Rasa-rasanya hari ini ibu-ibu nak masak apa untuk berbuka. Bosan pula asyik makanan laut dengan ayam je kan, apa kata hari ini kita tukar kepada daging pula.
Kecur liur lihat resipi ni kan, bagi keluarga yang suka menu berasaskan daging bolehlah cuba resipi Daging Goreng Thai Style ni buat berbuka.
Bagi anda yang gemarkan resipi yang berempah, ini sesuai dicuba kerana banyak rencah dan lebih ‘rasa’ dalam setiap gigitan.
DAGING GORENG THAI STYLE
Bahan-bahan:
-800gm daging
-5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
-4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
-1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk)
-2 sb sos tiram 2 sudu besar
– Garam secukup rasa
– Mentega
Bahan-bahan untuk sos:
-Serbuk cili Thai
– Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
– 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
– 2 sb air limau nipis
– 3 sb air asam jawa
– Kicap sotong / sos ikan
– 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
– Daun ketumbar dan daun bawang
Cara buat :
1) Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)
2) Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.
3) Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.
4) Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.
Jadi, bagaimana? Rasa yang berbeza daripada daging goreng kunyit biasa. Bolehlah cuba di hujung minggu.
Resepi Original – @Azahari Abdullah @Selongkaq Dapuq Chef -Abang ‘ E
Mencari keunikan dalam melayan tetamu dan semestinya juga dalam masa yang sama tuan rumah ingin berjimat. Jadi ada baiknya menyediakan hidangan kek yang ringkas ini.
Apa yang lebih menarik, ianya dimasak di dalam bekas yang bersaiz kecil. Jadi mudahlah setiap tuan rumah menghidangkannya kepada tetamu yang datang. Terbaik idea ini dan bolehlah dicuba.
KEK MOIST COKLAT BAJET
Lama tak up resipi, kes demam haritu tak up up resipi tuk follower dan frens Hus.
Hari ini nak share resipi kek moist bajet sikit. Takpe kan. Hehe. Mesti korang gigih buat nanti.
Jom tengok bahan bahan dia,Hus guna gelas IKEA warna warni tuu, senang nak bajet gram dia, dan satu gelas tu 250 gram.
Kek moist ni kurang manis ye, sebab Hus tak boleh makan kalau tersangat la manis, so dah kurangkan gula dan susu tu k.
Tepung gandum mix tepung kek 250g
Telur gred A 2 biji
Serbuk koko 200 gram, guna gelas tu sikit je lagi nak penuh,
Susu cair 1gelas
Susu pekat separuh
Minyak 1gelas
Gula 1gelas
Esen vanila sudu kecik jer
Serbuk penaik sesudu kecik je
Sida bikarbonat sesudu kecik je
Ok, cara cara dia korang buat camni,
1. Mix gula dan telur sampai kembang, pastu letak tepung sikit sikit yer.
2. Dah sebati tu, leh la letak serbuk koko, kacau guna spatula k, jangan mix, nanti bertaburan la debu debu si koko tu.
3.Then baru masukkan yang lain lain, susu cair, susu pekat, esen, soda, serbuk penaik. Mix sampai la takde ketul ketul.
4. Lagi lama mix, lagi gebu kek. Dah siap semua, letak dalam bekas. Ikut korang la ye nak letak dalam bekas camne, asal boleh kukus.
5. Hus letak siap siap bekas kecik, senang nak makan, habiskan satu satu. Hehe. Kukus je sampai masak. Dalam 40 minit camtu.
6. Then kita buat la dia punya topping, topping ni boleh jeel buat manis sikit atau taknak manis pom takpe, ikut korang jugak.
Bahan topping ni Hus guna 3 ni je. Bajet kan, haha
Coklat bar, ikut laa jenama apa, yang mahal coklat ni, lagu best, orang la kata. Hehe
Susu cair lebih dari yang kek tadi, separuh cawan ikea.Minyak atau buttercup, pilihan k.
Yang nii Hus masukkan dalam oven, panaskan kejap je dah cair, hehe, tak perlu water boiled tu, apetah orang panggil.
So, dah siap kek kita, kita tuang je topping atas tu dan letakla ape ape korang suka sebagai hiasan, tak letak pom takpe.
Hus suka makan terus, fuhhhh, sehari 3 bekas tu Hus je makan. Haha. Pagi petang malam, sedap giler. Tak puas makan, anak anak makan 3 4 sudu je g main dan datang balik, kek habis da.
Nota kaki : Pastikan masa kukus jangan buka tutup tudung pengukus, dan api sentiasa sama, nak elak dari kek bantat, bahasa orang luar Hus tak tahu ape dia, maksudnya untuk taknak kek tak naik, gitu laa lebih kurang.
Vokalis kumpulan XPDC, Ali sebelum ini diuji serangan angin ahmar. Malah dia juga ditidurkan kerana kesukaran bernafas sebelum ini akibat masalah jantung dan paru-paru.
Namun, bapa kepada lima cahaya mata itu bagaikan diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan. Begitupun dia terpaksa makan dan minum menggunakan tiub kerana tekaknya masih sakit untuk menelan.
Pemilik nama sebenar Mohd Ali Ismail baru-baru ini berkongsi cerita suka duka yang melanda hidupnya.
Pafa pandangan masyarakat mungkin beranggapan, anak kelahiran Klang ini mungkin dilihat kental dek kerana jiwanya ke arah genre rock.
