Bila semua urusan pagi hari, lebih-lebih lagi selepas berjuang hantar anak ke sekolah, itulah masa mak-mak melepaskan penat lelah.
Tak perlu jauh-jauh, cukup hanya dalam kereta itu sudah memadai bagi seorang wanita bergelar ibu. Dapat melepaskan lelah dan berlama-lamaan dalam kereta dirasakan sudah cukup membahagiakan.
Ini yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif. Biarkan isteri kita melepaskan lelahnya. Beri dia masa.
Isteri saya ni bila dia penat sangat dia akan ‘bersembunyi’ dalam kereta. Kadang dia main handphone, kadang dia baca buku.
Ads
Dan saya akan biarkan je isteri saya di dalam kereta dan saya takkan ganggu dia sampai la dia keluar sendiri.
Sebab walaupun isteri saya ni nampak macam Extrovert tapi dia ada sisi Introvert dia. Semua orang pun macam tu sebenarnya.
Tak ada orang 100% introvert dan 100% extrovert. Benda ni spektrum sebenarnya.
Jadi saya akan biarkan je isteri saya bersendirian jika itu yang dia perlukan untuk recharge kembali diri dia setelah penat bergelumang dengan anak anak seharian. Sesekali..
Ads
Berikanlah ruang pada pasanganmu untuk berehat. Berikan juga ruang untuk mereka bersendirian.
Masa seorang manusia ada 5 bahagian sebenarnya : 1. Masa untuk agama dan Pencipta 2. Masa untuk orang ramai 3. Masa untuk anak dan keluarga 4. Masa untuk pasangan 5. Masa untuk diri sendiri
Ads
Jadi sesekali biarlah isteri dengan dirinya. Makin dia bahagia dengan dirinya, makin dia mudah bahagia dengan keluarga.
Patutlah Viral, Banyak Khasiat Rumput Siti Khadijah, Peniaga Kongsi Tip Elak Serangan Serangga Perosak
Sejak akhir-akhirnya ramai yang mencari pokok viral ini iaitu Rumput Siti Khadijah. Ramai yang membeli pokok ini untuk di tanam di halaman rumah kerana khasiatnya.
Pokok ini didakwa mempunyai banyak manfaat yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit.
Menarik dengan perkongsian seorang peniaga ini Maizah Jalil.Rezeki setelah pokok ini viral, dia tidak menyangka tanaman itu habis dengan pantas.
Dalam itu, dia juga berkongsi tip penjagaan untuk mengelak pokok itu serangan serangga perosak.
Bagi yang belum mengetahui khasiat pokok ini, ikuti juga manfaat yang dikongsinya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Rumput Siti Khadijah (RSK) tetiba satu dua hari ni permintaannya tinggi. Yg whasap utk pos lain, yg dekat memang minta dtg sendiri ambil di kebun Melaka.
Alhamdulillah pagi ni dah terima kunjungan dari orang Melaka. Menurut beliau, maknya yang syorkan.
Yang datang beli sendiri in sha Allah jika untuk perubatan saya akan bagi lebih daun dgn akar, sbb nak amalkan minum hari2 kena ada banyak sambil tu dah guna daun, bolehlah tanam keratan batangnya.
TIP ELAK SERANGAN SIPUT
Dalam pada itu, peniaga ini kongsi tip elak serangan siput. Dia memberitahu dengan mengantung atau meletakkan pokok itu di tempat yang tinggi dapat mengelak serangan siput.
Siput sangat suka daun ni. Untuk elak dari serangan siput boleh gantung atau letak tempat tinggi yang keadaan naung sikit dan jgn lupa siram dan baja.
Semoga dengan izin Allah RSK ni dapat membantu proses rawatan sakit yang kita alami…aamiin
INI KHASIATNYA!
Rumput Siti Khadijah ni banyak khasiatnya Nama lain Beijing Grass/Rumput China ni antara khasiatnya: – Meningkatkan Sistem Imunisasi badan, – Membantu dlm rawatan kanser – Melegakan demam dan ulcer, – Membantu utk membersih “Lymphatic System”, – Membersih serta detox buah pinggang, – Membantu mengurangkan sakit akibat rawatan radiasi & Chemo therapy
Cara pengambilan biasa:
Ambil 3 helai daun RSK seeloknya yg telah 3 bulan ditanam. Cuci dan potong2 dlm mug, tuang air panas, tutup dgn piring, bila suam baru minum. Minum pagi semasa perut kosong atau malam sebelum tidur.
RSK bukan menyembuh kanser. Tapi sebagai rawatan sampingan Walaubagaimana pun pengambilan RSK semasa chemotherapy dan radiotheraphy adalah digalakkan kerana RSK membantu mengurangkan side effects chemotherapy dan radiotheraphy .
Tapi…. Yang tak senang tu bila nak mengelak jari dari tercucuk dek muncung udang tu! Sakit tau!
Haaa tahu tak, tercucuk udang tu sebenarnya bahaya? Selalu kita anggap halah tercucuk, letak minyak dah ok dah!
Tak ye! Kalau salah/lambat rawat. Boleh menyebabkan nyawa kita sendiri yang terancam. Seperti yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia ni. Jom ikuti perkongsiannya.
Seorang lelaki terluka jarinya semasa menyiang udang. Tidak luka teruk pun, hanya tercucuk dan berdarah sedikit.
Ini bukan kali pertama dia tercedera ringan semasa menyiang udang / ikan. Selepas pendarahan berhenti, beliau terus menyambung melakukan tugas rutin seperti biasa.
Keesokan harinya lelaki malang ini mula alami gejala demam dan hujung jarinya menjadi bengkak dan kehitaman. Dia segera ke hospital dan di jabatan kecemasan doktor mengesahkan dia menghidap Necrotizing Fascitis iaitu sejenis jangkitan kuman SERIUS.
Tidak sampai beberapa jam, jarinya bertukar menjadi lebih hitam tanda bakteria itu sudah mula memakan daging di hujng jaringa. Ya, bakteria ini juga dikenali sebagai “Bakteria Pemakan Daging” .
Pembedahan kecemasan perlu dilakukan segera untuk membuang bahagian otot yang telah dimakan bakteria. Jika lambat bertindak, kuman boleh masuk merebak dan lelaki ini mungkin hilang tangan atau seluruh lengan! Lebih serius, kuman boleh masuk ke darah dan menyerang organ organ penting.
Pesakit ini bertuah kerana dia datang ke hospital awal. Jika lewat, mungkin nyawanya terancam. Luka di tangannya mengambil masa lama untuk sembuh, tetapi apa yang lebih penting, nyawanya dapat diselamatkan.
Bakteria yang sering ada di haiwan laut ini namanya Vibrio Vulnifikus. Ia menjangkiti manusia apabila tercedera semasa menyiang ikan/ udang. Ia juga boleh menjangkiti penyelam yang ada luka terdedah di kulitnya atau apabila makanan laut dimakan mentah.
Pengajaran
✔️ Elakkan kecederaan semasa menyiang ikan / udang
✔️ Pakai sarung tangan utk elak cedera
✔️ Jika terluka, basuh dengan air sabun deangan cepat. Jangan picit atau ikat hujung jari
✔️ Jika ada gejala demam, bengkak, kulit bertukar warna, dapatkan rawatan segera
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sepanjang cuti Tahun Baru Cina ini, sudah pastinya kita begitu teruja untuk menikmati buah limau mandarin. Begitu juga dengan anak-anak.
Namun bila terlebih makan, mulalah anak-anak batuk dan sakit tekak. Benarkah limau ini boleh menyebabkan batuk dan sakit tekak?
Benar. Kulit limau Mandarin mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet (dalam bentuk gas atau garam terbitan) pada buah limau Mandarin bertujuan mengekalkan kesegaran dengan mengelakkan kulitnya berubah keperangan, juga menghalang pertumbuhan kulat.
Namun, jumlah SO2 yang digunakan adalah sedikit iaitu tidak melebihi dari dos yang dibenarkan (30 mg/kg) oleh badan bertanggungjawab antarabangsa.
SO2 dalam kuantiti yang sedikit ini pada kulit limau, tidak akan mendatangkan bahaya kerana badan kita mampu untuk detox secara semulajadi. Ianya selamat, sebab itu ianya dibenarkan sebagai pengawet pada makanan.
Ada individu yang sangat sensitif kepada SO2 terutamanya mereka yang mempunyai penyakit asthma berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.
Cuma biasanya pada kotak limau Mandarin tiada dilabel penggunaan bahan kimia SO2 ini.
Cuci dulu sebelum makan
Maka, cara mudah untuk membuangnya adalah mencuci terlebih dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan. Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air (H2O) membentuk bahan kimia asid sulfurus, sejenis asid lemah.
SO2(g) + H2O(l) –> H2SO3(aq)
Merendam seketika (10 minit) dengan air garam/ baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga.
Untuk individu yang kuat sistem daya tahan badannya, tiada masalah untuk kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini. Di sinilah perlunya kita memerhati dan ambil tahu tindakbalas badan sendiri terhadap apa juga jenis makanan yang dimakan.
Ingat, tidak semestinya jika anda terkesan dengan SO2, orang lain juga akan mengalami kesan yang sama.
Musim perayaan ini, berpada-padalah ya. Jika badan sudah mula memberikan maklumbalas, maka sedarlah. Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!
Fakta menarik mengenai bahan kimia semulajadi dalam limau Mandarin:
• Rasa manis isi limau disumbangkan oleh gula ringkas semulajadi seperti fruktosa, glukosa dan sukrosa. Rasa masam pula disumbangkan oleh bahan kimia bersifat asid terutamanya asid sitrik. Rasa manis dan masam ini perlu seimbang untuk memberikan rasa limau yang sedap dinikmati.
• Isi limau Mandarin kaya dengan serat, protein dan pelbagai jenis vitamin (A, B, C, E), serta mineral (kalsium, magnesium, phosporus, potassium). Ianya juga kaya dengan fitokimia bersifat antioksida seperti flavonoids dan phenolic acids.
• Warna oren kekuningan limau Mandarin adalah disumbangkan oleh bahan kimia pigmen beta-cryptoxanthin.
• Bau limau Mandarin adalah disebabkan oleh bahan kimia meruap seperti thymol, dimethylanthranilate, gamma-terpinene dan beta-pinene yang terbebas semasa kulitnya dikupas.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.