirasakan amat sukar berbanding zaman persekolahan mereka lalu.

Prihatin dengan permasalah itu, Cikgu Mohd Fadli Salleh  turut menyuarakan skema jawapan untuk subjek berkenaan yang dikatakan terlalu tinggi aras soalannya.

Menerusi perkongsiannya, Cikgu Fadli yang juga guru matemarik memberitahu ramai ibu ayah telah memintanya untuk memberi tunjuk ajar bagi menyelesaikan soalan berkenaan. Fuh, memang susah betul soalan tahun 1!

Patutlah Cikgu Mohd Fadli Salleh sering memperjuangkan silibus yang didakwa tinggi dan padat untuk murid sekolah rendah.

Seterusnya ikuti perkongsian cikgu yang komited ini mengenai skema jawapan matematik tahun 1 yang membuatkan ibu ayah pening kepala!

 

Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

“Ni latihan dalam buku Matematik Tahun 1. Ramai parents pm aku bagaimana nak ajar anak soalan ni.

“Susah kan? Lagi susah nak fahamkan budak usia 7 tahun. Tak hairan, ramai ibubapa bagitahu cikgu-cikgu Matematik anak mereka skip soalan ini.

“Nak ajar tahap pemikiran budak usia 7 tahun nak bagi faham tu payah. Ajar senang. Memberi faham, susah.

“Tapi sejujurnya, jika anak-anak kuasai teknik ini, mereka dapat mengira dengan lebih pantas dan laju. Cuma masa mencemburui. Silibus banyak dan padat, masa mengajar sikit yakmat.

Artikel popular: Remaja Ini Raih Perhatian Mahasiswa di Univesiti Malaya,Tak Sangka Rupanya Ini Sebabnya.

Atikel popular: Pernah Curi Motorsikal, Pelajar Juvana Ni Tak Sangka Dapat 8A, Tekad Berubah Demi Keluarga

“Maka tidak hairan jika ada guru yang skip part ini. Kerana jika ajar nak bagi faham, makan masa. Mungkin seminggu (5 waktu) hanya untuk bagi murid faham teknik pengiraan ini sahaja.

“Sedangkan banyak lagi silibus perlu dihabiskan. Sebab tu aku cakap, silibus yang ada sekarang ini memberi guru dua pilihan sahaja.

  1. Silibus dapat dihabiskan, namun tak dapat memberi faham yang elok kepada murid setiap sub topik yang diajar.
  2. Silibus tidak dapat dihabiskan sebab guru tumpu nak bagi faham setiap topik yang ada dalam buku teks.

Ramainya guru akan memilih option pertama. Habiskan silibus dengan mengajar laju. Jika tak habis silibus, masalah juga. Sebab tahun akan datang murid lagi bermasalah dengan topik yang belum pernah diajar.

“So, memang dilema.

TAMBAH MASA MENGAJAR MATEMATIK UNTUK LEBIH FAHAM

”Silibus Matematik sekolah rendah yang ada sekarang, walau ramai merungut susah, tinggi, KBAT dan seumpamanya, aku tetap setuju dengan silibus ini. Aku tak nak silibus diundur semula. Memang ini keperluan zaman sekarang.

“Cuma perlu tambah masa mengajar subjek Matematik dari 5 waktu kepada 10 waktu seminggu. 10 waktu = 5 jam masa belajar.

“Jika tambah masa subjek Matematik, aku yakin silibus sedia ada tak perlu pun diundur semula kerana guru-guru ada masa yang cukup untuk mengajar dan memberi faham kepada murid-murid.

“Cuma nak tambah masa mengajar subjek Matematik, subjek lain perlu dikurangkan masa atau dimansuhkan terus. Pada aku, tahap 1 tak perlu mereka belajar sampai 10-13 subjek. Cukup 4-6 subjek teras cukuplah.

 

 

”Bagi mereka mahir betul-betul pengiraan, membaca, menulis dan bahasa kedua (English). Tahap dua baru tambah sikit demi sikit subjek lain.

”Ni dah la semua subjek padat dan tinggi silibusnya, masa mengajar pula sedikit.

”Maka yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Rugi!

“Jika tak mahu juga kurangkan subjek, nak tak nak kena rendahkan aras silibus. Permudahkan. Itu saja caranya aku rasa. Dua pilihan yang ada.

  1. Nak kekalkan silibus, boleh. Kurangkan subjek.
  2. Nak kekalkan subjek, boleh. Rendahkan silibus.

“Pilih salah satu. Jangan pilih keduanya. Kerana bila pilih keduanya kegagalan menanti dan ia dah pun terbukti.

”Sesuatu perlu dilakukan. Perubahan perlu ada. Tak boleh biarkan hal ni berterusan. Kesian anak-anak kami. 

Sumber: Mohd Fadli Salleh

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
k

 

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club