“Kuah kacang ada sumua rasa dan tekstur. Masam, masin, manis dan pedas. Kacangnya jangan dikisar terlalu halus. Biar kasar-kasar sikit. Sedap bila tergigit. Daging pula menambah kesedapan. Jangan lupa masukkan sekali air rebusan daging.” Tulis Puan Asrinna Bakri ketika berkongsi resipi Kuah Kacang Daging yang mendapat perhatian warganet.
Bercerita tentang kuah kacang ini, diakui ianya sering dijadikan antara pilihan menu istimewa yang boleh dimakan bukan sahaja bersama nasi impit, malah dijadikan kuah rojak, pecal, tauhu sumbat, sate dan pelbagai lagi.
Jadi tidak hairanlah, jika dapat menyediakan kuah kacang yang enak memang ‘laku’ sungguh juadah yang terhidang, licin dimakan oleh seisi keluarga.
Jadi buat masih tercari-cari resipi kuah kacang yang enak menepati selera, apa kata cuba resipi yang dikongsikan ini.
RESIPI SAMBAL KACANG DAGING TAK TUNGGU RAYA
Bahan-bahannya :
½ kg kacang tanah
½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis.
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
2 sudu makan udang kering (takde udang kering, As guna udang geragau)
1 cawan cili kisar
2 sudu kicap manis (optional)
Air asam jawa
Gula melaka
Gulu putih
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
Cara-caranya :
1.Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
2.Blend bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.
3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
4.Masukkan kacang tanah dan air rebusan daging secukupnya. Masak sehingga mendidih.
5.Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.
Tips:
Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.
Hah, takkde alasan kata tak reti buat sambal kacang. Try resepi ni, pasti jadi.
Sumber: Asrinna Bakri
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club