
Pelbagai petua atau tip yang kita boleh praktikkan bagi mengelakkan tanaman atau pokok sayuran kita menghadapi serangan haiwan seperti tikus. Saudari Pauline Choi menerusi grup Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri berkongsi petua mudah dengan menggunakan pokok semalu. Jom kita cuba petua mudah ini!
Saya tanam pokok Semalu berdekatan laluan tikus dan dekat tanaman untuk menghalang tikus dtg memakan pokok kubis dan cauliflower saya. Tikus sangat takut pada pokok Semalu kerana ia mempunyai duri tajam yg berbentuk cangkuk.
Tikus binatang bijak dia tak akan makan racun tikus. Pokok Semalu ini juga sangat berkhasiat pada kesihatan (anda cari sendiri di google). Ia tumbuhan meliar ditepi jalan. Banyak didapati dibatas sawah seolah ia tumbuhan penghalang tikus dtg memakan pokok padi pesawah.
Kalau nak tanam dlm pasu pastikan pasu rendah jadi ia dpt menjalar keatas lantai atau tanah. Kucing jiran dah lama tak dtg berak dlm pasu sayur, tau takut dia dengan duri Semalu 😊
Cara Mudah Nak Buat Homemade Hand Sanitizer, Guna Dua Bahan Ni Dengan Modal RM11.70 Jer. Cukup Jimat!

Wabak Covid-19 gelombang kedua kian mengganas. sehingga kini sudah menyaksikan kes semakin meningkat kepada 93 kes. Jadi orang awam diingatkan terus kekal dengan amalan sebelum ini iaitu menjaga kebersihan diri seperti kerap membasuh tangan menggunakan sabun dan air dan gunakan ‘hand sanitizer’.
Namun, ada yang mengambil kesempatan menaikkan harga terutama bagi Hand Sanitizer dan juga topeng muka. Biarpun pihak berkuasa ada mengeluarkan amaran namun, ada yang masih berdegil. Tak kurang juga akibat kerisauan terhadap wabak yang semakin meruncing ini, ramai yang membeli barangan tersebut dengan kuantiti yang banyak. menyebakan kekurangan stok.
Justeru, saudara Ir Abdul Rahman Bahasa menerusi laman facebooknya berkongsi cara membuat sendiri hand sanitizer dengan modal yang cukup murah. Jom kita cuba!
COVID-19:CARA MUDAH NAK BUAT HOME MADE HAND SANITIZER
.
Semalam,saya borak2 ngan member pasal wabak COVID-19 kt Malaysia. Yes, agak critical sekarang ni. Setakat pukul 6.00pm tadi 93 orang confirm infected kat Malaysia berbanding ngan semalam hanya 83orang. Meningkat 10 lagi kes😣. 23 orang dah fully recovered👍🏻.
.
Korang boleh check dekat web ni: https://www.coronatracker.com/?country_code=MY
.
Semalam jugak, member ada highlight pasal susah betul nak cari instant hand sanitizer sekarang.
.
Kalau ada pun, harga untuk antabax hand sanitizer 50ml yg biasa beli RM4.80 dah jadi RM8.00!!😱😱.
.
So, hari ni masa saya habis nak cari hand sanitizer je sebab stock hand sanitizer saya nak habis dah. BUT SEMUA SOLD OUT!😩
.
Tapi bila saya tiba di satu pharmacy ni. Ada benda yg saya rasa bagus untuk di share ngn korang. Yes, macam tajuk posting ni.
CARA MUDAH NAK BUAT HOME MADE HAND SANITIZER.
.
Ni bahan2 nya mengikut suggestion pharmacy tu:
1.Dettol
2.Sterile Water
Cara2 nak buatnya pulak:
.
Campurkan..20% Dettol, 80% sterile water.
.
So, kalau nak buat 100ml hand sanitizer guna sukatan ni.. 20ml Dettol, 80ml sterile water.
.
Kalau nak buat 50ml hand sanitizer guna sukatan ni.. 10ml Dettol, 40ml sterile water.
.
Korang boleh lah sukat guna picagari atau lain2 alat sukatan yang bersesuaian ye..
.
Then finally letak dalam botol spray. Korg leh guna je botol2 spray kosong yg korg ada.
.
Tapi, ikut pharmacy tu. FORMULA NI HANYA SESUAI UNTUK ORANG DEWASA DAN KANAK2 UMURNYA 10 TAHUN KE ATAS JE TAU. INI DISEBABKAN ATAS FAKTOR KETEBALAN KULIT.
