Rupanya Pokok Semalu Bantu Elak Kubis Bunga Diganggu Tikus. Kucing Pun Takut Nak Dekat Durinya Tajam!

Share

Pelbagai petua atau tip yang kita boleh praktikkan bagi mengelakkan tanaman atau pokok sayuran kita menghadapi serangan haiwan seperti tikus.  Saudari Pauline Choi menerusi  grup Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri berkongsi petua mudah dengan menggunakan pokok semalu. Jom kita cuba petua mudah ini!

Saya tanam pokok Semalu berdekatan laluan tikus dan dekat tanaman untuk menghalang tikus dtg memakan pokok kubis dan cauliflower saya. Tikus sangat takut pada pokok Semalu kerana ia mempunyai duri tajam yg berbentuk cangkuk.

Tikus binatang bijak dia tak akan makan racun tikus. Pokok Semalu ini juga sangat berkhasiat pada kesihatan (anda cari sendiri di google). Ia tumbuhan meliar ditepi jalan. Banyak didapati dibatas sawah seolah ia tumbuhan penghalang tikus dtg memakan pokok padi pesawah.

Kalau nak tanam dlm pasu pastikan pasu rendah jadi ia dpt menjalar keatas lantai atau tanah. Kucing jiran dah lama tak dtg berak dlm pasu sayur, tau takut dia dengan duri Semalu 😊