Rupanya Salah Pilih Daun Limau Purut,Patutlah Tomyam Rasa Pahit, Ini Cara Yang Betul Kena Tahu.

Share

Jika anda penggemar masakan tomyam tentu dalam masakan daun limau purut dijadikan salah satu bahan asas wajib ada. Namun, kadang kala, hidangan kurang rasa enak apabila rasa pahit pada masakan tomyam.

Tahukah anda, bahawa salah satu penyebab kuah tomyam rasa pahit adalah disebabkan oleh daunya. Rupanya daun limau purut ni mempunyai dua jenis mengikut bentukknya.

IKUTI PERKONGSIAN INI

Daun berbentuk 8 adalah daun limau purut (kafir lime leaf) digunakan untuk masakan. Sebelah kiri pula tak sesuai  untuk masakan yang mengakibatkan rasa pahit.

Saya nak berkongi sedikit ilmu buat semua . Ini daun limau purut. Bau tetap sama.. tp mempunyai bentuk yg berlainan.. dan rasa nya juga berlainan..

Daun limau purut yg berbentuk 8 lebih sedap dan wangi tiada rasa pahit wlopn batang tengah daunnya x di buang.

Jenis tak pahit

Daun limau purut yg berdaun lebar di atas dan kecil sedikit di pangkalnya tu masih berbau wangi dan sedikit pahit wlopn btg di bahagian tengah daunnya dh di buang.

Jenis pahit

Sy pernah guna kedua2 jenis daun limau purut ni.. tp sy x suka daun limau purut yg lebar diatas sebb masakan boleh jadi pahit.. pernah tukang jual anak2 pokok bagitau tentang jenis pokok limau purut ni..baru tau..kenapa selama ni sy masak boleh jadi pahit.. ini di sebabkan tersalah memilih daun..

Dan kedua2 jenis ni ada di tanam kt rumah mak sy di kampung.. buahnya pula klo jenis yg berdaun lebar tu lebih besar dan yg berdaun 8 pula…buah kecil sikit..

Beza dari segi duri pula.. daun limau purut berbentuk 8 durinya lebih kecil dan kurang berduri.. manakala daun limau purut yg lebih lebar di atas kecil dipangkal.. durinya lebih panjang dan batangnya berduri

Maaf la sekiranya perkongsian sy ni ada kekurangan dan kesilapan atau sebaliknya.. saja berkongsi utk sahabat kebun yg pernah kena mcm saya bila guna daun limau purut dalam masakkan terasa pahit. Jadi selepas ni boleh la perhatikan pokok limau purut sahabat jenis yg macam mana.

Sumber: Ahalinda Darjan