“TUDUNG bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan. Semestinya TIADA paksaan dari mana mana pihak. Saya belajar ILMU orang Melayu sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari.”

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian Zero eZ Ultra Bike  dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

Itulah jawab pesilat negara Merrywati Manuil di akauan facebooknya, apabila ramai pihak tertanya-tanya mengapa dia memakai tudung sedangkan dirinya beragama Kristian ketika tampil di Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 dekat Ayer Keroh bulan lalu.

Rupanya Ni Sebab Pesilat Negara Merrywati Manuil Bertudung Walau Beragama Kristian, Padu Jawapannya!

Pesilat negara Merrywati Manuil, sebagaimana sedia maklum telah memenangi pingat emas pada kejohanan itu bagi Kategori Solo Kreatif Wanita sekali gus memegang status juara dunia mencuri tumpuan wargamaya.

Rupanya Ni Sebab Pesilat Negara Merrywati Manuil Bertudung Walau Beragama Kristian, Padu Jawapannya!

Difahamkan dengan tindakannya mengenakan hijab  itu adalah bagi menghormati seni silat warisan orang Melayu sebagaimana memetik laporan yang dikongsikan oleh akhbar tempatan.

Ads

“Banyak yang tertanya kenapa saya pakai tudung walaupun saya Kristian. Silat adalah warisan orang-orang Melayu. Saya sebagai orang bukan Melayu sangat menghormati, mengagumi dan mencintai silat.

“Walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung tetapi saya lebih memilih untuk memakai tudung ketika pertandingan. Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan,” katanya menerusi status media sosial miliknya.

Rupanya Ni Sebab Pesilat Negara Merrywati Manuil Bertudung Walau Beragama Kristian, Padu Jawapannya!

Jelas pesilat berasal dari Sabah itu, tiada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak yang meminta dirinya untuk memakai tudung.

Ads

“Semestinya tiada paksaan dari mana-mana pihak. Saya belajar ilmu orang Melayu sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari.

“Semoga persoalan berkaitan memakai tudung ini terjawab. Aihh jangan serius bah kita kita juga baini. Kalau orang Melayu ada Mat Kilau, saya orang Murut ada Aki Antanom,” katanya merujuk kepada wira tempatan itu yang memimpin orang Murut untuk menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) satu ketika dahulu.

Rupanya Ni Sebab Pesilat Negara Merrywati Manuil Bertudung Walau Beragama Kristian, Padu Jawapannya!

Merrywati adalah antara penyumbang tujuh emas skuad silat negara di kejohanan itu sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka).

Ads

Sumber :fb Merrywati Manuil &  myMetro

ARTIKEL MENARIK : Selepas Balik Haji, Rico Rinaldi Tolak Tempahan Baju Seksi. Ramai Puji & Doakan Istiqomah!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI