Perkahwinan adalah hubungan yang harmoni bagi pasangan suami isteri. Sikap saling melengkapi menjadi tunjang bagi memastikan kehidupan disirami kebahagiaan. Sinonim perempuan dicipta dari tulang rusuk kiri lelaki, pasangan romantis Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan dan Muhammad Faizal Zakaria redha dengan ketentuan Ilahi apabila belum dikurniaan cahayamata sejak berkahwin tiga tahun yang lepas. Mujur suami begitu memahami nalurinya untuk mengambil anak angkat. Bermula daripada itulah, ramai yang DM menyatakan kesediaan untuk menyerahkan anak kepada Abby untuk dibuat anak angkat.
Pada masa yang sama, Abby juga mendapat DM daripada pelbagai pihak yang memintanya mencarikan anak angkat dan ada juga tidak inginkan anak yang dikandung. Abby bagaikan orang tengah untuk mencarikan keluarga angkat buat bayi berkenaan. Semuanya diuruskan oleh Abby dengan berhemah tanpa ada kepentingan peribadi. Sesungguhnya Abby dan suaminya adalah insan yang terpilih untuk melakukan kebaikkan ini. Ikuti temubual wartawan majalah Keluarga baru-baru ini dikediaman beliau.
“Gugur dua kali dalam tempoh tiga tahun perkahwinan. Sejujurnya saya jadi takut untuk hamil. Anak kedua saya hamil meninggal dalam perut pada usia lima bulan. Tapi ini saya tidak putus asa untuk mendapat anak. Jadi saya rasa Allah bagi rezeki anak dengan cara yang lain.
“Suami saya tidak menghalang apabila nyatakan hasrat untuk anak angkat kedua. Sebenarnya beberapa kali terdetik dalam hati untuk mengambil anak angkat. Akhirnya saya nekad! Lebih-lebih lagi saya baca banyak kes pembuangan bayi.
“Cuma saya sedih apabila ada yang bersikap terbuka apabila hasrat hati dipertikaikan. Bagi saya Allah telah bagi jalan penyelesaian iaitu ibu susuan juga perlu menyusukan anak angkat yang berusia tidak lebih daripada dua tahun sehingga sekurang-kurangnya lima kali kenyang, barulah boleh menjadi anak susuannya,” ujar Abby ketika ditemui dikediamanya baru-baru ini.
Bantu cari keluarga angkat
Ads
Naluri keibuannya terserlah apabila tidak sampai sebulan kehadiran anak angkat lelaki yang diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh, pelakon Abby Abadi menerima pula bayi perempuan, Maisara Dayana Fathia. Kedua-dua bayi bertuah ini dianugerahkan kepadanya setelah menyuarkan hasrat untuk mencari bayi angkat di instagram.
“Anak pertama, Daiyan, setelah ada yang dm saya di instagram. Katanya dah dua hari bayi ni orang tak nak. Syukur rezeki saya. Selang sebulan pula, perasaan inginkan seorang bayi perempuan pula. Ikut gerak hati, Dayana pilihan saya dan suami. Dayana antara bayi perempuan terawal yang ada dalam senarai dm saya. Seterusnya, memang ramai yang dm. Semua nak suruh saya jaga. Sebaliknya saya cadangkan kepada keluarga yang mencari anak angkat.
“Sebenarnya sejak saya lalui semua ini. Saya dapati ramai rupanya yang mencari anak angkat dan sebaliknya. Ada yang bercerai dn tak mampu jaga anak ke empat, anak ramai sehingga 12 orang dan ada mak yang dm saya setelah anaknya terlanjur. Memang kisah ini tak dijangka di akal.
Bagi saya, semua ini cara saya bantu untuk mengelak kejadian yang tak dingini. Tetapi semua pengambilan anak angkat ini mengikut prosedur yang betul. Kebetulan rezeki saya sebagai orang tengah. Saya tidak kenakan sebarang bayaran pun.
“Malah ada yang nak ambil anak angkat, bertanya pelbagai soalan termasuk keturunan atau anak luar nikah atau tidak. Bagi saya, amat ralat apabila ada soalan-soalan seperti ini. Tidak perlu tahu semua itu. Pada saya bayi tidak salah. Kita yang mendidikanya untuk menjadi anak yang baik atau sebaliknya,” jelas Abby.
Ads
Momen indah
Foto: Instagram abby_abadi112
Pastinya kehidupan pasangan suami isteri berubah apabila mempunyai cahayamata. Begitu juga yang dilalui Abby dan suami.
“Terasa masa banyak terisi. Apabila ada bayi ini memang kena bangun awal. Mujur suami ringan tulang membantu. Bagi saya tak ada beban buat diri saya dan suami.
“Malah kami merasai keseronokkan yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Memang ada yang cakap, perlukah ambil anak angkat sedangkan sudah mempunyai anak sendiri. Namun bagi saya semuanya cukup indah.
Ads
Dalam pada itu, Abby turut berkongsi kegembiraan menguruskan dua bayi tersayangnya tanpa perlu berpantang.
“Saya bersyukur, urusan menguruskan anak berjalan seperti biasa. Maklumlah saya ibu yang tak berpantang walapun ada bayi. Tiada masalah untuk bergerak dan menjaga bayi.
“Cuma apabila pergi bercuti, pastinya beg bertambah. Maklumlah ada bakul susu dan pakaian kena bawa lebih. Biasalah bayi ni ada perkara yang tidak dijangka seperti muntah.
