Rupanya Senang Je Nak Hilangkan Kesan Kunyit. Wanita Ni Guna Cahaya Matahari, Memang Menjadi!

Share

Melumur kunyit pada bahan masakan yang hendak digoreng suatu perkara yang biasa kita lakukan.  Penggunakan serbuk kunyit tersebut akan menjadikan masakan yang digoreng lebih menarik warnanya.

Pun begitu, tidak dinafikan kita juga sering berdepan dengan masalah untuk membersihkan bekas yang digunakan ketika menggaul ayam atau daging dan sebagainya dengan serbuk kunyit tersebut.  Puaslah menyental, namun kesan kuning tetap juga kelihatan.

Apatah lagi jika ada yang mengamalkan minuman jamu kunyit. Pasti bekas atau botol air tersebut sukar untuk dibersihkan, maklumlah biasanya air rebusan kunyit tersebut kita buat banyak dan disimpan beberapa hari di dalam peti sejuk sebelum dihabiskan. Pasti lagi sukar untuk membersihkan bekas tersebut bukan?

Untuk pengetahuan kita semua, sebenarnya ada cara untuk menghilangkan kesan kuning kunyit tersebut dengan cara menjemurnya di bawah cahaya matahari.

Ini sebagaimana perkongsian eksperimen yang telah dilakukan oleh Junita Indrayanti Famy ini. Perkongsiannya tular dan mendapat perhatian ramai untuk mencuba cara yang digunakannya.

EXPERIMENT CARA BERSIHKAN BEKAS PLASTIK DARI KESAN KUNYIT

Sekarang ni matahari terik apa kata kita bersihkan bekas-bekas plastik yang jadi kuning kerana kunyit. Memang berkesan dan menjadi. Tak yah sental bagai.

Cukup letak bekas kat tempat yang kene sinar matahari langsung. Sekejap jer kesan² kuning memudar. Gambar last ni tak sampai bersih 100% tapi dah tak sabar nak upload hasil experiment.

Tadi ai guna botol bekas letak air jamu. Kuning pekat dah kesan dekat botol tu.

Masa start: 1150

Masa gambar last: 1341

Jadi, anda juga boleh cuba cara ini ya. Bukan sahaja bekas makanan, bekas seperti blender juga berkesan.

Semoga perkongsian cara bersihkan bekas plastik dari kesan kunyit ini bermanfaat. Selamat mencuba!

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club