Bila kita bersedia jadi pasangan hidup seseorang, maknanya kita dah bersedia untuk berkongsi hidup dengan mereka. Nama pun berkongsi hidup, mestilah kena ada toleransi, persefahaman dan paling utama dalam perhubungan ialah saling mempercayai antara satu sama lain. Betul tak?
Tak dinafikan, setiap orang ada ego masing-masing yang mahukan orang lain untuk ikut apa yang kita mahukan, Tapi, jangan sebab terlalu nak menangkan ego sendiri sampai sifat tu jadi toksik dalam perhubungan! Fuhh toksik ye, macam mana tu? Nak tahu? Jom tengok perkongsian Redza Zainol ni, harap kita jauh la dari sifat macam ni ye.
4 Sifat Toksik Ni Sangat Beracun Dalam Hubungan Suami Isteri. Suami Isteri Wajib Tahu & Wajib Jauhi.
1) Pasangan yang sengaja jauhkan kita dari kawan dan keluarga sendiri.
2) Pasangan yang akan sentiasa mengkritik setiap tindakan kita.
3) Dia mengugut pasangan.
“Aku akan tinggalkan kau kalau kau tak ikut setiap suruhan aku.”
“Aku akan tinggalkan kau kalau badan jadi gemuk.”
4) Dia buat pasangan jadi terperangkap.
Tolong saya #sebarkan ilmu ni sebab ada suami isteri yang tak tahu pun yang mereka sebenarnya hidup dalam hubungan bertoksik.
Sebak.
Ucapkan terima kasih pada pasangan masing-masing jika hubungan anda tiada sifat toksik begini. Moga lagi ramai suami isteri yang bahagia.