“Tetapi semua urusan menguruskan anak, walaupun sudah 10 tahun tak uruskan bayi, tidak ada masalah bagi saya. Saya masih ingat pengalaman menguruskan anak-anak saya dulu. Dan tak ada beza pun anak sendiri atau angkat. Semuanya saya di hati saya. Saya juga berharap kedua-dua bayi ini, akan mengikut jejak abang dan kakaknya menghafal Al-Quran serta diberi didikan agama,” jelas Abby yang bersedia jika hamil pada waktu terdekat ini.
Sumber: Majalah Keluarga Isu November 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Vaksinasi telah memainkan peranan penting dalam perkembangan sihat bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia. Namun terdapat ibu bapa yang memilih untuk tidak memberi vaksin kepada anak- anak mereka.
Tidak memberi vaksin kepada kanak-kanak membahayakan masyarakat termasuk kanak-kanak di sekolah. Ekoran itu, isu vaksin dan sekolah menjadi hangat diperkatakan.
Rentitan daripada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia punya pendirian teguh mengenai hal ini.
Menerusi perkongsian Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, video berdurasi 2 minit 21 saat yang dimuatnaik ke laman sosial beliau pada 7 Mac 2019, iaitu semalam. Antara perkongsiannya ialah
“…Saya antara ibu bapa yang berpendapat wajib anak-anak divaksin agar tidak dijangkiti oleh penyakit berjangkit…”
Malah beliau, berpendapat bahawa suntikan vaksin adalah penting untuk masa depan kanak-kanak khusunya bagi melindungi mereka daripada penyakit.
Bagaimanapun beliau menegaskan agar kanak-kanak tidak seharusnya dihukum dengan menyekat peluang pendidikan hanya kerana mereka tidak divaksinkan.
“Ada ibu bapa yang tak mahu anaknya divaksin, anak-anak ini tidak boleh dipersalahkan…”
“Selaras dengan hak asasi kanak-kanak, mereka tidak boleh dihukum atas kesalahan ibu bapa. Mereka berhak mendapat pendidikan berkualiti tanpa membezakan siapa pun mereka, dari mana mereka datang, atau sama ada mereka divaksin atau tidak.” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook.
Dalam pada itu, diminta semua pihak memahami tugas dan tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam isu mewajibkan suntikan vaksin terhadap kanak-kanak.
Terdapat pelbagai pandangan daripada netizen, antaranya ada yang tidak bersetuju kerana tidak mewajibkan vaksin, ada yang jalinan kerjasama KKM dan KPM atas isu vaksinasi ini.
Semoga isu ini dapat memberi impak yang positif kepada masyarakat Malaysia terutama tarap kesihatan dan pendidikan kanak-kanak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dua beradik ini memang menajdi perhatian warga maya, apa sahaja yang dibuat pasti mencuit hati ramai terutama sekali Alisa Aisyhah. Bahkan populariti dua beradik ini sama naik dengan ibu bapa mereka.
Masing-masing memiliki pengikut sendiri di laman media sosial. Setiap kali baik Hanis mahupun Hairul memuat naik gambar atau video dua beradik ini, pasti mendapat perhatian.
Terbaru, Hanis memuat naik video Alisa bersama abangnya Yusuf Iskandar berkunjung ke sebuah pasaraya. Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi instagram Alisa.
Menerusi vidoe tersebut, kelihatan Alisa teruja membelek barangan termasuklah satu dompet yang sesuai dipakai oleh budak lelaki.
Dalam keterujaan tersebut, dia terlepas pandang abangnya membuatkan dia tercari-cari.
Setelah bertemu , Alisa dengan manja meminta abangnya memegang tangan.
Gelagat dua beradik ini mencuri perhatian. Yusuf yang sememangnya seorang abang yang penyayang terus memenuhi permintaan adiknya itu.
Pelakon cantik manis, Raja Ilya dimasukkan ke beberapa hospital bagi menyambut kelahiran cahaya mata keduanya sedikit masa lagi.
Menerusi Instagramnya, Raja Ilya memuat naik videonya ketika berada di hospital dan berkongsi perkembangan terkininya yang resah menanti detik bersalin.
“Jelajah nak beranak.
“Bukan satu hospitals tapi tiga hospital dah jelajah dari petang semalam since air ketuban pecah.
“Naik ambulance ulang alik sana sini! Dari hospital Fiona Stanley to Rockingham hospital then ke King Edward now. Hopefully ni last and beranak kat sini je today … huhu,” tulisnya berkongsi.
Bahkan kata Raja Ilya menerusi perkongsian videonya, dia menanti hampir 12 jam kerana terpaksa bertukar hospital. Namun tidak dapat dipastikan keadaan dirinya sehingga terpaksa bertukar-tukar hospital.
Menurut ibu kepada Talita Love ini, dia juga kini masih menantikan detik bersalin.
“Daripada petang semalam 6pm semalam sampai sekarang 6 pagi, masih tak rasa nak beranak.
“Plan nak c sec jadi dah rancang nak pergi buat pedicure madicure dulu tapi semua plan tak menjadi,” tulisnya.
Meninjau diruangan komen rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti turut mendoakan agar dipermudahkan kelahiran bayi keduanya ini.
Terdahulu Raja Ilya yang kini menetap di Perth, Australia bakal menyambut kelahiran anak keduanya selepas mengumumkan hamil anak kedua. Raja Ilya dan suami, Trent Garret turut dikurniakan seorang cahaya mata, Talita Love Garret, yang kini berusia dua tahun.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...