Menampung perbelanjaan untuk menunaikan haji, umum mengetahui memerlukan sejumlah wang yang banyak. Pun begitu, mungkin ada lagi yang belum mengetahui, wang dalam akaun simpanan andai kurang daripada 10 ribu sekali pun, masih ada peluang untuk kita ke tanah suci. Bagaiaman caranya itu, ayuh kita fahami proses dan syarat yang perlu dipatuhi untuk membolehkan kita ke tanah suci biarpun wang dalam tabungan masih belum mencukupi. Nak tahu caranya, jom semak perkongsian daripada saudara Hafizul Hakim ini.

Kos RM9,980 mungkin berubah dari tahun ke tahun. Tertakluk kepada syarat-syarat dan polisi Tabung Haji dan KWSP di masa depan.

“Rupanya RM6,980 je kita perlu kumpul dalam akaun Tabung Haji.”

Selepas dapat surat tawaran, kita diberi masa sebulan untuk hantar semula borang pengesahan pergi haji. Dalam tempoh itu, kita mesti buat pemeriksaan kesihatan dan juga cukupkan jumlah bayaran tunai haji.

Untuk tahun 2019, kos haji masih RM9,980 seorang. Pengiring dan mahram juga hanya perlu bayar jumlah yang sama.

1. Individu yang dapat tawaran menunaikan fardhu haji boleh mengeluarkan maksima RM3,000 dari akaun II KWSP mereka.

2. Misal kata dalam akaun TH ada RM6,000. Maka kita boleh keluarkan maksima RM3,000 untuk dikreditkan terus ke dalam akaun TH. Ia bagi tampung jumlah wang untuk bayar kos Haji.

Seandainya dalam akaun Tabung Haji ada RM7,000 maka kita cuma boleh keluarkan RM2,980.

Jika dalam akaun TH ada RM8,000 maka kita cuma boleh buat pengeluaran RM1,980 je. Boleh faham kan.

Nota: Kalau sebelum ni akaun TH dah penuh, korang parking lah duit tu ke akaun lain kejap. Mana tahu sebagai duit poket untuk belanja di Mekah dan Madinah nanti.

Paling mustahak, dapatkan que untuk daftar pergi haji terlebih dahulu. Kalau ada tunai RM1,300 awak terus ke kaunter TH bagitahu nak daftar haji. Kalau tiada wang RM1,300 pergi KWSP bagitau nak daftar ibadah haji guna akaun 2.

Mudah aje!

Dokumen diperlukan:

3. Sebelum ke kaunter KWSP kita perlu sedia tiga salinan dokumen ini iaitu:

a. Salinan surat tawaran haji (bawa salinan original sekali untuk rujukan staff KWSP).
b. Salinan muka depan dan baki terkini akaun Tabung Haji. (Update jumlah terkini dan bawa sekali buku akaun TH).
c. Salinan kad pengenalan

4. Kurang dari 10 minit, staff KWSP akan uruskan proses pengeluaran. Mudah dan pantas!

5. Wang tadi akan dikreditkan terus ke akaun TH kita dalam tempoh 5 hari bekerja. Nanti ada SMS dihantar untuk beritahu wang dah masuk.

Semoga anda dapat manfaat dari perkongsian ini dan dipermudahkan urusan haji! Harap dipanjangkan info ini buat tatapan rakan-rakan lain.

Kita permudah urusan orang, Tuhan akan permudahkan hal kita. Insha Allah. Haa cepat pergi daftar haji guna akaun KWSP.

Begitulah.

sumber : Hafizul Hakim