Sayur yang dibeli Taj tahan lama memang buat kita pening kepala kan. Nak guna semua banyak sangat kan. Kalau beli sedikit nanti kena keluar ke kedai lagi.
Pelbagai petua dan tip untuk simpan ia agar tetap segar dan tahan lama. Ibu-ibu boleh cuba petua yang satu ini. Mudah, tak banyak modal dan yang penting boleh tahan seminggu lebih.
Petua mudah ini dikongsikan oleh puan Eyfa Emir
Tips Simpan Sayur Tahan Lebih Seminggu
Saya dah cuba macam-macam cara untuk simpan sayur supaya tahan lama.
Keluarkan dari plastik la. Potong masuk dalam bekas la. Tapi kalau sayur hijau selalunya tak tahan sangat. 2-3 hari dah busuk.
So far, cara ni paling berkesan untuk saya. Cuma perlu aluminium foil dan ada juga yang letak tisu. Tapi saya tak guna tisu pun. Hehe.
Caranya:
1. Sayur baru beli, jangan basuh
2. Potong aluminium foil ikut saiz dan jumlah sayur
3. Masukkan sayur, lipat foil elok2 dan labelkan
5. Bila nak guna baru basuh, lebihan simpan semula dalam tu
Insyaallah tahan lebih seminggu dan segar. Cuba lah. Semoga bermanfaat!
#TipsDanPetua
#EyfaEmir
ARTIKEL MENARIK: “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” 8 Keluarga Ni Ubah Lorong Terbiar Jadi Kebun Taman. Bukan Je Cantik Dapat Rasa Hasilnya!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK
:Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club