Namun hakikatnya, jiwa lelaki berumur 54 Tahun ini cukup rapuh dan manja seperti kanak-kanak. Itu do sendiri isterinya, Sharifah Azuwanna Syed Joned yang dinikahinya sejak 27 tahun lalu.
“Alhamdulillah, saya bagai hilang kata-kata diberi nikmat hidup ini. Saya pernah berada pada tahap peratusan 50/50 untuk hidup. Seperti nyawa-nyawa ikan ketika itu. Allah tarik nikmat aset suara saya miliki, tapi dibentangkan banyak hikmah.
“Tapi kini keadaan saya semakin okey. Dulu nak bercakap pun susah. Sekarang boleh bercakap walaupun tak lancar. Kalau susah sangat nak bercakap, isterilah yang jadi wakil (bercakap). Sehingga kini saya masih meneruskan fisioterapi dan ‘rehab’ seminggu sekali di Hospital Rehabilitasi Cheras.
“Pergerakan dan kos ulang-alik ke hospital juga dapat dijimatkan serba sedikit kerana saya sudah berpindah menyewa pangsapuri di Seri Kembangan sejak awal Ramadan lalu. Dulu masa tinggal di Klang, banyak guna duit,” kata Ali dalam nada sebak sambil menyeka air mata.
Kata Ali, dia bersyukur di saat hilang punca rezeki kerana nikmat ditarik, banyak pihak membantunya.
Kos rawatan di Hospital Ampang sebelum ini selama tiga minggu RM12,000 ditanggung Baitumal. Begitu juga bayaran sewa rumah RM850 turut dibantu badan berkenaan.
“Kediaman baharu yang disewa pun sewanya dibayar Baitulmal sebanyak RM800. Kami hanya bayar RM50 saja,” kata Ali.
Namun, sejak awal Ramadan lalu juga, Ali enggan terus berpeluk tubuh mengusahakan perniagaan menjual kerepek dan kuih tradisional.
“Anak saya syorkan takkan nak terus menerima sumbangan orang, lalu mereka mencadangkan untuk menjalankan perniagaan. Akhirnya kawan syorkan saya menjual kerepek dan kuih diusahakannya.
“Kami berniaga di tapak Pekan Sungai Besi. Tapak pun kawan saya uruskan tanpa perlu saya membayar sewanya. Cuma masa nak mulakan perniagaan itu, duit simpanan yang ada ditampung dengan barang kemas digadai isteri jadi modal. Hasilnya dapatlah kumpul RM8,000 sebagai modal.
“Ketika ini, tiga anak saya termasuk lelaki sulung bergilir-gilir menjaga gerai kerana saya belum kuat untuk menjaganya seorang diri. Hasil jualan ini bolehlah menampung kehidupan saya sekeluarga. Malah pernah hasil jualan cecah RM300 sehari,” kata Ali sambil memberitahu wakil kelab peminat XPDC turut datang ke rumah dan menghebahkan perniagaan diusahakannya.
Akui Ali, dia sebenarnya teringin nak makan pelbagai menu kegemaran.
“Tapi saya memang tak boleh makan beriya-iya. Kena elak makanan keras terutamanya. Tambah nak raya, teringin juga makan ketupat dan lontong. Apakan daya. Tengok kek pun semacam tiada perasaan.
“Tahun ini pun kerana keadaan kesihatan diri, saya tak boleh berpuasa. Saya juga harus meminum susu enam kali dalam sehari untuk membekalkan tenaga selain ubat hospital.
“Setiap kali dengar laungan bacaan solat terawih di surau berdekatan pun jadi sayu. Saya tak boleh melipatgandakan pahala di bulan puasa kerana keterbatasan diri. Isteri selalu memujuk hati akan teman saya ganti atau qada puasa nanti,” katanya.
Ali menambah dia sepatutnya menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada 10 malam terakhir Ramadan.
“Pihak agensi kembara umrah sampai sanggup nak bawa saya ke sana walaupun perlu berkerusi roda. Tapi isteri pun cakap tak mahu susahkan mereka. Saya anggap tak ada rezeki.
“Saya pernah tujuh kali mengerjakan umrah. Dua kali daripada jumlah itu saya pernah ke sana bersama isteri iaitu pada tahun 2018 dan 2021,” katanya.
Sementara itu, Sharifah Azuwanna berkata ujian dilalui Ali menjadi ruang terbaik untuk menyokongnya dari belakang.
“Dulu selama lima kali melalui fasa kehamilan, dia (suami) yang bersusah payah menjaga saya. Saya pernah rasa loya nak muntah pun, dia sanggup tadah tangan.
“Kini, sewaktu dia diuji, saya pula menjaganya. Saya ini sebenarnya jenis cepat geli dengan benda yang memualkan. Tapi ketika menjaga suami termasuk membantu ke tandas pun saya seolah-olah hilang sikap geli itu.
“Cuma saya tahu dia memang sedih tak dapat berpuasa baru-baru ini. Dulu waktu sihat, puasa takkan tinggal. Malah siap buat puasa sunat lain termasuk puasa enam,” kata Sharifah Azuwanna .
Terdahulu, pada hari sama, Ali dan isterinya turut menerima kunjungan pihak stesen radio Buletin FM bersama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin yang menyampaikan sumbangan dan bantuan baucar RM300 sebulan selama tempoh setahun untuk membeli barangan keperluan dapur di premis beli belah itu.
Penyampai Buletin FM, Haiza Hanafi turuf hadir menyerahkan sumbangan peribadi dan barangan stesen radio berkenaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.