Rupanya Potongan Bawang Ada Pelbagai Jenis, Ikut Pada Resipi Dan Hidangan, Kalau Salah Potong Akan ….

Share

Baru-baru ini tular sebuah posting dari seorang pengguna Facebook Mohammad Faeez Harith yang memberitahu mengenai jenis-jenis potongan bawang.

Mesti ramai yang tak pernah terfikir kenapa hidangan yang berbeza memerlukan jenis potongan yang berbeza? Potongan bawang untuk sambal lain, goreng biasa lain, untuk masak stim pun lain dan begitulah sebaliknya.

Ada juga yang mengatakan, kalau silap potong bawang ikut resipi yang ingin kita masak, maka lainlah rasa masakan tersebut. Betul ke?

Pernah juga, sewaktu merewang untuk kenduri jiran setaman, ada makcik yang minta untuk ‘mayang’ bawang. Pasti ramai yang tak pernah dengar kan nama jenis potongan bawang tersebut?

Sebenarnya cara potong masing-masing ada nama, kegunaan dan masanya tertentu untuk guna. Sesetengah potongan tak sesuai untuk sesetengah resipi.

Berikut adalah nama bagi jenis potongan bawang bagi bawang merah.

1) Potong
Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang.
Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.

2)Gegelung
Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki.Potongan gini biasa untuk masak kicap, masak merah.

3)Mayang
Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.

4)Belah
Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.

5)Baji
Juga disebut ‘wedges’ dalam B.Inggeris. Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dsb.Juga untuk kebab.

6)Hiris
Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang.Untuk ditumis atau dibuat ulam / rencah sambal/budu/cencaluk dsb.

7) Dadu
Biasanya untuk buat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.

8) Dadu kecil / cincang kasar
Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dsb.

9) Cincang
Untuk perapan, tumisan dsb.

Penting ke potongan ni semua? Sesetengah resipi, penting sebab lain cara potong boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak.Jadi kena teliti resipinya sebelum mula memotong.

Jenis-Jenis Potongan Bawang Putih

Bawang putih ada beza juga ke cara potong? Ada tapi tak ketara sangat pun dan kebanyakan masa tak payah susah hati sangat.

Cuma kena ingat bawang putih lagi cepat hangit, kena jaga-jaga. Pertama kena kenal dulu banyak mana bawang putih nak diguna.

Ini dipanggil satu labu/selabu. Dalam satu labu ada 1-15 ulas bawang putih, tengok keadaan. Dalam B.Inggeris kita panggil ni ‘bulb’.’

1) Ulas – Bahagian dari selabu. Dalam B.I kita sebut ‘cloves’
2) Ketuk – Yang ini paling senang, hampir semua masakan boleh guna gaya ni.
3) Mayang – Potongan melintang. Biasa untuk buat bawang putih goreng untuk hiasan atau masakan tumis.
4) Hiris – Lebih kurang je dengan mayang, cuma dia menegak.
5) Racik kasar/mancis – Ini biasa untuk buat sos, masak stim/kukus, goreng, dan lain-lain.
6) Racik halus – Pun tak jauh beza dengan racik kasar. Tak banyak resepi pun guna potongan ni.
7) Dadu

– Untuk sos, tumis, nasi goreng dan lain-lain.
8) Cincang – Untuk sos, tumis dan lain-lain.

Macam aku sebut kat atas, bawang putih cepat hangit, jadi kena jaga api masa menumis. Satu lagi, bawang putih lepas dipotong baru baunya lagi naik bila masak, jadi potong awal sebelum masuk kuali/periuk.

Bukan sahaja bawang merah, tetapi nama untuk potongan bawang putih pun ada tau! Bentuk mereka berbeza dan haruslah ada perbezaan cara potong. Mujurlah ada perkongsian tentang nama potongan bawang ni, kalau tak jenuh terkial-kial depan mak mertua kan?

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Kredit: Mohammad Faeez Harith