Hati ibu bapa mana yang tidak dijentik pilu bilamana anak yang ditatang bagai minyak yang penuh pergi dahulu. Kegembiraan menyambut ahli baru dalam keluarga hanya seketika. Arwah adik Dhalia Nur Imanni hanya ‘dipinjamkan’ selama 56 hari sebelum ‘diambil’ kembali. Arwah disahkan mempunyai masalah kebocoran pada injap jantung ketika dalam kandungan lagi.
Pada awalnya, ibu ini tidak sedar memandangkan anaknya menjalani kehidupan normal seperti bayi lain. Suatu hari, anaknya tiba-tiba lemah longlai dan biru. Luahan ibu ini buat ramai sebak. Semoga terus tabah.
Asyik tak lena tidur memang buat ramai tak selesa sehingga menjejaskan rutin harian. Tanpa kita sedar ia sebenarnya ia merupakan merupakan penyakit gangguan tidur yang dikenali sebagai Insomnia.
Ia merupakan satu gangguan yang akan menyebabkan seseorang individu mengalami kesukaran untuk tidur, sukar tidur lena, kerap terjaga atau mudah terjaga walaupun mempunyai masa yang mencukupi untuk tidur.
Menurut Psikologi Klinikal Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Michelle Chong Hui Yi, insomnia merupakan satu isu yang tidak harus diketepikan malah perlu ditangani kerana ia akan memberi impak negatif, khususnya dari segi kesihatan badan dan mental sehingga menjejaskan kehidupan seharian.
Selain tidak dapat memberi tumpuan dalam kehidupan seharian, insomnia juga akan menjejaskan perasaan dan emosi, menimbulkan perasaan gelisah malah boleh menyebabkan individu yang berdepan dengan masalah tersebut menghidapi penyakit jantung, diabetes jenis 2, obesiti dan strok.
“Mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti amat penting untuk memastikan seseorang individu dapat merehatkan badan dan minda. Tidak cukup tidur atau rehat mungkin menyebabkan individu mengalami keletihan pada waktu siang, mudah naik darah, murung dan sukar untuk menumpukan perhatian dalam aktiviti harian,” katanya.
Berdasarkan DSM-5 (Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental, Edisi Kelima), insomnia diklasifikasikan sebagai gangguan tidur-bangun dan untuk mengenal pasti sama ada seseorang individu berdepan dengan masalah insomnia, perlu ada satu aduan utama berkaitan ketidakpuasan terhadap kualiti atau kuantiti tidur bersama sekurang-kurangnya satu daripada gejala berikut:
Mengulas lanjut, insomnia boleh menjadi isu jangka masa pendek atau masalah kronik. Ia boleh berlaku dalam kalangan individu yang terdiri daripada peringkat usia berbeza seperti kanak-kanak, remaja dan dewasa berdasarkan faktor-faktor tertentu. Namun ia lebih kerap berlaku dalam kalangan orang dewasa dan kebiasaannya disebabkan perubahan dalam corak tidur serta pengambilan ubat.
“Dari segi jantina pula, golongan wanita lebih mudah mengalami masalah gangguan tidur, ini mungkin dikaitkan dengan perubahan hormon, mengandung, menopaus dan faktor-faktor lain,” ujarnya.
Insomnia boleh dibahagi kepada beberapa jenis, antaranya:
Faktor yang menyumbang kepada masalah gangguan tidur berbeza bagi setiap individu, antaranya:
Insomnia boleh diubati menerusi pendekatan bukan farmakologi seperti Terapi Kognitif-Tingkah Laku untuk Insomnia (CBT-I), iaitu rawatan bagi mengubah pemikiran serta tingkah laku yang menyumbang kepada masalah insomnia. Kaedah tersebut didapati berkesan dari segi meningkatkan kualiti dan jangka masa tidur.
“Individu yang menghadapi masalah insomnia boleh mendapat nasihat perubatan daripada doktor dan doktor akan merujuk mereka kepada pakar, seperti pakar psikologi atau psikiatri, sekiranya perlu.
“Selain itu, dicadangkan ubah gaya hidup seperti mengamalkan tabiat tidur sihat, bersenam secara kerap bagi membebaskan hormon endorphin dan meningkatkan kesihatan mental, pada masa yang sama mengamalkan aktiviti atau hobi yang boleh mengurangkan stres,” jelas beliau.
Beliau juga berkongsi beberapa petua untuk meningkatkan kualiti hidup, antaranya:
Sekiranya seseorang individu masih mengalami masalah gangguan tidur selepas mengamalkan petua berkenaan, beliau menasihati mereka supaya mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan atau pakar-pakar lain yang berkaitan.
“Individu yang mengalami isu gangguan tidur perlu bersabar kerana menambah baik tabiat tidur dan mengatasi masalah insomnia mungkin mengambil masa.
“Bersabar dengan diri anda dan terus amalkan tabit tidur sihat dan berkualiti demi kesejahteraan hidup secara menyeluruh,” katanya.