.
Dettol nye effect agak kuat jugak. Takut ada effect dekat kulit kanak2 yg umurnya bawah 10tahun.
.
Kalau kita cerita kos pulak, xda lah mahal sangat..
.
500ml sterile water: RM6.90
50ml Dettol: RM4.80
Total: RM11.70.
.
Dengan kos RM11.70.Boleh lah buat 5 botol 50ml hand sanitizer.
.
Kalau dengan harga semasa RM8.00 sebotol 50ml hand sanitizer. Total kos 5 botol, RM40. Tapi buat sendiri pakai formula Dettol+Sterile Water ni. Boleh lah SAVE RM28.30!
.
Dari tak ada langsung. OK jugak lah option ni.
.
Anyway, yg paling penting kita kena jaga kebersihan guys!
.
Kalau korang tak nak buat hand sanitizer versi Dettol+Sterile Water ni;
.
-Kerap2 lah basuh tangan
-Elakkan berada di tempat awam. Kalau terpaksa juga terdedah dekat tempat awam. Jangan lupa pakai mask ye!
.
Moga kita terhindar dari dijangkiti wabak COVID-19 ni.. Amin.. 🤲🏻🤲🏻
.
Moga bermanfaat😉
.
Assalam
Ir. Abdul Rahman Bahasa
07 March 2020
#Covid19 #HomeMadeSanitizer
Sedekah Ramadan. F&NBH Sasar Bantu 10,000 Keluarga, ‘Frontliners’ & Golongan Memerlukan!

Ramadan adalah simbolik bulan penuh kebaikan, mengejar pahala dan melakukan amal kebaijkan. Maka tidak hairanlah ramai antara kita membudayakan pemberian sedekah bagi membantu orang yang dalam kesusahan agar dapat meringankan beban yang ditanggung di bulan yang mulia ini.
Menyentuh tentang sedekah, apa yang pasti ia tidak terhad pada wang ringgit semata-mata. Bahkan pemberian berupa barangan, makanan dan minuman juga amat digalakkan. Ini sebagaimana yang dilaksanakan oleh Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB)
Ramadan adalah simbolik bulan penuh kebaikan, mengejar pahala dan melakukan amal kebaijkan. Oleh itu Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB), menerusi jenama ikoniknya 100PLUS – minuman isotonik No. 1 di Malaysia, akan menyumbangkan satu juta barangan produk dan barangan keperluan kepada barisan hadapan negara, keluarga dan individu yang kurang bernasib baik melalui kempen ‘Tabahkan Hatimu, Sinarkan Ramadanmu’. F&NHB juga akan memberi bantuan kepada 10,000 keluarga daripada golongan B40 di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak sepanjang bulan mulia ini.
Melalui program ini, lebih 500,000 produk F&N termasuk minuman 100PLUS dan kotak makanan khas disalurkan kepada barisan hadapan di hospital, balai polis dan balai bomba untuk mereka berbuka puasa bagi memastikan mereka kekal hidrat dan bertenaga semasa melaksanakan tugas mereka. F&NHB telah bekerjasama dengan usahawan makanan tempatan bagi memastikan mereka mendapat sokongan bagi menjana pendapatan dan seterusnya mengekalkan perniagaan mereka di saat getir ini.
F&NHB juga akan mengedarkan bantuan makanan kering seperti beras, minyak masak, tepung, gandum berserta produknya seperti minuman isotonik 100PLUS, Teh dan Susu Soya F&N SEASONS, Susu UHT F&N Magnolia dan Tin Susu F&N kepada lebih 10,000 keluarga termasuk mereka yang tiada tempat tinggal, rumah jagaan anak yatim dan orang tua. Selain daripada itu, F&NHB juga akan mengedarkan keperluan penting yang lain seperti topeng muka, cecair sanitasi tangan dan lampin dewasa kepada yang memerlukan.
Pengerusi F&NHB, Tengku Syed Badarudin Jamalullail berkata, “Tahun ini, kita harus tabah dan kuat menyambut Ramadan dalam situasi yang diuji virus COVID-19 yang melanda seluruh negara dan juga dunia. Program “Tabahkan Hatimu, Sinarkan Ramadanmu” mensasarkan untuk berkongsi rezeki, kegembiraan dan keberkatan Ramadan bersama komuniti yang kurang bernasib baik dan juga wira dan wirawati negara yang berpenat lelah setiap masa dalam memastikan keselamatan negara ketika krisis ini.
