Baru-baru ini tular sebuah posting dari seorang pengguna Facebook Mohammad Faeez Harith yang memberitahu mengenai jenis-jenis potongan bawang.
Mesti ramai yang tak pernah terfikir kenapa hidangan yang berbeza memerlukan jenis potongan yang berbeza? Potongan bawang untuk sambal lain, goreng biasa lain, untuk masak stim pun lain dan begitulah sebaliknya.
Ada juga yang mengatakan, kalau silap potong bawang ikut resipi yang ingin kita masak, maka lainlah rasa masakan tersebut. Betul ke?
Pernah juga, sewaktu merewang untuk kenduri jiran setaman, ada makcik yang minta untuk ‘mayang’ bawang. Pasti ramai yang tak pernah dengar kan nama jenis potongan bawang tersebut?
Sebenarnya cara potong masing-masing ada nama, kegunaan dan masanya tertentu untuk guna. Sesetengah potongan tak sesuai untuk sesetengah resipi.
Berikut adalah nama bagi jenis potongan bawang bagi bawang merah.
1) Potong
Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang.
Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.
2)Gegelung
Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki.Potongan gini biasa untuk masak kicap, masak merah.
3)Mayang
Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.
Ads
4)Belah
Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.
5)Baji
Juga disebut ‘wedges’ dalam B.Inggeris. Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dsb.Juga untuk kebab.
6)Hiris
Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang.Untuk ditumis atau dibuat ulam / rencah sambal/budu/cencaluk dsb.
7) Dadu
Biasanya untuk buat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.
8) Dadu kecil / cincang kasar
Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dsb.
9) Cincang
Untuk perapan, tumisan dsb.
Ads
Penting ke potongan ni semua? Sesetengah resipi, penting sebab lain cara potong boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak.Jadi kena teliti resipinya sebelum mula memotong.
Jenis-Jenis Potongan Bawang Putih
Bawang putih ada beza juga ke cara potong? Ada tapi tak ketara sangat pun dan kebanyakan masa tak payah susah hati sangat.
Cuma kena ingat bawang putih lagi cepat hangit, kena jaga-jaga. Pertama kena kenal dulu banyak mana bawang putih nak diguna.
Ads
Ini dipanggil satu labu/selabu. Dalam satu labu ada 1-15 ulas bawang putih, tengok keadaan. Dalam B.Inggeris kita panggil ni ‘bulb’.’
1) Ulas – Bahagian dari selabu. Dalam B.I kita sebut ‘cloves’ 2) Ketuk – Yang ini paling senang, hampir semua masakan boleh guna gaya ni. 3) Mayang – Potongan melintang. Biasa untuk buat bawang putih goreng untuk hiasan atau masakan tumis. 4) Hiris – Lebih kurang je dengan mayang, cuma dia menegak. 5) Racik kasar/mancis – Ini biasa untuk buat sos, masak stim/kukus, goreng, dan lain-lain. 6) Racik halus – Pun tak jauh beza dengan racik kasar. Tak banyak resepi pun guna potongan ni. 7) Dadu – Untuk sos, tumis, nasi goreng dan lain-lain. 8) Cincang – Untuk sos, tumis dan lain-lain.
Macam aku sebut kat atas, bawang putih cepat hangit, jadi kena jaga api masa menumis. Satu lagi, bawang putih lepas dipotong baru baunya lagi naik bila masak, jadi potong awal sebelum masuk kuali/periuk.
Bukan sahaja bawang merah, tetapi nama untuk potongan bawang putih pun ada tau! Bentuk mereka berbeza dan haruslah ada perbezaan cara potong. Mujurlah ada perkongsian tentang nama potongan bawang ni, kalau tak jenuh terkial-kial depan mak mertua kan?
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Kredit: Mohammad Faeez Harith
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak pastikan pokok yang ditanam hidup subur dan mengeluarkan hasil yang banyak, ikjut tip yang dikongsikan ini. Caranya cukup mudah dengan menghasilkan Air Penggalak bagi memastlkan Pokok Cili yang ditanam akan berbuah dengan lebat dan tahan penyakit.
Caranya sangatlah mudah dan hanya memerlukan beberapa bahan di dapur sahaja. Menurut saudara Izham Alias pokok cili memerlukan air penggalak tanaman yang bertindak sebagai penguat ketahanan kepada ketahanan pokok dari serangan serangga dan penyakit lain.
Antara bahan membuat air penggalak adalah :
Tanaman cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.
Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok cili kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.
CARA BUAT PENGGALAK TANAMAN UNTUK POKOK CILI
Bahan:
Belacan – 100g
Gula molases / gula merah – 100g
Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
Cara buat:
Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut. Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati. Tutup dengan kain kasa bekas tersebut. Peram selama sebulan. Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.
Cara guna:
10 mL pati + 2 L air biasa Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi.
Kuih seri muka antara kuih tradisional yang ramai ‘pengikutnya’. Rasa lemak-lemak pulut dan santan menjadikan kuih seri muka antara kuih yang kegemaran pelbagai peringkat usia. Bagaimanapun mungkin ada yang beranggapan membuat kuih seri muka agak renyah.
Sebenarnya tak susah mana pun asalkan kita tahu tip yang boleh dipratikkan ketika memasak. Seperti resipi yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha hanya menggunakan sukatan cawan. Mudah sangat nak buat!
Jom kita buat kuih seri muka ikut sukatan cawan. Gerenti menjadi dan rasa pun sedap.
Resipi Kuih Seri Muka Ikut Sukatan Cawan
RESIPI KUIH SERI MUKA
Bahagian bawah
3 cawan pulut
2 cawan santan
Secubit garam
Cara membuat:
Cuci pulut toskan.
2. Masukkan santan dan garam.
3. Kukus dalam talam selama 25minit kemudian angkat.
4. Penyek-penyek hingga padat.
Bahagian atas
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air pandan (kisar daun pandan)
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Secubit garam
Elok Cantik ‘Kejadian’
Cara membuat:
Masukkan semua bahan-bahan.
2. Kisar hingga adunan halus.
3. Kemudian masukkan ke dalam pulut yang telah dipadatkan.
Penggunaan yis penting terutama dalam menyediakan doh untuk donut, roti dan sebagainya. Tidak hairanlah ada yang doh tak naik disebbakan salah cara guna yis.
Sebab itu, sebelum guna kena uji terlebih dahulu yis sama ada aktif atau tidak. Caranya cukup mudah, hanya menggunakan sudu plastik je. Ini yang dikongsikan oleh Erah Syahirah.
Nak share cara sy test yis , kalau roti x naik. Yis dah mati, Sebelum buat roti kita test dlu yis aktif ke tak dgn sudu plastik 😊 kalau melekat mcm dlm video tu tandanya yis aktif.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.