Terima kasih: Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua ibu bapa inginkan anak yang cerdas. Oleh itu salah satu cara untuk merangsang minda anak adalah melalui pemakanan.
Tahukah anda kecerdasan anak bukan saja dipengaruhi faktor genetik tetapi enam faktor pemakanan ini juga sangat merangsang cara anak berfikir lebih pantas daripada hasil serapan nutrisi yang diambil setiap hari.
1. Ikan salmon
Ikan yang mengandung lemak seperti salmon merupakan sumber terbaik lemak omega-3, EPA dan DHA keduanya penting dalam pertumbuhan dan perkembangan fungsi otak.
2. Telur
Ini makanan paling jimat dan selamat. Kuning telur terbukti mengandung kolin, zat yang dapat membantu perkembangan memori. Boleh sediakan dalam pelbagai jenis olahan telur untuk pikat selera makan.
3. Kacang tanah (Peanut butter)
Bagus untuk waktu sarapan bagi merangsang mood untuk belajar. Kacang tanah dan peanut butter adalah salah satu sumber vitamin E, antioksidan yang melindungi membran sel saraf. Kandungan thiamin dan vitamin E membantu otak dan sistem saraf dalam penggunaan glukosa untuk membentuk energi yang diperlukan tubuh.
4. Kekacang
Otak perlukan glukosa dari tubuh yang sifatnya konstan sehingga gandum dapat membantu keperluan tubuh dengan kandungan serat yang dihasilkan dari biji-bijiannya. Serat yang terdapat pada biji-bijian akan membantu dalam mengatur pelepasan glukosa di dalam tubuh. Kandungan vitamin B yang ada di dalam gandum akan menjaga sistem saraf untuk berfungsi sihat.
5. Oat / Oatmeal
Oat mampu suntik energi untuk otak, oatmeal sangat tepat jika dikonsumsi setiap pagi. Kandungan serat di dalam oat atau oatmeal mampu menjaga kesihatan dan kecerdasan.
6. Jenis Buah
Warna yang ada di dalam buah ceri, kurma, blackberi, strawberi dan blueberi mengandungi gizi yang baik untuk kecerdasan otak anak. Kandungan dari ekstrak strawberi dan blueberi mampu memperbaiki fungsi daya ingatan. Biji dari buah beri kaya dengan lemak omega-3 yang sangat diperlukan dalam kesehatan otak terutama kecerdasan.
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Ramai antara kita mahu memiliki berat badan ideal. Bukan sahaja untuk nampak langsing dan cantik, apa yang lebih penting dapat memiliki tubuh badan yang sihat dan boleh bergerak aktif.
Hakikatnya mencapai berat badan ideal tentu ada langkah-langkah yang perlu diamalkan dab pastinya ada cabarannya yang tersendiri. Jika salah teknik bimbang pula membawa bahaya.
Jadi apa kata nak lagi mudah ikut saranan doktor ini.
CARA MUDAH TURUNKAN BERAT BADAN
1. Minum air kosong secukupnya. Sekurang2nya 2.5-3.0 L sehari untuk dua minggu pertama. Individu yang kurang minum, akan berasa cepat lapar.
2. Banyak makan buah-buahan dan kekacang sebagai kudapan. Ambil segenggam kekacang, atau sebiji dua epal yang dipotong, setiap kali lapar.
3. Makan banyak sayur bila makan berat, sekurang-kurangnya setengah pinggan. Ambillah satu atau dua jenis sayur sama ada ulaman, yang dicelur, direbus atau ditumis.
4. Kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas seperti nasi putih dan produk tepung putih. Gula putih tinggalkan sama sekali. Semakin sedikit kuantiti karbohidrat ringkas yang ditinggalkan, semakin cepat kita kehilangan berat badan secara sihat dan tidak rasa cepat lapar. Saya meninggalkan mengambil nasi putih 3 bulan pertama dan kemudian ambil suku pinggan saja sekarang.
5. Ambil protein secukupnya seperti telur, ikan, daging dan makanan laut lain jika tiada alahan. Sentiasa ambil sumber protein yang berlainan setiap hari. Jangan ambil satu jenis protein setiap hari. Contohnya ambil daging ayam setiap hari. Tukarkan pada sumber protein yang lain. Bila dapat protein yang cukup, kita akan rasa lebih lama kenyang.
6. Jangan lupa minyak sihat seperti minyak zaitun, avokado, kuning telur dan minyak ikan. Hindarkan transfat, kurangkan minyak/lemak tepu. Kurangkan makanan bergoreng “deep fry” terutama ketika mengambil kudapan. Buat sop sayur/ayam dalam setiap hidangan berat. Ini membantu cepat puas dan rasa kenyang.
Jika betul-betul amalkan, dapat kurangkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa 6 bulan. Tambah sedikit senaman dan pastikan dapat tidur yang cukup. InsyaAllah kita akan menjadi sihat.