“Kami juga ingin memberi penghargaan kepada wira dan wirawati barisan hadapan di atas usaha keras, dedikasi dan pengorbanan mereka bagi melawan COVID-19 demi keselamatan dan kesejahteraan negara. Kami berharap sumbangan kami dapat meringankan beban dan serba sedikit mereka dapat merasai nikmat juadah panas ketika berbuka puasa,” kata Tengku Syed Badarudin.
Memandangkan sambutan Ramadan dan Hari Raya tahun ini berbeza daripada sebelumnya, F&NHB menawarkan pakej khas rangkaian produknya di F&N Life, kedai dalam talian yang memberikan lebih faedah kepada rakyat Malaysia. Kini, mereka boleh masak sajian kegemaran yang dulunya boleh dibeli di Bazaar Ramadan dan menikmatinya dengan selesa di rumah sendiri.
Tambah Tengku Syed Badarudin lagi, “F&NHB ingin menyebarkan mesej kebaikan kepada rakyat Malaysia, agar di bulan ini kita dapat bangkit dengan penuh ketabahan, harapan dan kegembiraan dalam menangani krisis ini bersama.”
Sejak tercetusnya wabak COVID-19 di Malaysia, F&NHB telah menyumbangkan lebih 200,000 barangan produk bagi menyokong komuniti yang terkesan akibat krisis ini dan memastikan barisan hadapan negara sentiasa hidrat dan bertenaga – di Semenanjung dan Malaysia Timur.
F&N amat sinonim dengan musim perayaan di Malaysia kerana produknya bukan sahaja popular dengan jamuan dan keraian sepanjang tahun, tetapi ia juga mengembalikan nostalgia. Program ‘Tabahkan Hatimu, Sinarkan Ramadanmu’ adalah sebahagian daripada inisiatif tahunan F&NHB semasa bulan Ramadan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2004. Usaha murni ini bertujuan untuk membantu golongan kurang bernasib baik agar mereka dapat merasai kenikmatan Ramadan dan dalam masa yang sama mengeratkan ikatan silaturrahim rakyat Malaysia dari pelbagai budaya dan peringkat masyarakat.
Tip Kemas Rumah Menjelang Raya, Begini Cara Mop Lantai Rumah Paling Tepat. Bukan Je Harum, Malah Kekal Bersih!

Menjelang raya aktiviti mengemas seluruh rumah menjadi keutamaan. Lantai boleh dikira sebagai perkara utama ibu-ibu kena berikan perhatian.
Lantai berminyak memang memerlukan cara dan teknik yang teliti. Walaupun sudah dimop dengan pencuci lantai namun kesan minyak akibat proses memasak sememangnya sukar untuk ditanggalkan.
Selain cara mop yang salah mungkin juga anda terlupa untuk melakukan empat langkah ini ketika mengemop lantai. Empat cara ini anda kena tahu bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.
Anda perlulah mencuba tip yang diberikan ini. Selain harum insyaallah lantai anda juga kekal bersih untuk tempoh yang lama.
Mulakan langkah dengan menyapu seluruh kawasan rumah dengan bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dikumpulkan terlebih dahulu. Ini penting supaya proses mengemop tidak terganggu.
Langkah 1 -Air Panas & Cuka
Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Mopkan keseluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan ketika proses mengemop. Biarkan seketika sehingga kering.
Langkah 2 – Cecair Peluntur
Jika suka anda boleh juga menggunakan cecair peluntur seperti Clorox dalam bancuhan namun gunakan sedikit sahaja kerana ia meninggalkan bau yang agak kuat. Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan moplah seperti biasa. Biarkan kering.
Langkah 3 – Pencuci Harum
Kemudian buat bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran. Pastikan pencuci ini jangan tersalah beli. Belilah pencuci yang harum seperti berbau bungaan seperti ros atau lemon. Ada sesetengah bau pencuci lantai yang berbau kurang enak dan buat kita rasa tidak selesa. Mopkan keseluruhan lantai dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.
Langkah 4 – Air Bersih
Akhir sekali barulah dibilas dengan air bersih ke seluruh lantai. Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan. Moplah seperti biasa dan biarkan hingga kering. Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin dan bersih.
Tip
* Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
* Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana kawasan ini luar biasa minyaknya.
* Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
* Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lebih cepat kering.