Tisu basah menjadi satu kemestian sekarang, lebih-lebih lagi selepas pandemik Covid -19 melanda. Ke mana-mana sahaja wajib bawa selain hans sanitizer.
Kalau dulu, tisu basah banyak digunakan untuk bayi namun orang dewasa juga turut menggunakannya terutama untuk membersiahkan peralatan di dalam kediaman.
Kalau ibu-ibu nak jimatkan kos pembelian, apa kata DIY sendiri tisu basah dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati di dapur anda.
Caranya cukup mudah. Terdapat dua jenis tisu iaitu satu untuk kegunaan ibu-ibu membuat kerja di dapur misalnya, manakala tisu basah lagi satu untuk kegunaan bayi.
Cara buat tisu basah bayi Bahan-bahan
1 Gulung tisu dapur
Bekas untuk letak tisu basah
1 sudu besar minyak kelapa untuk melembap dan merawat masalah ruam
2 cawan air yang siap dimasak- supaya tisu tak berkulat
2 sudu besar cecair mandian bayi
1 sudu besar minyak bayi
Cara membuat:
1. Potong tisu dapur menjadi dua bahagian dengan menggunakan pisau yang tajam bagi memastikan potongan ia nampak kemas.
2. Panaskan seketika air dan masukkan minyak kelapa. kacau rata kemudian tuang sekali cecair mandian serta minyak bayi.kacau lagi.
Ads
3. Masukkan tisu yang dipotong tadi ke dalam bekas kemudian tuang campuran cecair ke atas tisu. Pastikan tisu basah secara rata.
4. Tutup bekas dan biarkan seketika.
5. Buka bekas mengandungi tisu basah kemudian keluarkan kertas keras di bahagian tengah tisu.
6. Sedia digunakan untuk pembersihan bayi.
Ads
Rujuk video di bawah untuk lebih detail:
Tisu basah untuk kegunaan dapur: Bahan-bahan
1 gulung tisu dapur
Bekas untuk meletak tisu basah
1.2 cawan air
1/2 cawan cuka putih
Beberapa titis minyak essential(Lavender, tea tree dan lain-lain)
Cara membuat:
1. Potong tisu dapur jadi dua bahagian menggunakan pisau tajam.
2. Campurkan cuka, air dan minyak essential. Kacau rata.
Ads
3. Masukkan tisu dapur dalam bekas lalu tuangkan campuran cecair tadi pada tisu basah dengan rata.Biarkan ia semalaman.
4. Keesokan harinya, keluarkan kertas bahagian tengah tisu. Sedia digunakan untuk bersihakan tumpahan, table top atau lain-lain kegunaan.
Kejadian bila mana seorang ayah dapat berada disisi anak yang sedang nazak akibat kemalangan, tentu saat itu cukup pilu dirasakan. Apatah lagi, perginya anak tersebut di bulan Ramadan.
Ini sebagaimana yang dilalui oleh Encik Hamid Sulong.
“Saya sempat ajar anak mengucap ketika dia nazak, dia sebut ALLAH..ALLAH…sebelum menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya.”
Memetik laporan Sinar Harian, kemalangan ini berlaku pada 9 Mei melibatkan dua pelajar sekolah maut di KM12 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Kubor dekat Kampung Pasir Puteh di sini.
Hamid Sulong, 63, sempat bersama anaknya, Siti Nor Hanim Alya, 17, buat kali terakhir apabila mangsa yang menunggang motosikal terkorban dirempuh kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Menurutnya, dia mendapat tahu anaknya kemalangan selepas dihubungi saudara dan terus bergegas dari rumah di Kampung Nechang ke lokasi kejadian.
“ALLAH sahaja tahu perasaan saya melihat anak terbaring di dalam parit, saya terus pangku dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.
Menurutnya lagi, kelakuan Allahyarham pelik hari ini kerana meminta izin mahu menunggang motosikal sendiri ke sekolah.
“Biasanya saya hantar dia setiap pagi, tetapi hari ini dia nak bawa sendiri motor kerana mahu singgah di rumah kawan ambil tudung waktu pulang sekolah.
“Saya sempat berpesan padanya supaya bawa motor elok-elok sewaktu dia salam dan cium tangan saya ketika turun dari rumah,” katanya.
Katanya, ALLAH lebih menyayangi anaknya yang merupakan anak ke-15 daripada 16 beradik apabila perginya di bulan Ramadan.
Banjir yang melanda di Selangor baru-baru ini dilihat menerima kesan bencana yang amat memilukan hati. Bukan sahaja rumah, infrastruktur dan barangan telah rosak bahkan terpaksa dibuang begitu sahaja.
Selain itu turut dilihat hampir 3 juta buku di gudang buku The Big Wolf yang terletak di Seksyen 33 Shah Alam musnah akibat banjir minggu lalu sehingga kerja-kerja pembersihan terpaksa menggunakan jengkaut.
Pencinta buku Patah Hati
Melihat timbunan buku yang rosak seperti ini membuatkan ramai yang sedih, sayu dan patah hati melihatnya.
Apatah lagi bila melihat gambar seorang kanak-kanak yang cuba mencari buku yang masih boleh digunakan disebalik longgokan itu.
Sungguh setiap buku yang rosak ini terkandung ilmu dan maklumat yang menggunung banyaknya.
Asingkan Buku Untuk Agihan
Menurut Pengasas bersama BookXcess dan Big Bad Wolf Books, Andrew Yap, berdasarkan penilaian awal berjuta buah buku rosak dan tidak dapat diselamatkan, termasuk beberapa peralatan gudang. Nilai kerugian masih belum dapat dipastikan.
Namun begitu mereka berhasrat untuk mendermakan buku kepada komuniti sekitar yang telah terjejas teruk serta mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai usaha mereka.
Sebanyak 14 kedai buku BookXcess yang lain dan Big Bad Wolf Books di Shopee masih beroperasi.
Sebenarnya tanaman yang kita tanam selain memerlukan cahaya, air dan tanah untuk hidup subur, hakikatnya tanaman juga memerlukan baja sebagai agen penggalak kesuburan.
Jadi apa kata anda hasilkan sendiri booster tanaman ini dengan langkah yang cukup mudah dan selamat sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaili Baharudin. Jom semak.
Bahan-bahan:
Cuma sebotol yakult dan 2 biji telur. Tak kisahlah telur kau bersaiz apa. Dan mohon sorokkan yakult itu supaya anak-anak kau tak nampak. Mereka akan fikir kau beli untuk mereka bukan untuk pokok.
Cara buat :
Step 1 : Campurkan yakult dan 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.
Step 2 : Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah. Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.
Step 3 : Kemudian spray lah sesuka hati pada daun, batang pokok, pada tanah di pasu. Kita spray ni cuma seminggu sekali ya. Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.
Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun.
Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...