“Kuah kacang ada sumua rasa dan tekstur. Masam, masin, manis dan pedas. Kacangnya jangan dikisar terlalu halus. Biar kasar-kasar sikit. Sedap bila tergigit. Daging pula menambah kesedapan. Jangan lupa masukkan sekali air rebusan daging.” Tulis Puan Asrinna Bakri ketika berkongsi resipi Kuah Kacang Daging yang mendapat perhatian warganet.

Bercerita tentang kuah kacang  ini, diakui ianya sering dijadikan antara pilihan menu istimewa yang boleh dimakan bukan sahaja bersama nasi impit, malah dijadikan kuah rojak, pecal, tauhu sumbat, sate dan pelbagai lagi.

 

 

Jadi tidak hairanlah, jika dapat menyediakan kuah kacang yang enak memang ‘laku’ sungguh juadah yang terhidang, licin dimakan oleh seisi keluarga.

Jadi buat masih tercari-cari resipi kuah kacang yang enak menepati selera, apa kata cuba resipi yang dikongsikan ini.

Rupanya Ni Rahsia Puan Asrinna Bakri Buat Kuah Kacang Berasa Semua Bahan. Patut Warganet Teruja Nak Cuba Buat!

RESIPI SAMBAL KACANG DAGING TAK TUNGGU RAYA

Bahan-bahannya :

Rupanya Ni Rahsia Puan Asrinna Bakri Buat Kuah Kacang Berasa Semua Bahan. Patut Warganet Teruja Nak Cuba Buat!

½ kg kacang tanah

½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis.

1 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

Ads

1 batang serai

2 sudu makan udang kering (takde udang kering, As guna udang geragau)

1 cawan cili kisar

2 sudu kicap manis (optional)

Air asam jawa

Gula melaka

Gulu putih

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

ARTIKEL MENARIK

 

Ads

Cara-caranya :

1.Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.

Rupanya Ni Rahsia Puan Asrinna Bakri Buat Kuah Kacang Berasa Semua Bahan. Patut Warganet Teruja Nak Cuba Buat!

 

2.Blend bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.

Rupanya Ni Rahsia Puan Asrinna Bakri Buat Kuah Kacang Berasa Semua Bahan. Patut Warganet Teruja Nak Cuba Buat!

 

3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.

Rupanya Ni Rahsia Puan Asrinna Bakri Buat Kuah Kacang Berasa Semua Bahan. Patut Warganet Teruja Nak Cuba Buat!

4.Masukkan kacang tanah dan air rebusan daging secukupnya. Masak sehingga mendidih.

Rupanya Ni Rahsia Puan Asrinna Bakri Buat Kuah Kacang Berasa Semua Bahan. Patut Warganet Teruja Nak Cuba Buat!

Ads

 

5.Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat.

Rupanya Ni Rahsia Puan Asrinna Bakri Buat Kuah Kacang Berasa Semua Bahan. Patut Warganet Teruja Nak Cuba Buat!

 

Tips:

Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.

Hah, takkde alasan kata tak reti buat sambal kacang. Try resepi ni, pasti jadi.

Sumber: Asrinna Bakri

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Rupanya Ni Rahsia Puan Asrinna Bakri Buat Kuah Kacang Berasa Semua Bahan. Patut Warganet Teruja Nak Cuba Buat!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI