Rupanya Sumber Protein Banyak Ada Pada Sumber Tumbuh-Tumbuhan. Baca Penjelasan Doktor Ini.

Share

Kita banyak disuapkan dengan fakta yang mengelirukan. Antaranya adalah ‘lebih banyak protein yang kita ambil, lebih baik untuk kita untuk pembinaan otot’. Satu lagi kekeliruan adalah ‘protein yang terbaik adalah protein dari sumber haiwan’.


Cuba kita kembali kepada fakta yang kita pelajari semasa di sekolah menengah. Terdapat 21 jenis asid amino yang membentuk satu molekul protein. 9 dari asid amino ini disebut sebagai “essential” asid amino kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan asid amini ini. Ia hanya boleh didapati dari sumber makanan. Memang betul kebanyakan “essential” asid amino ini boleh didapati dalam kuantiti yang kecil dari tumbuh-tumbuhan, dan kebanyakannya dari haiwan.

.
Namun begitu, kebanyakan makanan dari tumbuh-tumbuhan
memberikan sumber amino asid yang mencukupi, dan dalam kadar yang tinggi terutamanya tumbuh-tumbuhan seperti
kekacang, lentils, beberapa bijiran yang tidak berproses dan biji benih.

.
Tumbuh-tumbuhan ini semua terdapat makanan yang biasa kita makan dan bermakna kita harus memperbanyakkan makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan dan mengambil sedikit protein dari haiwan. Jangan risau jika mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan mengurangkan pengambil protein dari haiwan, kerana ia tidak akan menyebabkan kita mengalami kekurangan protein dalam tubuh.

.
Tidak ramai yang mengalami kekurangan makronutrient protein ini, kecuali jika seseorang itu mengalami penyakit seperti kanser atau berada dalam ICU untuk beberapa minggu. Kebanyakan kita mendapat sumber protein dari daging yang kita makan (ayam atau haiwan ruminan), telur dan susu. Malah sayur-sayuran yang kita makan juga membekalkan protein yang banyak.

.
Protein yang kita ambil dari tumbuh-tumbuhan juga mencukupi untuk kita membina otot-otot dalam tubuh. Pembinaan otot bukan sekadar kita mengambil protein yang berlebihan tetapi juga kita perlu melakukan aktiviti yang merangsangkan pembinaan otot.

.
Pernah kita melihat bagaimana gajah dan kuda mempunyai otot yang banyak? Haiwan-haiwan ini memakan dedaun dan rumput. Tetapi haiwan-haiwan ini mempunyai banyak otot yang membolehkan gajah meruntuhkan bangunan kayu dan kuda berlari pantas. Mereka mendapat sumber protein dari tumbuh-tumbuhan.

.
Kesimpulannya kita tidak memerlukan banyak protein dari haiwan. Apa yang perlu ialah banyak mengambil protein dari tumbuh-tumbuhan. Selain tumbuh-tumbuhan, saya percaya ikan juga memberikan protein yang mencukupi jika kita ingin mendapatkan protein dari sumber haiwan.

.
Sumber lain yang membekalkan protein seperti beras rebus (parboiled rice) dan beras perang juga memberikan kita protein, selain karbohidrat untuk mendapatkan tenaga segera.
Apa yang penting kita mendapat tahap protein secukupnya, yang kebanyakannya dari sumber tumbuh-tumbuhan. esekali ambillah dari sumber haiwan.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad