Pernah tak berasa rezeki makin sempit walaupun telah melakukan pelbagai kerja. Gaji pun yang banyak tetap tak cukup. Jika alami situasi ini kena muhasabah diri. Juga kena tahu maksud rezeki sebenarnya. Memang tidak nafikan, ada beranggapan rezeki itu duit. Jika kurang duit rezeki itu sempit.
Bukan ini ertinya rezeki. Kita kena faham konsep rezeki dengan lebih meluas. Rezeki bukan sahaja pada wang semata-mata tetapi kesihatan yang baik juga rezeki, anak-anak yang soleh juga rezeki, tempat kerja yang selesa juga rezeki, dapat beribadah pada Allah juga rezeki dan sebagainya. Itulah makna rezeki secara meluas. Bukan duit semata. Tetapi biasanya rezeki duit adalah keutamaan untuk kita meneruskan kehidupan.
Ketahui punca rezeki sempit ini.
Hubungan Dengan Allah
1.Lalai zakat dan sedekah
2. Abaikan solat
3. Melakukan perniagaan atau kerja yang haram
4. Berbuat dosa kerana jahil atau degil
Hubungan dengan pasangan
1. Sering bergaduh
2. Selalu mengeluh dengan pasangan
3. Kedekut dengan pasangan
4. Curang/ Panas baran
Hubungan anak
1. Merungut dan merasakan anak-anak sebagai beban
2. Kedekut dengan anak
3. Suka membebel bila anak buat kesilapan
4. Tidak mendidik anak mencintai solat dan Al-Quran
” Ya Allah, aku sempit sangat ni Ya Allah. Banyak duit nak guna. Kau berilah aku rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. “
Sekalikan dengan zikir Asmaul Husna ini
✔ Ya Fattah
(Yang Maha Pembuka)
✔ Ya Wahhab
(Yang Maha Memberi)
✔ Ya Basit
(Yang Maha Melapangkan)
✔ Ya Razzaq
(Yang Maha Memberi Rezeki)
Zikir 40 kali setiap kali selepas solat atau sebanyak-banyaknya pada bila-bila masa sambil mengadu kepada Allah;
” Ya Allah, bukakanlah dan berikan kelapangan rezeki buat hambaMu ini… Hanya Engkau sebaik-baik Pemberi Rezeki. “
Jika berpeluang, bersedekahlah terutama kepada orang yang sedang dalam kesempitan juga.
Cuba amalkan dan terus amalkan. Yakin dengan rezeki Allah. Allah akan beri tepat pada waktunya. Masa itu nanti terbeliak biji mata tengok rezeki datang tak disangka-sangka.
Semoga rezeki melimpah ruah dan diberikan kehidupan yang lebih bahagia bersama pasangan dan anak-anak.